Showing posts with label Minda. Show all posts
Showing posts with label Minda. Show all posts

Manusia memang cenderung menjaga sesuatu yang dianggap berharga. Sebaliknya kita akan membuang sesuatu yang dianggap tidak berharga. Semakin bernilai sesuatu semakin bersungguh kita menjaganya.

Sesetengah manusia sangat menjaga hartanya kerana dianggap hartanya sangat berharga. Ada pula sentiasa menjaga dan merawat mukanya supaya kelihatan awet muda kerana cantik adalah segalanya.
Ada juga bermati-matian mempertahankan kedudukan kerana itu dianggap bernilai dan kalaulah begini perilaku kita, rupanya kita masih menganggap material (kebendaan) adalah segala-galanya.

Namun, ada juga yang bermati-matian menjaga hidayah dan petunjuk yang Allah anugerahkan. Orang yang seperti ini berkeyakinan hidup ini tidak akan selamat sampai muara ketenangan di akhirat kecuali hanya dengan bekalan taufik dan hidayah Allah.

Taufik dan hidayah sangat penting di dalam diri manusia. Pernah suatu ketika seorang yang dibutakan matanya dalam permainan diminta supaya berjalan, tiba-tiba menangis.

Dia berasa langkahnya berisiko, mungkin terpelecot, bimbang terhantuk atau jatuh tangga. Begitulah akibatnya sekiranya tidak mendapat panduan.

Orang yang yang berjalan tanpa arah sentiasa berada dalam cemas, takut, bingung. Tidak sedikit orang kaya yang menderita dengan kekayaan. Bagaimana kekayaan yang melimpah semakin membuatnya sengsara.

Pendek kata orang yang jauh daripada petunjuk Allah dan al-Quran, apa pun diberikan Allah kepadanya pasti hanya akan membuatkan dirinya hina.

Harta, pangkat, kedudukan atau penampilan kalau tidak diiringi dengan ketaatan pasti akan menyiksakan.

Kemerdekaan yang kita kecapi sekarang jika tidak diiringi dengan ketaatan kepada Allah membuatkan kita mudah lalai. Negara saja merdeka tetapi jiwa tidak, malah ditawan syaitan.

Sedarlah, syaitan adalah penjajah yang tidak pernah berputus asa. Dalam satu perisytiharan, menurut hadis Rasulullah s.a.w, syaitan pernah berkata: "Demi kebesaran-Mu, aku bersumpah wahai Allah, aku tidak akan berpisah dengan anak Adam selagi nyawanya masih di badan.”

Bayangkan kesungguhan syaitan, isytihar perang dengan manusia. Kalau kita masih main-main, mudah tertipu.

Syaitan ibarat tukang joget atau penari. Dia akan menari ikut muzik. Kalau dondang sayang ada lenggoknya, kalau lagu rock pandailah dia meloncat...maknanya syaitan tahu sasarannya kalau orang alim begini caranya, kalau sesatkan pemuda lain caranya, orang kaya lain pula kaedahnya.

Kita memberikan tumpuan kepada yang nampak di mata, yang besar-besar biasanya menjadi tumpuan, yang kecil tidak berapa dipedulikan. Kita kadang kala lupa sesuatu yang tidak nampak itu sangat berharga.

Iman kecil sahaja, tidak nampak tapi sangat berharga. Jadi dalam hidup ini lihat dan utamakan pandangan Allah.

Kefahaman adalah syarat utama dalam menuntut ilmu. Bila faham baru dapat ilmu dan apabila hendak beramal kalau tidak faham tidak menepati peraturan.

Ada ramai orang Islam silap faham mengenai tawakal. Mereka yang tidak faham ini sering menyalahkan keadaan apabila gagal atau tidak berjaya dalam satu-satu usaha.

Semua orang disalahkannya sehingga Allah pun turut dipersalahkan. Masyarakat Islam awal mencipta kecemerlangan kerana faham “tawakal” yang betul.

Tawakal maknanya ialah menjadikan Allah sebagai wakil dan berserah kepada-Nya dalam menentukan segala ketentuan. Reda adalah hasil daripada keyakinan jitu terhadap ketentuan Allah.
Tawakal diawali dengan usaha dan kemudian barulah berserah kepada Allah. Tawakal juga mengajar kita budaya berstrategi.
Kalangan Rasul walau pun mereka mendapat pertolongan Allah, mereka tidak pernah terkecuali daripada merancang dan berusaha.

Nabi Muhammad s.a.w. merancang dalam peristiwa hijrah walau pun Allah melindungi baginda, bersembunyi di Gua Thur, menggunakan khidmat dan kepakaran orang walau pun seorang yang kafir kerana beliau tahu jalan sulit ke Madinah.

Dimintanya Saidina Ali tidur di bilik tidurnya. Itu semua usaha yang akhirnya baginda bertawakal dan Allah menentukan kemenangan.

Nabi Yusuf apabila mendapat mimpi raja, baginda mula merancang berjimat dan menyimpan selama tujuh tahun dan apabila datang kemarau selama tujuh tahun akhirnya negeri baginda terselamat daripada kemarau.

Mereka tawakal dan berserah selepas berusaha serta merancang. Begitu juga dengan Zulkarnain dalam menghadapi Yakjud dan Makjud, Allah memerintahkannya membina tembok sebagai menghadapi kejahatan bangsa itu dan mereka bertawakal akhirnya mereka selamat.

Orang sakit memang mesti berserah kepada Allah tetapi sebelum bertawakal mereka sepatutnya terlebih dulu berusaha dan merawat dengan mencari ubat dan berjumpa doktor. Selepas itu berserahlah kepada Allah sebab yang menyembuh ialah Allah.

Kita sering melihat orang berjoging dan bersenam. Jika ditanya, kenapa mereka beriadah, jawapan mereka ialah supaya badan sihat. Itulah makna tawakal iaitu berusaha.

Hari ini ibu bapa sangat mengambil berat pelajaran anak, dicarinya kelas tuisyen dan dipanggilnya guru ke rumah kerana pelajaran adalah aset masa depan anak. Tanpa disedari sebenarnya ibu bapa itu sedang menterjemahkan makna tawakal.

Duduk saja tanpa berusaha adalah adalah fahaman yang dangkal. “Nak buat macam mana cikgu, anak saya memang sudah dilahirkan bodoh.”

Berteriak sana-sini “kenapa umat Islam hari ini lemah” tanpa berbuat sesuatu adalah slogan kosong seperti anjing menyalak bukit.

Satu hari seorang sahabat datang berjumpa Rasul. Apabila baginda bertanya bagaimana kamu datang, beliau menjawab, menaiki unta. Nabi tanya; di mana unta kamu, beliau menjawab saya biarkan tanpa diikat sebab saya bertawakal kepada Allah. Nabi berkata; ikat unta kamu dulu dan barulah bertawakal.

Ikat di sini maknanya berusaha dan berbuat sesuatu supaya unta tidak dapat lari. Orang yang bertawakal sebenarnya sedang beribadat. Itulah namanya ibadat hati. Yakin dengan bantuan Allah selepas bersusah adalah akhlak di kalangan nabi.

Mereka yang bertawakal tidak ego dan lupa diri selepas mendapat apa yang dihajati. Sebab segala yang diperoleh itu adalah pemberian daripada Allah.

Orang yang bertawakal tidak akan berputus asa kerana belum usaha belum tahu. Peribahasa Melayu “hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih” patut ditukar kepada “hendak seribu daya mahu seribu cara.”

Mesti perbanyakkan cara dan bukannya perbanyakkan dalih, jika kita umat Islam mahu mencapai kecemerlangan.

Sesungguhnya di dalam kehidupan kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyoronokkan. Sesungguhnya yang menyeronokkan itulah yang mendatangkan keburukan kepada diri kita. Di bawah ini terdapat 24 perkara-perkara yang sepatutnya kita hindari, fikirkan dan ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri:

  1. Jangan sengaja melewatkan solat kerana perbuatan ini tidak disukai oleh Allah s.w.t
  2. Jangan masuk ke bilik air tanpa alas kaki ( selipar ) kerana dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
  3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing, makruh kerana ianya membahayakan.
  4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh, makruh dan mewarisi kepapaan.
  5. Jangan tidur selepas solat subuh, nanti rezeki mahal kerana pagi-pagi itu membuka pintu berkat.
  6. Jangan makan tanpa membaca Bissmillahirrahmanirrahim dan doa makan, nanti makanan yang dimakan adalah dari muntah syaitan.
  7. Jangan keluar dari rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan,takut-takut mati dalam perjalanan.
  8. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan makruh dan mewarisi kepapaan.
  9. Jangan biar mata liar di perjalanan, nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  10. Jangan begaul bebas ditempat kerja kerana banyak buruk dari baiknya.
  11. Jangan menangguhkan taubat kerana mati boleh datang bila-bila masa sahaja.
  12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa dan sesama manusia kalau kita memang bersalah kerana bermaafan sesama manusia adalah tuntutan agama.
  13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan kerana ia akan merosakkan silaturrahim.
  14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada Allah s.w.t dalam setiap kerja yang kita lakukan. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.
  15. Jangan bakhil untuk bersedekah kerana dengan bersedekah itu dapat memurahkan rezeki kita.
  16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
  17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.
  18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan oleh Allah s.w.t
  19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia, kerana akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya.
  20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
  21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu makanan jin.
  22. Jangan lupa membaca Bissmillahirrahmanirrahim dan salam ketika masuk ke dalam rumah kerana dikhuatiri jin dan syaitan akan masuk bersama.
  23. Jangan memakai tangkal kerana Allah s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.
  24. Jangan mempertikaikan kenapa Islam itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya Allah s.w.t itu lebih mengetahui segalanya.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan hamaNYA jua.

Wallahualam.

MANUSIA berbicara setiap hari, yang baik membawa kepada kesejahteraan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan akhirat.

Di dunia akan dibenci manusia manakala di akhirat bicara yang menyakitkan hati orang lain menyebabkan kita terseksa di neraka.

Bagi golongan beriman, lidah yang dikurniakan Allah itu bukan untuk digunakan bagi mengeluarkan perkataan yang bukan-bukan.

Sebaliknya ia digunakan untuk mengeluarkan perkataan yang menyenangkan hati dan berhikmah.

Justeru, jika anda tidak mempunyai apa-apa untuk diucapkan atau mungkin tutur bicara anda boleh menyakitkan hati orang lain, cara terbaik ialah berdiam diri.

Di antara hikmah diam ialah:

-Ibadah tanpa bersusah payah

-Perhiasan tanpa berhias

-Kehebatan tanpa kerajaan

-Benteng tanpa pagar

-Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang

-Istirehat bagi kedua-dua malaikat pencatat amal

-Menutupi segala aib

Banyak hadis Rasulullah (s.a.w) mengenai kelebihan diam yang bermaksud:

“Barang siapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barang siapa banyak silapnya, banyaklah dosanya. Dan, barang siapa yang banyak dosanya, neraka lebih utama baginya.” (Hadis riwayat Abu Naim)

“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan akhirat, hendaklah ia berkata yang baik atau diam.” (Hadis riwawat Bukhari dan Muslim)

Ada pendapat memberitahu, banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak cakap tidak semestinya cerdik kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik daripada orang bodoh yang banyak bercakap.

Menasihatkan orang yang bersalah tidak salah tetapi yang salah ialah memikirkan kesalahan orang.

ANAK adalah anugerah yang sangat bernilai kepada pa sangan suami isteri, kerana dengan kelahirannya menam bahkan kasih sayang seisi keluarga. Lebih penting, anak mewarisi keturunan, sekali gus menjadi generasi pelapis selepas ibu bapanya kembali bertemu Allah.

Mereka juga akan mewarisi apa yang kita tinggalkan serta menyambung kehidupan dan tamadun manusia. Mereka akan menjadi khalifah di atas muka bumi ini dan dengan sebab itu, ada orang menggelar anak kecil dengan panggilan ‘the little caliph’ (khalifah kecil).

Dalam Islam, anak adalah harta paling berharga dimiliki seseorang selepas iman kepada Allah dan Rasul-Nya. Anak juga adalah satu faktor yang mendekatkan diri kepada Allah dan rahmat-Nya seperti ditegaskan dalam satu hadis di riwayatkan Ahmad, Bukhari dan Muslim. “Anak-anakmu adalah penduduk kecil syurga.”

Anak kecil bukan saja memerlukan penjagaan rapi, malah kasih sayang ibu bapa. Sifat ini melahirkan satu tindak balas dalam jiwanya kerana Nabi s.a.w ada bersabda yang di riwayatkan Ibn Asakir dan Suyuthi, bermaksud: “Sesiapa yang mempunyai anak hendaklah dia berlemah lembut dengan nya.”

Nabi s.a.w sendiri sangat mengasihi anak. Baginda me nyifatkan anak dengan pelbagai kemuliaan, seperti bau dari syurga, malah sebagai penghalang daripada penurunan azab, sebagaimana dinyatakan dalam hadis diriwayatkan Suyuthi:

“Kalaulah tidak kerana hamba Allah yang rukuk dan anak yang menyusu dan binatang ternakan yang ada, nescaya sudah turun azab seksa ke atas kamu.”

Malah, anak adalah faktor kemuliaan dan keagungan ibu bapa seperti dinyatakan dalam hadis, bermaksud: “Tidak ada anak di dalam sesebuah keluarga melainkan mulialah ke luarga itu.” (Hadis riwayat Tabrani).

Tetapi mutakhir ini, ada ibu bapa yang tidak mengasihi anak mereka, malah tergamak meninggalkan anak mereka tanpa memikirkan nasib yang bakal dialami. Lebih teruk ada yang sanggup membuang anak di tepi jalan, parit dan sungai, langsung tidak membayangkan sifat belas kasihan.

Apakah sifat dan tindakan manusia sebegini mencerminkan budaya masyarakat Arab zaman jahiliah dulu, yang bersikap zalim terhadap kanak-kanak apabila sanggup menanam anak mereka?

Penolong Pengarah Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Zamihan Mat Zin al-Ghari, berkata jika diperhatikan fe nomena pembuangan dan pembunuhan anak yang berlaku hari ini kadangkala lebih teruk daripada peristiwa yang berlaku pada zaman jahiliah.

“Mengapa tidak? Pada zaman jahiliah dulu mereka mem bunuh anak perempuan saja, malah menanamnya di tim bunan pasir, tetapi sekarang tidak kira anak itu perempuan atau lelaki, dibuang serta dibiarkan mati begitu saja, malah ada yang mati di dalam parit, longkang dan sungai,” ka tanya.

Beliau berkata, mereka yang berbuat demikian sehingga meragut nyawa si anak dihukum membunuh dan tindakan itu adalah berdosa besar.

“Membuang bayi baik di dalam kandungan atau selepas dilahirkan adalah haram dan berdosa besar, dihukum ke salahan membunuh,” katanya.

Islam amat menghormati nyawa seseorang manusia, sama ada ia masih di dalam janin, usia bayi atau sudah dewasa, semuanya perlu dipelihara dan dihargai. Sebarang pem bunuhan tanpa hak dilarang sama sekali dan dikenakan hukuman berat.

Baginda s.a.w ada bersabda, maksudnya: “Dalam mem bunuh janin wajib kifarah (denda) hamba lelaki atau pe rempuan.” (Muttafaqun Alaih)

“Sesiapa yang membunuh seseorang bukan kerana hu kuman ke atasnya kerana membunuh orang lain atau kerana melakukan kerosakan di muka bumi, maka sesungguhnya ia membunuh semua manusia“ (an-Nisa’: 32)

Allah mengharamkan pembunuhan terhadap orang lain dan mengharamkan juga perbuatan membunuh diri sendiri. Malah, Islam juga mengharamkan perbuatan mencederakan orang lain atau mencederakan diri sendiri.

Gejala buang bayi makin menjadi-jadi, lebih-lebih lagi dengan kehidupan dan pergaulan muda-mudi yang terlalu bebas. Bayi dibuang kononnya sebagai jalan keluar bagi kemelut masalah yang dihadapi atau sekurang-kurangnya bagi menutup malu, sedangkan sebaliknya ia terus me ngundang masalah.

Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Noriah Kasnon, dipetik berkata, aspek kekangan ekonomi dan ku rangnya pendidikan agama turut menyumbang kepada ma salah yang semakin meruncing itu.

Beliau berkata, sejak 2004 hingga 2007, sejumlah 304 kes bayi dibuang dilaporkan di seluruh negara, daripada jumlah itu 117 bayi lelaki, bayi perempuan (96) dan 91 bayi lagi tidak diketahui jantina kerana sudah reput.

“Kementerian berpendapat cara terbaik untuk menangani isu ini ialah dengan memberi kesedaran dan kefahaman kepada masyarakat mengenai pentingnya menjaga kese lamatan kanak-kanak serta mengamalkan prinsip kema nusiaan,” katanya.

Jumlah itu berdasarkan kes yang dilaporkan tidak me ngambil kira kes terpinggir, tetapi ia sudah cukup mem bimbangkan kerana jika tidak dibendung, ia akan me ngundang padah yang lebih teruk, baik kepada kehidupan sosial masyarakat mahupun kepada Islam itu sendiri.

Zamihan berkata, semua pihak perlu sedar anak yang dibuang itu sebenarnya tidak mempunyai apa-apa kesalahan, suci bersih dan tidak berdosa, walaupun ia lahir daripada hasil persetubuhan haram.

“Anak itu tidak berdosa, tidak bersalah, tidak hina, malah tidak membawa sial atau majal kepada ibu bapa dan ke luarganya, cuma dia lahir daripada persetubuhan haram. Mereka yang salah adalah ibu bapanya, bukannya dia, tetapi kenapa dia yang menjadi mangsa?

“Sepatutnya anak itu dijaga sebaik-baiknya, diberikan kasih sayang secukupnya sebagai penebus kepada keterlanjuran terbabit dengan persetubuhan haram dan selepas itu kah winlah di samping sama-sama memberikan kasih sayang kepada anak terbabit.

“Tetapi yang berlaku sebaliknya, sudahlah salah berzina, buang dan bunuh anak pula, menjadikannya dua dosa,” katanya, sambil menegaskan membunuh bayi adalah dosa besar dan mereka yang terbabit perlu segera bertaubat.

“Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup ditanya, dengan dosa apakah ia dibunuh?” (at-Takwiir: 8-9)

Pada masa ini, Kanun Keseksaan memperuntukkan hu kuman penjara maksimum 20 tahun terhadap wanita yang didapati bersalah membuang bayi, namun undang-undang itu tidak memperuntukkan hukuman terhadap lelaki yang ber tanggungjawab menghamilkan wanita dituduh membuang bayi itu.

Zamihan berkata, sudah tiba masanya semua pihak meng gembleng tenaga untuk menangani gejala memalukan itu, sekali gus memastikan keharmonian dalam kehidupan ber masyarakat terus terpelihara, terutama masyarakat Islam yang menjunjung Islam sebagai panduan hidup.

“Mengapa ini semua berlaku? Ia berlaku disebabkan tiada kefahaman terhadap tuntutan beragama, tidak memahami Islam dan hukumnya.

“Sepatutnya bagi orang yang menjadikan Islam sebagai agama dan cara hidup, memahami aturan agama itu se baik-baiknya, supaya agama yang dianuti itu boleh menjaga diri kita.

“Dari satu sudut juga, tiadanya kuat kuasa undang-undang Islam, sedangkan ia amat penting bagi menegakkan hukum agama, malah jika dilihat sekarang ini orang boleh buka aurat sesuka hati, menunjukkan tiada atau longgarnya kuat kuasa,” katanya.


  1. Tak ada sesuatu pun dari sifat sombong memasuki hati seseorang kecuali berkurang akalnya.
  2. Seorang alim (berilmu) yang bermanfaat dengan ilmunya, lebih utama dibandingkan dengan seribu orang abid (ahli ibadah). Demi Allah! Sesungguhnya kematian seorang alim lebih disukai Iblis dibandingkan dengan kematian tujuh puluh orang abid.
  3. Imam al Baqir berkata kepada salah seorang putranya, "Wahai putraku, waspadalah dari sifat malas dan bosan, karena sesungguhnya kedua sifat itu merupakan kunci setiap keburukan. Sesungguhnya jika engkau malas, engkau tidak akan melaksanakan hak. Sedangkan jika engkau bosan, engkau tidak akan bersabar melaksanakan hak."
  4. Cukuplah menjadi aib seseorang bahwa ia melihat dari manusia apa yang ia tak dapat melihatnya dari dirinya; bahwa ia menyuruh manusia meninggalkan apa yang ia sendiri tidak sanggup berpaling darinya; dan bahwa ia menyakiti sahabatnya dengan apa yang ia tidak sengaja lakukan.
  5. Imam al Baqir berkata kepada salah seorang sahabatnya, "Aku wasiatkan engkau dengan lima hal. Jika engkau dizalimi, maka janganlah engkau menzalimi. Jika mereka mengkhianatimu, janganlah engkau berkhianat. Jika engkau didustai, janganlah engkau marah. Jika engkau dipuji, janganlah engkau bergembira. Dan jika engkau dikecam, janganlah engkau bersedih hati."

IMAM Syafie ada menegaskan: “Marah adalah satu di antara panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala ten teranya.”

Apabila marah dituruti, ia akan membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada yang tertinggal kecuali debu. Bagi menghilangkan perasaan marah ada beberapa panduan yang boleh diikuti, iaitu:


1. Perlu berasa malu dengan Allah atas segala tindakan kita. Allah memerhatikan segala tindakan dan sikap biadab kita.

2. Apabila datang perasaan hendak marah, ingatlah kita ini hanya manusia yang hina.

3. Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah supaya Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

4. Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah. Ia mungkin membawa kepada permusuhan dan balas dendam daripada orang yang kita marahi.

5. Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika marah. Ia lebih buruk daripada perlakuan seekor haiwan apabila kita dalam keadaan marah.

6. Apabila datang perasaan marah, banyakkan membaca isti'azah kerana marah itu datang daripada syaitan.

7. Apabila marah sedang memuncak, ambillah wuduk kerana ia dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.

8. Jika marah tidak dapat hilang dengan melakukan perkara seperti di atas, hendaklah tidur. Ini kerana ia dapat meredakan perasaan marah apabila bangkit dari tidur nanti.

9. Tauhid kita perlu tepat. Setiap sesuatu itu datang daripada Allah dan akan kembali kepada Allah. Kenapa kita perlu marah?

10. Apabila kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Begitu juga dengan orang lain yang melakukan kesilapan, tidak suka dimarahi, sebalik ditegur secara baik.

11. Satu cara lagi, apabila marah datang, sedangkan kita berdiri, duduklah. Apabila duduk, bersandarlah. Insya-Allah marah akan mula reda.

Keputusan Hakim Lau Bee Lan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini yang mengisytiharkan nama "Allah" boleh digunakan oleh agama lain mengundang pelbagai polemik sehingga kepada desakan campurtangan Majlis Raja-Raja.

Beberapa NGO termasuk tokoh Pemuda UMNO cuba menjadi hero dengan mengecam hebat keputusan tersebut sehingga menyindir parti-parti politik berasaskan agama yang mengambil langkah berdiam diri ketika ini.

Isu ini sebenarnya harus dilihat secara rasional, tanpa prejudis dan paling utama berdasarkan hujah dan dalil yang sahih serta Qath'ie. Keputusan Mahkamah tersebut harus dinilai berdasarkan persoalan berikut:

Pertama: Apakah skop penggunaan nama Allah dalam THE HERALD? Sekiranya nama Allah dalam artikel mingguan tersebut digunakan bagi tujuan menunjukkan bahawa ia merujuk kepada Tuhan sebenar manusia seluruh alam, maka kita perlu menerimanya.

Ia merupakan suatu pengiktirafan terhadap kewujudan ALlah SWT. Bukankah Allah adalah Tuhan yang menurunkan Rahmat Seluruh Alam? Ia menambahkuatkan lagi bahawa bukan Islam telah memahami Islam dan Tuhan orang Islam.

Kedua: Sekiranya ia merujuk hanya kepada Allah hanya Tuhan bagi agama mereka disamping kewujudan konsep "Trinity" di dalam THE HERALD dan ia disebar luaskan, maka ia telah termasuk dalam kesalahan penghinaan agama lain dimana Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Perkara 11(4) yang memberikan kuasa kepada negeri-negeri untuk menggubal undang-undang berkaitan penyebaran dakyah agama lain.

Dua persoalan ini sudah cukup untuk membuat analisa ringkas tentang keputusan Mahkamah tersebut. Pada hemat saya, umat Islam negara ini perlu dipandu secara jujur dan ikhlas bahawa selagi Allah tidak dihina dan Islam dipijak, maka ruang lingkup perbahasan ilmiah perlu dibuka.

Bagi aktivis yang bermatian-matian "memperjuangkan" isu ini di dalam peti televisyen, saya menjemput anda semua melihat beberapa tragedi-tragedi Islam diputuskan di Mahkamah negara ini.

Kes Pertama: Kes Minister for Home Affairs & Anor v Jamaluddin bin Othman [1989] 1 MLJ 368 & 418, melibatkan tindakan Jamaluddin menyebarkan dakyah Kristian yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Mahkamah kemudiannya memutuskan tindakan tersebut (menyebarkan dakyah) tidak memadai untuk mendatangkan ancaman bagi ditahan dibawah ISA. Jamaluddin dibebaskan.

Kes Kedua: Hajah Halimatussaadiah bt Hj Kamaruddin V Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia & Anor 3 MLJ 61, seorang kakitangan kerajaan yang dibuang kerja kerana memakai Purdah. Mahkamah memutuskan bahawa pembuangan kerana memakai purdah adalah betul. Harus diingat, Hajah Halimatussaadiah dibelia oleh peguam Karpal Singh.

Kes Ketiga: Mior Atiqurrahman & Ors v Fatimah Sihi & Ors. 3 orang pelajar sekolah kena buang sebab pakai serban. Mahkamah Persekutuan memutuskan pembuangan pelajar tersebut adalah betul.

Kes Keempat: Che Omar Bin Che Soh [1988] 2 MLJ 55, Mahkamah tertinggi negara, Mahkamah Persekutuan, memutuskan bahawa Malaysia bukan negara Islam.

Ini adalah antara kes-kes yang amat memeritkan umat Islam, belum lagi dikira kes-kes Murtad yang berleluasa diputuskan dengan mudah oleh Mahkamah. Soalnya dimana UMNO dan NGO "cabuk" perkakas UMNO ini? Adakah keputusan-keputusan Mahkamah ini baik dan harus diterima?

Isu yang "substance" ini lebih utama dari hanya membicarakan penggunaan kalimah Allah dalam akhbar agama Kristian ini. Adakah mereka mendesak Majlis Raja-Raja campurtangan, disaat aktivis agama, peguam-peguam dan pendokong serta pencinta Islam bertempiaran dikejar dan dihamburkan air berasid hadiah FRU?

Saya melihat isu kalimah Allah ini adalah rahmat kepada umat Islam keseluruhannya, kerana masyarakat ingin melihat lebih jauh dari itu.

Maka di hadapan kita sebenarnya terbentang pelbagai "juadah" jijik yang telah disajikan kepada Islam di Mahkamah negara kita..Justeru, di mana kita?

Enam Faktor Rokok Jadi Tabiat Negatif 'Rosakkan' Masyarakat Sejak Dulu

BARU-BARU ini kerajaan mengumumkan harga minimum sebatang rokok, iaitu 32 sen dan sekotak RM6.40. Ini mungkin satu usaha baik untuk tidak menggalakkan orang ramai merokok. Apa pun mekanismenya, merokok adalah satu tabiat dan ia boleh dibincangkan dengan panjang lebar mengikut kajian psikologi. Apabila diperhatikan kembali tabiat merokok, ia semata-mata berkisar kepada kehendak songsang psikologikal, dan bukannya atas sebab lain. Selebih pula barulah dikaitkan dengan bahan kimia yang wujud dalam rokok menjadikan seseorang itu ketagih.

Sebelum meneruskan perbincangan, ada baiknya kita telusuri sedikit sejarah tembakau. Sejarah tembakau bermula 6,000 tahun Sebelum Masihi di Amerika Selatan. Ia tersebar ke seluruh dunia selepas Christopher Columbus menjejakkan kaki di Pulau Bahamas pada 12 Oktober 1492. Ketika itu didapati orang asli Pulau Bahamas, baik lelaki atau perempuan merokok dan menjadikan mereka tidak mengantuk dan bertenaga. Lanjutan daripada itu, seorang Duta Perancis ke Portugal, Jean Nicot menamakan tanaman pelik ini sebagai Herba Nicotina sempena nama beliau. Kedangkalan orang Eropah terhadap tembakau menyebabkan mereka menganggap tembakau sebagai ubat. Malah, pada 1560, Jean Nicot memberikan bonda Raja Perancis, Catherine de Medici, rokok sebagai ubat menyembuhkan migrain. Ia sekarang digelar Herba Panajeca atau ubat herba.

Berita mengenai kuasa penyembuhan ubat ini tersebar luas di Eropah dan Sir Francis Drake mula menghisap tembakau dan seterusnya ia menjadi popular di kalangan bangsawan Inggeris waktu itu. Ia menjadi satu lambang status bagi orang Eropah. Ia kemudian merebak ke Turki dan di sini ia menjadi lebih dekat kepada orang awam. Tetapi ia betul-betul menjadi budaya popular di Amerika Syarikat (AS). Keupayaan ekonomi AS menjadikan ia popular dan tertubuhlah beberapa syarikat yang memiliki jenama besar. Kekuatan pengaruh iklan digunakan sebaiknya, dan seperti penduduk asal tanaman tembakau, Pulau Bahamas, lelaki dan perempuan juga merokok pada sekitar 1900. Kadar remaja perempuan AS merokok meningkat berkali ganda. Namun, iklan rokok terbaik ialah ketika Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua, apabila rokok diberikan percuma bersama dengan bekalan tentera. Ia diakui menjadikan tabiat rokok meledak dengan tinggi.

Melalui sejarah ringkas ini, kita boleh mengekstrak beberapa faktor penting yang menjadikan seseorang itu perokok dan juga sukar untuk dibendung. Sayugia diingat kita mengehadkan perbincangan kepada faktor psikologi saja meskipun ada faktor lain yang tidak boleh dikesampingkan, contohnya, ekonomi. Dari nilai sejarah yang boleh dikatakan dari dulu cerita rokok ini tetap sama, cuma yang berbeza ialah orangnya. Antara penyebabnya ialah, pertama budaya, kedua ia dianggap ubat, ketiga lambang status, keempat semangat kekitaan atau esprit de corp, kelima tekanan perasaan, dan yang keenam faktor iklan yang membabitkan pujukan secara subliminal. Faktor inilah yang sering menjadi halangan besar kepada kempen antirokok. Ini mungkin cara kita menanganinya tidak kena pada sasaran psikologi yang dikaitkan tadi.

Kita akan membincangkan artikel ini dengan menggunakan dua jenis kaca mata atau filter supaya lebih faham. Pertama dari segi kaca mata de facto dan kedua kaca mata de jure. De facto bermakna sesuatu itu wujud secara realiti dan diterima semua orang dan de jure pula sesuatu diterima secara senyap-senyap atau oleh sekumpulan orang saja.

Faktor budaya

(Sebelum kita mula, kita melihat dari sudut budaya saja dan jangan lari konteks). Budaya hanya wujud selepas wujud tabiat yang kekal di dalam sesuatu masyarakat. Budaya tidak akan wujud tanpa tabiat kerana tabiat adalah asas budaya. Jika sesuatu tabiat diterima masyarakat sebagai sebahagian gejala masyarakat, maka setiap perlakuan perokok (meskipun dipandang sumbang) tetap diterima. Mengikut sejarah, alam Nusantara mengadaptasikan rokok dengan keretek seawal 1890-an. Tidak hairanlah jika ada orang tua kita, baik lelaki atau perempuan yang sudah biasa dengan rokok daun. Jadi ini menjadikan satu budaya yang diterima sehingga sekarang. Lebih menarik lagi, jika ditanya sejak bila mula merokok, ada mak cik kita akan menjawab: "Entahlah nak, sejak perawan lagi agaknya." Cuba perhatikan gejala merokok sekarang bermula bila? Dari segi de facto semua orang tidak setuju dengan merokok tetapi apabila kita berdepan dengan orang yang merokok kita akan menerima secara de jure.



Faktor mitos perubatan

Rokok kerap disalah erti sebagai ubat. Dari segi sejarah ia disalah anggap sebagai ubat untuk lebih kurang 36 jenis penyakit. Namun sekarang ia tidak dianggap ubat secara kolektif kemasyarakatan atau secara de facto; tetapi dianggap ubat oleh si perokok dan oleh sekumpulan orang atau de jure. Berapa ramai yang menggunakan rokok sebagai alasan menghalau nyamuk, mengurangkan mengantuk ketika memandu, mengurangkan bau tidak enak di tandas, dan pelbagai lagi. Jika ada kenduri kahwin penanggah mendapat subsidi rokok misalnya. Jadi secara de jure ia diterima sekelompok orang atau pada sesuatu peristiwa. Sekarang ia bukannya isu rokok boleh menjadi ubat tetapi rokok sebagai faktor de jure kepada perokok.

Faktor lambang status

Bangsawan Inggeris menggunakan tabiat merokok sebagai alat membesarkan kebangsawanan mereka. Merokok dianggap sebagai satu status selepas mendapat 'lesen.' Berapa ramai perokok yang pastinya akan ingat bila dia mendapat lesen merokok daripada kedua orang tua mereka (dan pemberian lesen itu pun dengan rasa menyampah). Kepada anak remaja pula merokok itu akan mendapat tempat di dalam subbudaya mereka sendiri. Merokok dianggap 'cool' atau hebat di kalangan taulan. Mereka sendiri sedar bahawa merokok tidak baik dari segi de facto tetapi dari segi de jure ia dianggap sangat baik. Di dalam subbudaya mereka dipandang hebat itu penting dan jalan mudah ialah dengan merokok. Ini sama juga dengan merempit, mereka tahu itu salah tetapi dari segi de jurenya ia sebagai pengukuhan lambang status. Cuba bayangkan pula betapa seorang remaja bawah umur yang berjaya beli sekotak rokok. Betapa besarnya ego dia.

Faktor semangat kekitaan atau esprit de corp

Pada perang dunia rokok diberikan secara percuma dan tabiat merokok menjadi tanda bahawa mereka adalah satu pasukan. Jadi rokok menjadi alat penting komunikasi non verbal. Melalui tabiat ini setiap anggota berasakan mereka adalah sepasukan. Bayangkan satu insiden si perokok tiada pemetik api. Sudah pasti ada orang yang menghulurkan pemetik api. Perbuatan ini sudah cukup menggambarkan betapa kuatnya semangat 'kekitaan' mereka. Itu sebabnya, ada perokok yang mengatakan merokok boleh dapat kawan ramai walau berbeza pendapat. Sekarang ini tidak perlulah penulis merungkaikan lagi mengenai konsep de facto dan de jure lagi. Kerana ia jelas menunjukkan bahawa merokok hanyalah alasan psikologikal semata-mata.

Faktor tekanan perasaan

Kekalkan kefahaman anda mengenai de facto dan de jure, dan kita terus berbincang mengenai faktor tekanan perasaan. Tekanan perasaan ini pula berpunca dari pelbagai faktor lain contohnya hilang mata pencarian, putus cinta, berhutang, dan pelbagai lagi. Tekanan ini menjadikan seseorang itu hilang punca dan mengambil jalan dengan merokok sebagai teman 'sejati.' Seseorang itu menggunakan alasan tekanan perasaan sebagai modal untuk mewajarkan tabiat merokok. Kewajaran itu tidak lari daripada konsep de jure.

Faktor pengaruh iklan

Faktor keenam iaitu pengaruh iklan yang sememang dicipta untuk mempengaruhi orang secara subliminal atau 'bawah sedar.' Tentu kita masih ingat kata-kata ini: "Falsafah kami adalah mudah... stail, kualiti, kecemerlangan". Ia terus melekat di dalam ingatan kita sehingga hari ini dan dirasakan seperti semalam saja iklan itu disiarkan, walhal ia sudah hampir 20 tahun yang lalu. Kekuatan iklan inilah yang boleh mempengaruhi seseorang untuk merokok. Lebih bahaya iklan menggunakan segala faktor di atas untuk memanipulasi tingkah laku seseorang untuk membeli rokok daripada budaya, ubat, status, kekitaan, dan gambaran alami tekanan. Ketika penulis di AS dulu timbul isu di sana pihak pembuat rokok membuat iklan menghalang remaja merokok. Tetapi jika dilihat grafik dan tema iklan itu bahawa ia lebih ditujukan kepada kanak-kanak tidak lebih tiga tahun. Walhal, isu sebenar ialah remaja. Syarikat pembuat rokok terbabit berjaya secara subliminal dengan mengatakan rokok tidak baik untuk anak kecil tetapi kepada remaja dibolehkan!

Sebenarnya secara psikologikal semua faktor penyebab di atas boleh diatasi iaitu dengan motivasi diri yang kuat, kecuali tekanan perasaan. Jika seseorang itu mengalami stres atau kemurungan/depresi, maka kemungkinan mengulangi tabiat merokok (relapse) adalah sangat tinggi. Perokok ini mestilah mendapatkan bantuan psikologikal atau menemui kaunselor.

Ada tiga cara yang boleh digunakan untuk berhenti merokok iaitu, cold turkey, berperingkat, dan menggunakan gentian rokok. Cold turkey bermaksud berhenti serta-merta. Ia memerlukan psikologi yang amat kuat dan seseorang itu mestilah boleh melawan semua faktor de jure yang menghalang. Terutama orang yang sememangnya kenal anda merokok. Peliknya ada orang yang tidak merokok seolah-olah mencemuh anda apabila anda berhenti merokok.

Sayugia diingat anda hilang segala 'kuasa' de jure anda. Kedua dengan secara berperingkat. Ia mestilah dilakukan dengan menetapkan tarikh akhir sasaran berhenti merokok. Jika tidak hanya tinggal harapan. Terakhir ialah, dengan menggunakan alat gentian iaitu berbentuk tampalan atau lozenge. Mungkin ia efektif tetapi agak mahal harganya.

Kesimpulannya, merokok adalah gejala tabiat manusia. Manusia akan menggunakan pelbagai kaedah untuk mewajarkan menghisap rokok dan sebalik. Pilihan di tangan kita.

Semua orang yakin jika saya mengatakan menulis itu mudah. Memang mudah,tetapi kalau Allah tak mengizinkan,tidak walau sepatah atau sebaris ayat pun kita mampu nukilkan. Itulah kita, manusia yang sememangnya lemah dan kelemahan itu sifat kita. Kita takkan berdaya menyalahi sifat itu dan menjadi kuat tanpa bantuannya.

Susah Vs Mudah

Mudah atau susah bergantung pada Ilham yang Allah kurniakan. Ilham atau idea tidaklah sukar untuk diperolehi, hanya meneliti dan mentafsir senario masakini saja sudah mampu membuahkan seribu juta Idea, tetapi kenapa ianya masih kelihatan sukar untuk diterjemah dalam media yang menarik?

Interpretasi Idea dan Pengimplementasiannya

Apabila sebuah Idea telah menyelinap masuk dalam akal pemikiran kita, haruslah kita perkembangkan dan menginovasikan menjadi sebuah karya Kreatif yang mana mampu saja menawan hati sesiapa yang membacanya.

Bagaimana?

Skill dalam penterjemahan idea terlalu banyak. Ada antara kita suka untuk melukis, maka dengan lukisanlah idea itu disampaikan. Ada yang suka menulis lirik lagu, maka dengan Lagulah dia mempamerkan idea yang terwujud dalam benak pemikirannya. Banyak wasilah dan metod dalam penyampaian atau penterjemahan idea, dan ia boleh diasah dengan latihan yang bersungguh.

"Bagi orang lelaki, sebahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan bagi orang perempuan, sebahagian daripada apa yang mereka usahakan. Dan mintalah kepada Allah pemberian-Nya" (4:32).

Hasil sesuatu latihan boleh saja dikira dengan berapa ramai yang menjadi pengomentar karya anda. Semakin banyak yang memberikan pandangan semakin baiklah penulisan itu atau karya tersebut. Skill tersendiri boleh tercipta mengikut naluri kita, personaliti kita. Dengan cara penterjemahan idea sahaja sudah mampu menggambarkan personaliti seseorang itu. Benar atau tidak?

Anda mungkin tidak percaya tetapi itu adalah kebenaran kerana ia adalah terjemahan daripada sikap kita samada kita adalah seorang yang sistematik, romantik, jiwang ataupun mempunyai semangat juang yang tinggi. Itu semua boleh dilihat daripada hasil karya yang kita implementasikan tidak kira dalam bentuk apa pun metod yang kita pilih ia tetap mencermin jiwa kita.

Seni Dakwah

Berkaryalah kerana Agama dan itu banyak manfaatnya.

Wahai pengembang dakwah, perlulah kita semua ingat sesungguhnya setiap mad'u itu berbeza-beza sifatnya dan bukan setiap yang kita usahakan kena pada jiwa mereka. Maka salah satu wasilah pengetuk hati-hati mereka adalah karya kreatif. Ada yang diantara saudara baru kita tertarik pada Islam hanya melalui tulisan khat. Ada pula melalui novel dan ada pula yang melalui lagu-lagu islam. Telah saya tekankan pada artikel pertama saya bahawa wasilah dakwah itu banyak selagi mana tidak bertentangan dengan syariah islam maka pergunakanlah dengan sebaiknya. Islam itu indah dan telah Allah kurniakan Quran sebagai petunjuknya dan oleh itu alangkah baiknya Al-Quran yakni karya agung ini di inovasikan isinya dan di jadikan karya yang pelbagai. Dengan itu jalan-jalan kebenaran itu makin luas dan makin terang.

"Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu: menurut kandungan hati masing-masing) adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata: Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.(Surah ali imran 3:7 )

Islam amat memerlukan bakat-bakat ataupun potensi-potensi dalam apa jua bidang untuk dipergunakan dalam dakwah Islam. Maka, sedarlah tiap pada kita ada potensi da'ie yang telah Tuhan Sekelian Alam ini kurniakan. Ketahuilah bahawa apa guna bakat itu jika tiada sedikit partisipasi dalam jalan yang telah Allah memberikan jaminan kebahagiaan kelak.

"Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya)' (surah assaf 61:10-11)

cinta
Ketika kita bertemu orang yang tepat untuk dicintai, ketika kita berada di tempat pada saat yang tepat, itulah kesempatan.

Ketika kita bertemu dengan seseorang yang membuatmu tertarik, itu bukan pilihan, itulah kesempatan.

Bertemu dalam suatu peristiwa bukanlah pilihan, itupun adalah kesempatan.

Bila kita memutuskan untuk mencintai orang tersebut, malah dengan segala kekurangannya, itu bukan kesempatan, itu adalah pilihan.

Ketika kita memilih bersama dengan seseorang walaupun apapun yang terjadi, itu adalah pilihan.

Malah ketika kita menyedari bahawa masih banyak orang lain yang lebih menarik, lebih pandai, lebih kaya daripada pasanganmu dan tetap memilih untuk mencintainya, itulah pilihan.

Perasaan cinta, simpati, tertarik, datang bagai kesempatan pada kita.
Tetapi cinta sejati yang abadi adalah pilihan.
Pilihan yang kita lakukan.

Berbicara tentang pasangan jiwa, ada suatu petikan dari filem yang mungkin sangat tepat : "Nasib membawa kita bersama, tetapi tetap bergantung pada kita bagaimana membuat semuanya berhasil"

Pasangan jiwa bisa benar-benar ada.
Malah sangat mungkin ada seseorang yang diciptakan hanya untukmu.
Tetapi tetap kembali padamu.

Untuk melakukan pilihan apakah engkau ingin melakukan sesuatu untuk mendapatkannya, atau tidak...

Kita mungkin kebetulan bertemu pasangan jiwa kita tetapi mencintai dan tetap bersama pasangan jiwa kita adalah pilihan yang harus kita lakukan.

Kita ada di dunia bukan untuk mencari seseorang yang sempurna untuk dicintai tetapi untuk belajar mencintai orang yang tidak sempurna dengan cara yang sempurna

Biasanya, setelah suami isteri bergaduh dan bertengkar, mereka mahu berdamai. Kalau boleh, mereka mahu supaya pergaduhan itu adalah yang terakhir. Jadi mereka inginkan perdamaian yang kekal. Tetapi biasanya, apa yang berlaku ialah sebaliknya. Perdamaian itu bersifat sementara. Esok lusa mereka bergaduh lagi.

Antara faktor yang menyebabkan suami isteri bergaduh dari masa ke masa ialah kerena mereka tidak menggunakan teknik-teknik yang betul untuk berdamai. Pakar-pakar komunikasi interpersonal memberi panduan bagaimana cara untuk mencapai perdamaian yang tahan lama.

1. Jangan merajuk Sejak masik kanak-kanak lagi, perempuan sudah pandai menggunakan strategi merajuk untuk mendapat apa yang mereka hendak. Perbuatan merajuk ialah sejenis tingkah-laku manipulatif, atau putar-belit. Ramai isteri menggunakan strategi merajuk untuk menang dan untuk memaksa suami mengalah. Apabila bergaduh, jangan suka merajuk.

Merajuk tidak berguna sama sekali untuk tujuan menyelesaikan masalah. Malah ia boleh memburukkan lagi masalah yang ada. Walaupun dengan cara merajuk isteri boleh mendorong suami mengalah, namun strategi merajuk tidak membawa kedamaian yang kekal. Malah perbuatan merajuk sangat membahayakan kerana ia akan menyusahkan usaha untuk berdamai semula. Semakin kuat dan semakin lama rajuk seseorang isteri, semakin susah bila mereka hendak berdamai. Ini disebabkan si suami tahu bahawa dia sedang dihukum oleh isterinya dengan cara merajuk. Orang yang menganggap dirinya dihukum tidak mempunyai dorongan untuk memulakan proses berdamai.

Manakala orang yang menghukum tidak mahu berdamai selagi dia belum menang. Isteri-isteri berani merajuk kerana dia yakin suaminya akan mengalah dan memenuhi kehendaknya. Dengan itu, maka menanglah si isteri. Tetapi itu adalah keyakinannya sahaja. Banyak perbuatan isteri adalah berdasarkan keyakinan palsu. Lain kali, bila dia merajuk lagi, helah itu mungkin memakan dirinya sendiri kerana tidak ada lelaki yang suka dihukum oleh isterinya sendiri.

2. Jangan menghukum Pergaduhan, pertengkaran dan koflik antara suami isteri meninggalkan kesan buruk kepada hati dan perasaan kedua-dua belah pihak. Dalam keadaan begitu, masing-masing cenderung mahu menghukum satu sama lain kerana hendak memuaskan hati yang sakit atas kata-kata berbisa dan perbuatan salah pihak yang satu lagi.

Lelaki dan wanita mempunyai cara-cara sendiri apabila menghukum pasangan. Lelaki cenderung untuk "menarik diri" di mana mereka tidak mahu lagi bercakap-cakap dengan isteri, melainkan terpaksa. Wanita pula cenderung untuk merajuk, menekan, menarik muka masam, menyindir, tidak mahu senyum dan tidak mahu melayan suami. Namun, hukuman tidak mungkin menyelesaikan sebarang masalah. Hukuman juga tidak menolong proses berdamai. Malah hukuman akan hanya mempercepatkan proses kerosakan hubungan. Walau apa bentuk hukuman sekalipun, sama ada ia kecil ataupun besar, hukuman hanya menyukarkan proses perdamaian. Jadi, kalau benar masih ada niat mahu berdamai, jangan menghukum.

3. Jangan berdusta Kalau pasangan kita menunjukkan sikap mahu berdamai, dan kita sendiri pun mahu berdamai juga, jangan berdusta. Jangan pura-pura tarik harga atau jual mahal. Jangan pura-pura tidak sudi. Jangan pura-pura sudah benci. Perbuatan seperti itu ada risikonya. Dia mungkin menyangka kita betul-betul tak sudi dan tidak mahu berdamai. Akibatnya, dia terdorong bersedia untuk melupakan usaha berdamai.

4. Jangan mencari salah Kalau mahu berdamai, berhentikan tabiat suka mencari salah orang. Di sini, mencari salah termasuklah perbuatan mencari kelemahan-kelemahan dan kekurangan-kekurangan orang itu, dan menuduh orang itu salah atau silap. Ia juga termasuk perbuatan berleter, menegur, mengkritik dan menasihati orang itu. Mencari salah tidak mungkin membawa penyelesaian. Kajian-kajian mendapati, wanita cenderung menuduh suami mereka bersalah apabila berlaku masalah dalam hubungan perkahwinan.

5. Berhentikan bahasa negatif Dua jenis bahasa negatif yang biasa digunakan apabila bergaduh ialah: bahasa tuduhan dan bahasa celaan. Kalau mahu berdamai, berhentilah daripada menggunakan bahasa negatif.

"Ini semua kerana sikap awak yang tak betul tu." (tuduhan)

"Kenapa abang tak mahu dengar nasihat saya?" (tuduhan)

"Ini salah awak juga." (tuduhan)

"Kalau awak baik dan sayang kepada anak isteri, kita takkan

selalu bergaduh." (tuduhan)

"Abang tak guna langsung." (celaan)

"Awak tak senonoh!" (celaan)

"Abang ni, sekolah saja tinggi, tapi otak bodoh juga." (celaan)

"Awak tak sedar, diri awak tu siapa." (celaan) Untuk tujuan berdamai, tukar bahasa negatif kepada bahasa positif. Jenis-jenis bahasa positif yang sangat baik kesannya kepada hubungan cinta suami isteri ialah bahasa pengiktirafan, penghargaan, pujian dan sanjungan. Gunakan bahasa ini dengan murah dan lumayan.

6. Bercakaplah tentang hari ini dan esok Setelah berdamai, jangan bercakap melainkan tentang hari ini dan hari esok. Jangan pandang ke belakang, melainkan untuk tidak mengulang lagi kesilapan kita sendiri pada masa lalu. Jangan sekali-kali mengungkit perkara-perkara yang menyebabkan konflik itu. Jangan sentuh apa yang sudah terjadi, sebaliknya bercakaplah tentang apa yang hendak dibuat. Buangkan perkataan "dahulu" dan "semalam" daripada kata-kata kita. Kedua-dua perkataan itu sangat berbahaya. Tidak ada siapa pun yang boleh menyelesaikan "dahulu" dan "semalam".

7. Senyum semula Di dalam sebuah kajian, antara perkara yang banyak disebut oleh lelaki terhadap bekas-bekas isteri mereka ialah bahawa isteri mereka tidak senyum lagi. Jadi, senyumlah, walaupun susah, kerana senyuman ialah cara yang mujarab untuk berdamai semula.

8. Mulakan berdamai Biasa terjadi, konflik yang berlaku itu berlarutan beberapa lama kerana masing-masing tidak mahu memulakan proses berdamai. Walaupun masing-masing mungkin mahu berdamai, tetapi masing-masing takut risiko jika dia yang memulakannya. Mana tahu kalau orang itu tidak mahu berdamai? Kalau benar kita mahukan perdamaian, ambil langkah pertama untuk berdamai. Jangan tunggu sampai orang itu yang mesti memulakannya. Tunjukkan bukti bahawa kita mahu berdamai. Gunakan kata-kata ataupun perbuatan. Andai kata orang itu menolak usaha kita, kerana dia memang tidak mahu berdamai, sekurang-kurangnya kita telah berusaha untuk berdamai, jadi kita tidak berasa bersalah lagi atas alasan kurang usaha.

9. Kenal pasti punca masalah Masalah ialah punca konflik yang utama. Selagi punca masalah itu tidak dikenal pasti dengan tepat dan diatasi, selagi itu konflik yang sama akan berulang-ulang kali tercetus lagi. Sebagai contoh, perbuatan isteri yang suka mengugut suami mungkin menjadi punca konflik. Selagi tabiat buruk itu tidak diatasi, selagi itu si isteri akan mengulang ugutan-ugutannya, dan konflik demi konflik akan tercetus. Kenal pasti dengan tepat punca masalah itu. Tujuannya bukanlah untuk mengungkit-ungkit perkara yang sudah berlaku, tetapi untuk mengelakkannya daripada berulang lagi pada masa depan. Apabila mengenal pasti punca masalah, jangan gunakan perkataan-perkataan yang berfungsi sebagi label kepada perbuatan orang itu. Gunakan perkataan-perkataan yang menerangkan apa yang sebenarnya dia telah lakukan sehingga tercetusnya konflik.

a. "Awak tak bertanggungjawab." (x)

"Saya mahu supaya saya diberi wang belanja dapur yang cukup

tiap-tiap bulan." (/)

b. "Awak degil." (x)

"Saya mahu supaya cakap saya didengar dulu sebelum awak

bantah." (/)

c. "Awak sudah bosan dengan saya." (x)

"Saya mahu supaya saya diberikan sedikit perhatian, jadi saya

tak berasa diri saya diabaikan." (x)

10. Kenal pasti perubahan Terangkan dengan bahasa yang tepat apakah perubahan yang kita mahukan. Oleh kerana konflik biasanya berpunca daripada tingkah-laku yang tidak disetujui, maka cara berdamai ialah dengan mengubah tingkah-laku itu.

Ramai orang, apabila mereka mahu supaya pasangannya mengubah tingkah-lakunya, mereka bercakap secara am dan kabur. Mereka menggunakan perkataan-perkataan yang mempunyai banyak makna. Ini menyebabkan pasangannya tidak faham dengan jelas tingkah-laku yang mana satu yang mesti diubahnya.

Sebagai contoh, perkataan biadab di dalam ayat "Awak biadab." mempunyai makna yang kabur, kerana perkataan itu tidak memberitahu dengan tepat perbuatannya yang mana satu yang dimaksudkan sebagai biadab. Jadi, sukarlah bagi si isteri untuk mengenal pasti perbuatannya itu dan bagaimana dia hendak mengubah tingkah-lakunya kepada yang "tidak biadab".

a. "Jangan biadab pada saya." (x)

"Jangan menengking saya." (/)

b. "Jangan suka tunjuk gaya." (x)

"Tak payahlah awak belajar main golf." (/)

c. "Jangan pemalas." (x)

"Jangan selalu tidur siang." (/)

d. "Layan saya dengan betul." (x)

"Jangan paksa saya makan nasi bungkus selalu." (/)

e. "Jangan syirik." (x)

"Jangan bomohkan saya." (/) Kebolehan mencari gaduh dan berkonflik dengan pasangan sendiri tidak perlu dipelajari. Semua orang memiliki kebolehan itu sebagaimana semua manusia memiliki kebolehan berlari. Tetapi kebolehan hidup dalam perasaan seronok, gembira dan bahagia dengan pasangan mesti dipelajari sebagaimana manusia perlu belajar cara berlari menggunakan teknik-teknik yang betul.

Perkara-Perkara Yang Menyebabkan Isteri Naik Darah

1. menghina bentuk tubuh atau masakan isteri .. eh yang, besarnye paha you. mcm paha gajah. atau eh yang u masak kari ke u masak air ni?

2. mengganggu isteri yg sedang sebuk di dapur sediakan sarapan dia atau dipejabat atau di sekolah ... yang, ambikkan towel kat i jap, yang seluar i mana, yang ksut i dah lap, yang bfast i dah siap? kalo bini tgh meeting, jap jap dia buat miss cal. ada kot dkt 20 kali.

3. terlalu cerewet dgn keadaan rumah. bila rumah berselerak, laki marah, bila bini kemaskan dia tak puas hati. so dia pon kemaskan rumah tapi ini periok bila beli, kenapa tak pakai?, ini mana u dapat, ini kenapa simpan sini, ambikkan tangga, ambikkan plastik ambikkan kayu. semua arah saja tapi dia mengemasssss!

4. lepasbaca suratkabar takpandai lipat. tido atas kerusi, suratkabar bersepah ditiup kipas. anak dtg koyak. bila dia bgn tido, mama nye kenapa awak tak tgk anak ni. habis dikoyak s/kabar saya. blom abis baca lagi.

5. nak makan itu ini tapi tak bagi tahu awal2. tau tau balik pejabat, tanya mama awak masak kari ayam ke daging ari ni. saya lapar ni. sdgkan smlm masa pi market ajak beli ayam dia kata tak leh mkn, virus burung skrg, so beli ikan je. dia kata ikan kembung ni masak kicap sedapppp.

6. bila nak jalan mana mana, dia siap dulu, pastu main game, dah puas main dia pon cakap u nak keluar tak? kalau nak cepatlah siap. bila kita tgh bersiap dia pon bebel, anak ni blom salin lagi. u buat apa. bersiap apa dr tadi. sdgkan baru 5 minit dia suruh kita siap. kalau kuar pakai bra ngn suar dlm je cepatlah.

6.kalau bab nak pinjam duit kat mak adik kat kampung, mesti dia suruh bini yg buat call. pastuh bila bini dok mengayat adik mak nak meminjam duit, dia dok sebelah dok tanya dapat ke tak dapat ke tak?

7. dia komplen nape u tak pakai lipstick kuar ni, pucat je bibir u. tp semalam masa bini dok test lipstick baru dia kata nak beli lagi, thn lepas dah beli nak beli lagi. bak sini duit tu saya beli top up nak sms makwe saya.

8. dia bawa balik anak2 ngn bini dulu ke rumah,pastuh dia kata awak masak sedap2 ari ni. anak2 saya tido sini mlm ni. esok awak buat bfast special. tp duit dapo dia kasi 100 je sebln sbb dia sorang je mkn, yg lain tu anak2 awak yg ramai. awak tanggung sendiri.

9. awak dpt gaji nanti belikan saya suar dlm ek. suar saya dah kecik. bila bini belikan dia tak pakai. bila bini tanya, dia kata awak beli yg kat mydin, mana ada taraf. low quality. saya nak yg jual kat sogo ke klcc ke apa ka.

10. bila bini tgh mandi, dia jerit, cepatlah skit saya nak berak ni. pastu bila bini kuar, dia kata lain kali mandi tu cepat2 skit. sapa nak byr bil air byk2? saya nak mkn awal ari ni. awak lom siapkan sarapan lagi.

11. bila time nak sembahyang, dia jln dulu. bini tgh ambik wuduk dia dah takbir. bila bini masuk dia dah abis satiu rakaat. bila abis bagi salam jer dia pon bebel, lain kali kalau nak jemaah ngn saya, tv tu bunyi je azan, terus pi ambik wuduk, tp masa azan tu bini tgh basuh berak anak. gamaknya kalau tinggal jer anak ngn bontot bertaik tu lagi afdal kot.

12. bini tgh tido, sbb demam, dia kacau. eh bgn lah. jgn malas sgt. sbb awak tido tu lah sakit awak tak baik. tp masa dia sakit, sikit2 suruh bini ambik tu ini. mcm raja gopal lak. nak ambik tisu pon tak leh, nak sapu minyak angin ke idung sendiri pon tak leh takut tgn bau minyak kpk. pastuh siap order lagi ubat mahal, ubat td tak bagus.koman.

13. bila bini buka topik nak tanya laki jer, laki dia cepat2 potong, alah u apa tau. i dah lama beranak. kuar dr perut mak i, i dah baca 100 buku. u apa tau

14. bila dia dengar org sembang2 psl hal org, dia pon terus tala kat bini dia, u ada ckp kat depa ke tadi yg i suruh u beli suar dlm. kenapa tipah tu cite ngn minah dia beli suar dlm kat laki dia? awak cite ekkk? tu sbb dia org perli saya.

15. awak ni bawak keta tu baik baik skit. keta tu besar. awak biasa bawak keta kecik je. hand brake dia lain tak mcm kenari awak, ini odysesy, besau ooo., tapi keta tu bini yg beli, bini bawak relax jer, parking pon no problem tp member nak parking jer asyik tertekan hon hahahah.

16. awak ni masih ingat ex awak kan saya taulah. sbb tu awak tak nak mengandung anak saya. sdgkan saya tu kerja pon tak ada. mulut pon bini suap mkn suruh tambah umat lak.

17. bila anak buat perangai laki dia kata, keturunan apa lah anak awak ni. saya tak penah jumpa lagi. kenapa awak tak buang je anak awak ni, menyusah saja. bila bini jwb dia kata lak, saya tau dah awak mesti ckp mcm tu. bila saya belasah budak tu awak kata saya zalim tak syg anak awak. tapi hakikatnya lps kawin dulu dia kata kita sama sama jaga anak2 kita ye sayang yerrr hehehehehh.

18. offer harta benda duit bini pd kawan2 dia. korang nak apa lagi mailah sini. bini aku punya brg byk. pastuh org yg minjam tu siap ckp lak, laki ko tak mintak pon ko lak yg sebuk2 mintak. aku punya suka ler nak pulang ke tak nak. hahahha

malas dah nak tulis lagi. tp hakikatnya, suami isteri tu tak sempurna dan kejadian mereka sepatutnya saling menyempurnakan antara satu sama lain. tapi kerana ego diri yg tinggi, manusia ni selalunya lalai dan syok sendiri. so kalau dah berantakan, jgn dok salahkan bini jerrr. tgklah perangai lakiiiii samaaaaaa.

Wife, Husband
Why does a man want to have a WIFE. Because;
W - Washing
I - Ironing
F - Food
E - Entertainment

Why does a woman want to have a HUSBAND. Because
H - Housing
U - Understanding
S - Sharing
B - Buying
A - And
N - Never
D - Demanding


Before/After Wedding

Before Wedding - "you are my heart, you are my love"
After Wedding - "you get on my nerve

Before Wedding - "you are sweet and kind just like Cinderella"
After Wedding -"you are worse than godzila. " *

Before Wedding -Roses are red, violets are blue Like it or not, I'm stuck with you
After Wedding -Roses are dead, I am blue.You get on my head, I will sue you

Before Wedding -Every dinner, he brings you to Shangri-La
After wedding -You want to go, he says Nanti-la

Before Wedding - She enjoys his looks
After Wedding - She enjoys his cheque book

Before Wedding - Shopping at Sogo,
After Wedding - Shopping at Pasar Malam

Before Wedding - She looks like Anita Sarawak
After Wedding - Don't know whether katak or biawak

Before Wedding - Weekends at Resor Tampak Siri
After Wedding - Furthest you go is Wisma Tampak Miring

Before Wedding - He opens the car door
After Wedding - He opens his mouth and snores

Before Wedding - She / he was your ideal
After Wedding - She / he becomes your ordeal

Kenapa Wujudnya Sikap Bertangguh?

Antara faktor yang menjadi penyebab tangguh ini ialah:

1. Pengurusan yang lemah, sama ada dari segi pengurusan diri, masa, sumber dan tugas.

2. Takut, sama ada takut kepada kegagalan mahu pun takutkan kejayaan. Ada orang takut berjaya kerana kejayaan bermakna tanggungjawab lebih besar, masa makin sibuk dan tiada masa untuk perkara lain, ramai orang yang akan dengki dan sebagainya. Ada pula yang takutkan kegagalan kerana bimbang dikritik, dimarahi, dipandang rendah, takut kerja tidak cukup bagus dan sebagainya. Walau apa sekalipun alasannya, 90% daripada apa yang disangkakan sebenarnya tidak akan berlaku.

3. Terlalu mahukan kesempurnaan. Ada ketikanya sesuatu perancangan itu tertangguh perlaksanaannya kerana kita mahukannya terlalu sempurna. Begitu banyak masa dan tenaga dibazirkan dengan mengkaji keburukan-keburukan yang mungkin akan terjadi.

4. Masalah fizikal. Masalah kesihatan dan tenaga yang kurang boleh mendorong perasaan malas. Ini membuatkan banyak kerja-kerja gagal disempurnakan kerana diri tidak produktif.

5. Masalah sikap. Sikap adalah penyumbang paling utama kepada masalah tangguh. Apabila kita bersikap sambil lewa, ambil mudah dan tiada komitmen serta disiplin terhadap diri kita dan tugas-tugas yang diserahkan maka segalanya pasti akan tertangguh. Bagaimana Mengatasinya? Tangguh bukanlah masalah yang tidak boleh diselesaikan. Ia bukannya perkara biasa dalam kehidupan yang tidak dapat dielak. Sebaliknya ia adalah kebiasaan atau tabiat yang tertanam dalam diri kita kerana kita tidak mendidik diri dengan amalan-amalan kecemerlangan.

Berikut dinyatakan beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah umum ini:

1. Agih-agihkan tugas. Pastikan tugasan bersesuaian dengan tenaga dan masa yang diperuntukkan. Salah satu penyebab kepada tangguh ialah rasa kerja yang mahu dibuat itu terlalu sukar atau terlalu banyak. Kalau terlalu banyak, agih-agihkan tugas kepada bahagian yang lebih kecil. Kalau terlalu sukar, dapatkan seseorang yang boleh membantu. Tanya mereka! Jangan jadi orang yang berat mulut. Dalam dunia ni tiada sesiapa pun yang akan membantu kita tanpa diminta.

2. Buat senarai tugas atau ‘TO DO LIST’.

3. Dapatkan satu diari, nak canggih lagi pakai ‘Palmtop’. Malah telefon bimbit pun dah boleh untuk masukkan aktiviti kita. Sebenarnya, jangan bazirkan duit dengan membelanjakan wang membeli diari atau organizer yang mahal-mahal. Ramai orang yang saya perhatikan, ketika semangatnya datang, mereka keluarkan duit untuk tujuan ini tetapi akhirnya sia-sia juga.

4. Cari cara untuk ingatkan kita. Contoh: Jam loceng, komputer, digital organizer dan sebagainya.

5. Sediakan segala keperluan lebih awal. Contoh: Nak ambil pemadam, hanya kerana itu kerja tertangguh 30 minit. Nak ke bilik air dan sebagainya. Kita kena ingat, kita dibayar gaji untuk bekerja 8 jam sehari jadi buatlah yang terbaik!

6. Tiada dua orang yang serupa. Lain orang lain masa yang mana dia akan paling produktif. Oleh itu kenali masa produktif kita dan gunakan masa ini untuk siapkan kerja-kerja penting kita.

7. Tukar cara fikir atau ‘mindset’ kita.

8. Just do it! Jangan peduli apa orang lain akan kata. Ia adalah soal masa depan kita. Percaya cakap saya, 90% daripada sangkaan-sangkaan dan kebimbangan kita itu sebenarnya tidak akan berlaku!

9. Belajar dari kesilapan. Mula melangkah apabila sudah ada perancangan dan jangan tunggu untuk segala-galanya sempurna sebab ketidaksempurnaan itu sememangnya sifat semulajadi setiap hasil ciptaan manusia. Contoh: TV hitam putih wujud sebelum ada TV warna. Telefon bimbit besar sebelum ada yang kecil molek. Orang yang mencipta dan menjual barang-barang ini tidak menunggu segalanya sempurna. Mereka mengaut keuntungan awal dan menggunakan keuntungan itu untuk melakukan penyelidikan dan seterusnya menghasilkan barangan yang lebih baik.

10. Senaman secara konsisten, 20 minit sehari, 3x seminggu.

11. Jaga diet atau pemakanan. Makan makanan yang kurang lemak dan yang tinggi kandungan fibernya seperti buah-buahan, kekacang dan sayur-sayuran. Makan roti yang ada tertulis perkataan ‘high fibre’.

12. Rehat yang cukup - Lakukan meditasi atau rileks. Itu gunanya kita lepas solat sambung berzikir dan berwirid.

13. Mulakan sedikit, bertatih sebelum berlari. Tidap perlu untuk menghabiskan apa yang mahu dilakukan itu serentak. Manusia mudah rasa jemu dan bosan. Oleh itu, lakukanlah sedikit tetapi konsisten. Pelbagaikan aktiviti dan jangan fokus hanya kepada satu tugas semata-mata.

14. Ganjari diri sendiri setiap kali dapat menyelesaikan sesuatu tugas atau pekerjaan.

Ada satu pandangan daripada pakar cinta di luar negara berkenaan ciri-ciri wanita yang wajib dijauhi. Dengan izin, saya kongsikan sebahagian kecil di sini.

1. Wanita kategori liar.

Inilah jenis wanita yang sering dinasihati oleh mana-mana ibu untuk dijauhi. Pada awalnya, perhubungan dengan wanita sebegini sememangnya menyeronokan.

Dia selalu melakukan sesuatu di luar jangkaan. Perasaan selalu mencuba sesuatu yang bagus, tetapi sikap cuba-cubanya tidak wujud sempadan. Kita teruja dengan kegilaannya tetapi tak kita sedar, tersadung dalam masalah yang diciptanya.

2. Wanita si Bom jangka.

Wanita bersifat bom jangka seumpama emosi yang akan meletus tanpa apa-apa amaran ketika anda menjangka semuanya erkawal.

Dia kelihatan normal luarannya sehinggalah kita menjadi sasarannya.

Individu seperti ini bukan sahaja menjadi bom jangka dalam emosi kemarahan malah emosinya akan mengubah keputusan-keputusan penting.

3. Wanita si Gula-gula

Gadis muda seumpama gula-gula yang melihat kita sebagai pembimbingnya dan menyukai kewujudan kita.

Dalam keadaan ini kita seolah-olah bertindak seperti seorang yang mengajarnya untuk menjadi wanita idaman dan cuba mencipta kehidupan yang penuh kematangan untuknya.

Hakikatnya kita sudah tertipu, gadis muda seumpama ini sebenarnya sedang menguji kuasa tarikan yang ada pada dirinya.

4. Wanita si Bintang

Wanita bersifat bintang menjadikan pasangannya sebagai jalan untuk mempopularkan atau menguntungkan dirinya semata-mata, lebih-lebih lagi jika dia mempunyai keinginan besar terhadap sesuatu yang jelas bukannya diri kita.

5. Wanita si Penggapai.

Penggapai mempunyai kedudukan kewangan lebih dari apa kita miliki dan dia menyukai keadaan demikian, ia memberi jaminan kepada dirinya.

Mengapa dia suka? Dia memilih pasangan yang bukan dalam kelompoknya agar ia memberinya ruang bergerak.

Kita menjadi sasaran jika matlamat kewangannya gagal, dan kita dilihat sebagi punca terbazir masanya sekadar untuk aktiviti bersama.

Dia cenderung mengatakan setiap usahanya adalah untuk kebahagian bersama.

6. Wanita yang Tercedera.

Hubungan yang terjejas menjadikan wanita dalam kategori ini tercedera emosinya sepanjang masa.

Kewujudan kita adalah kapal persinggahannya sementara baginya untuk memikirkan kesilapannya, apa yang terjadi, siapakah dia dan apa yang perlu dilakukannya.

Sepanjang kita menjadi pasangannya, kita mendengar segala kisah buruknya. Kita akan menjadi pendengar setia kisah sedihnya semalam, hari ini dan esok.

Dalam jangkaan kita kewujudannya untuk menyintai kita, tetapi dia lebih memikirkan keadaan dirinya.

Setelah selesai, selamat tinggal untuk kita.

Menurut kajian yang dilakukan oleh beberapa pengkaji, simbol dan maksud tersirat yang terkandung dalam wang kertas tersebut ialah:








































1.
13 tingkat piramid, di mana nombor 13 selalu dikaitkan sebagai nombor yang tidak bertuah (akan tetapi, ianya bertuah hanya untuk kumpulan mereka sahaja).

2.
Simbol mata satu (Eye of Providence), ditafsirkan oleh barat sebagai tuhan yang sentiasa melihat kelakuan manusia. Bagi umat Islam, ianya merupakan simbol dajjal.

3.
Penguasaan regim zionist/yahudi yang belum selesai (simbol mata satu dilihat belum bercantum dengan 13 tingkat piramid tersebut)

4.
Kedatangan "penyelamat" kepada zionist/yahudi yang ditunggu-tunggu. Apabila simbol mata satu bercantum dengan 13 tingkat piramid, maka "penyelamat" (sebenarnya dajjal atau antichrist) sudah datang.

5.
NOVUS ORDO SECLORUM, bermaksud "A new order of the ages.", akan tetapi boleh juga disama ertikan dengan maksud "New World Order".

6.
ANNUIT COEPTIS, bermaksud "Approve Undertake". Erti yang mudah ialah "He approves (or has approved) [our] undertakings."

7.
THE GREAT SEAL. Simbol piramid dengan mata satu ini merupakan bahagian belakang cop mohor atau Great Seal of the United States.

8.
MDCCLXXVI, bermaksud 1776 iaitu tahun kelahiran organisasi Bavarian Illuminati (Order of the Illuminati) yang diasaskan oleh Adam Weishaupt. Illuminati ialah golongan tertinggi dalam hirarki pertubuhan Freemason.

9.
"IN GOD WE TRUST…..ONE" (Rajah 2). Kepercayaan kepada tuhan yang satu. Masalahnya, pemahaman tentang ‘tuhan’ tersebut dibawa oleh Amerika. Jadi, ayat sebenar yang sepatutnya berbunyi begini "IN GOD DAJJAL WE TRUST…..ONE" (kerana dajjal amat meminati konsep One World Religion, One World Government, iaitu agenda New World Order).

10.
ONE (1) membawa erti "Yang Satu (Dajjal)". Bagi masyarakat kristian barat (yang hanya melihat dari sudut hadapan sahaja), mereka menganggap ONE ialah kedatangan Jesus sebagai penyelamat di masa hadapan. Hanya wang kertas satu dollar saja yang terlibat dan tidak pula bagi wang kertas yang lain. Ini disebabkan wang kertas lain bernilai (sebagai contoh) USD10, USD50, USD100 (angka yang tertera di dalamnya). Maka, lebih "bertenaga" sekiranya menggunakan wang kertas berangka 1 (USD1).

Assalamualaikum... pemberitahuan..!!! 1) "Tesco" adalah singkatan kepada Tessa Cohen, isteri kepada jutawan yahudi U.K. yang memiliki hypermarket tersebut. jutawan ini amat kuat menyokong zionist nazi yahudi israel melalui kekayaan beliau. setiap RM yg kita beli di Tesco umpama satu peluru yg kita sumbangkan kepada israel utk membunuh saudara2 islam kita di palestin. tolong sampai2kan kepada saudara2 serta kawan2 semua.. mungkin ini saja jihat yg kita mampu buat setakat ini.. insyaAllah .. janji Allah sekecil2 amalan pun xkan terlepas dari pandangan-Nya.. wallahualam.

Berkahwin dapat mengurangkan risiko mengalami penyakit Alzheimer apabila satu penyelidikan baru menunjukkan mempunyai pasangan pada pertengahan usia, dengan individu yang mempunyai pasangan berisiko kurang 50 peratus untuk mengalami nyanyuk. Ia mendapati mereka yang keseorangan selepas perceraian berisiko tiga kali ganda mengalami Alzheimer di kemudian hari. Kajian selama 21 tahun menekankan risiko tinggi menghadapi masalah ingatan dan kognitif bagi semua individu yang keseorangan, sama ada bujang, bercerai atau kematian pasangan. Penyelidikan terdahulu menunjukkan pengasingan sosial atau kurang hubungan peribadi meningkatkan risiko nyanyuk dan penurunan mental, dengan pakar Amerika Syarikat tahun lalu mendakwa individu keseorangan lebih berkemungkinan mengalami penyakit otak pada usia tua. Namun, kajian Sweden yang dibentangkan di Persidangan Antarabangsa mengenai Penyakit Alzheimer di Chicago, baru-baru ini, membuktikan secara khusus bahawa berkahwin dapat mengurangkan risiko nyanyuk.Alzheimer adalah punca utama nyanyuk, yang menjejaskan lebih 700,000 penduduk Britain. Dalam kajian terbaru, penyelidik yang diketuai Dr Krister Hakansson dari Institut Karolinska di Stockholm memeriksa rekod 1,449 penduduk pertengahan usia di Finland dan sekali lagi pada tahun 1998, purata 21 tahun kemudian. Secara keseluruhan, 139 mengalami beberapa bentuk masalah nyanyuk, 82 dengan masalah kognitif sederhana dan 48 menghidap Alzheimer. Pasukan penyelidik mendapati mereka yang tinggal bersama pasangan pada pertengahan usia berisiko kurang 50 peratus untuk nyanyuk pada kehidupan lewat berbanding yang tinggal sendirian.
Ia mengekalkan kes walaupun selepas pengubahsuaian dibuat bagi faktor yang dikaitkan dengan risiko tinggi Alzheimer termasuk pendidikan, obesiti, kolesterol, tekanan darah tinggi, pekerjaan, aktiviti fizikal, tabiat merokok, kemurungan, gen, usia dan jantina. Penyelidik mendapati mereka yang kekal membujang sepanjang hayat berisiko dua kali ganda untuk nyanyuk. Pasangan bercerai yang membujang selepas berpisah dengan pasangan pada pertengahan usia berisiko tiga kali ganda. Lebih dramatik, mereka yang kehilangan pasangan sebelum pertengahan usia dan kekal membujang berisiko enam kali ganda untuk nyanyuk berbanding mereka yang berkahwin pada pertengahan dan akhir hidup. Dr Hakansson berkata: “Kajian ini menunjukkan faedah berkahwin, selari dengan hipotesis umum rangsangan sosial sebagai faktor pelindung daripada nyanyuk.” Jurucakap Tabung Penyelidikan Alzheimer, Rebecca Wood, berkata hasil kajian itu amat membimbangkan bagi United Kingdom, yang menyaksikan kadar perceraian tinggi di kalangan penduduk, selain peratusan perkahwinan pada paras paling rendah serta peningkatan penduduk tua. “Kita amat memerlukan lebih banyak penyelidikan dibuat mengenai faktor gaya hidup dan risiko nyanyuk jika mahu mengekang wabak nyanyuk di negara ini,” katanya. Bagaimanapun, Dr Susanne Sorensen dari Persatuan Alzheimer berkata, sesiapa saja boleh mengambil langkah mengurangkan risiko, dengan atau tanpa pasangan seumur hidup. “Orang bujang tidak sepatutnya bimbang - terdapat banyak cara mengurangkan risiko nyanyuk yang tidak membabitkan perkahwinan. Bukti terbaik ialah mengamalkan cara pemakanan Mediterranean, kerap bersenam dan tidak merokok,” katanya.

1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
7. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
8. Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10. Jangan menangguh taubat b ila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
11. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
11. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
12. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apab ila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
13. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki
kita.
14. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
15. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan mengh ilangkan kasih orang kepada kita.
16. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
17. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
18. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.Wasalam"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71

;;
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...