al kisah seorang wanita yang bernama Ana (bukan nama Sebenar) menceritakan bagaimana pengelaman nya dengan kemelut penjenayah meragut beg tangan ini...kita ikutilah bersana adrama sebaba ini...
ANA adalah seorang wanita, seorang isteri dan ibu. ANA bekerja sebagai doktor di sebuah hospital kerajaan dan kini dalam program sarjana..Niat di hati ingin menggenggam ijazah pakar tidak lama lagi. Ana berpuas hati dengan kehidupan kini. Biar pun sibuk tetapi Ana bahagia.
Namun kebahagiaan Ana hampir direntap beberapa hari lalu. Semuanya kerana lelaki durjana yang meragut beg tangannya. Ia berlaku begitu pantas, tanpa sebarang amaran. Apa yang terlintas di hati Ana semasa lelaki itu berpusing dan meragut beg ialah: ''Ya Tuhan, aku mangsa ragut.'' Tidak pernah terlintas perkara ini akan terjadi pada Ana. Selama ini Ana hanya tengok berita, baca surat khabar tetapi tidak terfikir ia akan terjadi pada Ana. Untuk pengetahuan semua, Ana diragut di tempat terbuka yang ramai orang, pada waktu siang dan ketika itu bersama suami Ana. Begitu berani peragut tersebut. Ana terjatuh,kepala terhempas ke atas jalan. Ana pitam. Apabila sedar, kepala Ana berdarah dan Ana ke hospital bersama suami.
Sementara menunggu untuk melakukan imbasan kepala, Ana menangis.Pengalaman bekerja sebagai doktor menyebabkan Ana takut pada keputusan imbasan nanti. Bagaimana jika ana ada pendarahan dalam otak dan ana perlu dibedah? Jika dibedah, adakah Ana akan pulih sepenuhnya seperti biasa? Atau Ana akan koma untuk selama-lamanya? Bagaimana dengan keluarga Ana nanti? Siapa yang akan menjaga anak Ana yang masih kecil?
Bagaimana dengan impian Ana untuk menjadi pakar? Adakah akan terkubur begitu saja?Ana bersyukur keputusan CT scan menunjukkan tiada pendarahan otak, tapiluka di kepala menyebabkan Ana terpaksa dijahit. Ana trauma,rasa takut apabila hendak keluar rumah. Hari ini apabila Ana keluar, Ana lihat perempuan mengandung membawa beg tangan. Sepasang kekasih berjalan, yang perempuan membawa beg tangan. Ibu berjalan mendukung anak bersama beg tangan. Tolonglah adik, kakak dan makcik, simpanlah beg tangan anda di rumah.. Tukarlah dompet anda kepada yang lebih kecil dan masukkan saja ke dalam poket. Pedulikan fesyen. Biarlah nampak tidak anggun tanpa beg tangan. Perbuatan membawa beg tangan mendedahkan anda kepada peragut.
Peragut ini tidak akan peduli apa yang akan jadi kepada anda. Peragut ini tidak pada keluarga anda, pada impian anda. Jika anda mati pun mereka tidak akan peduli Kerajaan sekarang sedang berusaha menangani jenayah ragut. Anda juga perlu berusaha dengan menjaga diri supaya tidak menjadi mangsa ragut. Cara yang paling mudah ialah jangan membawa beg tangan.