| Ketika | Niat | Penjelasan |
| 1. berkumur | "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini". | Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah. |
| 2. membasuh muka | "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini". | Ahli syurga mukanya putih berseri-seri. |
| 3. membasuh tangan kanan | "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini". | Ahli syurga diberikan hisab- hisabnya di tangan kanan . |
| 4. membasuh tangan kiri | "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab- hisab ku di tangan kiri ku ini". | Ahli neraka diberikan hisab- hisabnya di tangan kiri . |
| 5. membasuh kepala | "Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu". | Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala. |
| 6. membasuh telinga | "Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini". | Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll. |
| 7. membasuh kaki kanan | "Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim". | Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali. |
| 8. membasuh kaki kiri | "Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat". | Qada' dan Qadar kita di tangan Allah. |
Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang
dituntut dalam Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri. Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa? Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?
Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?
Bersyukurlah dan bertaubat selalu.
Labels: Islam
REZEKI melimpah, halal dan berkat adalah dambaan atau keinginan setiap orang, apatah lagi disertakan dengan kedudukan yang mulia dan ilmu yang bermanfaat.
Namun untuk mencapai kenyataan itu bukanlah mudah. Ini kerana wang yang melimpah dan kedudukan yang tinggi bukanlah sesuatu yang dapat membawa serta menjamin keberkatan hidup yang sejati.
Ini membuktikan rezeki yang melimpah tidak menjamin kehidupan yang berkat. Rezeki yang melimpah juga tidak menjamin hidup yang harmoni, bahagia dan tenang.
Allah berfirman: Sekiranya Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hambanya tentulah mereka melampaui batas pada muka bumi tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendakinya dengan ukuran tertentu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Melihat keadaan hamba-hamba-Nya. (asy-Syura: 27)
Kita sering melihat orang yang diberi rezeki yang melimpah tetapi menggunakan kekayaan mereka bagi mengingkari Allah, membelanjakan pada jalan sesat dan digunakan bagi mencari tempat di neraka. Bukankah itu kebodohan yang nyata?
Sedangkan kita selalu diingatkan serta dinasihatkan oleh Allah supaya memakan rezeki yang baik dan jangan mengikut jejak syaitan. Sesungguhnya, syaitan adalah musuh yang nyata.
Rezeki yang halal dan berkat dapat membawa manusia menuju ketenteraman hati. Ia juga dapat membawa kemuliaan di sisi Allah. Insya-Allah, kita dapat mencapainya dengan mengerjakan solat duha.
Solat Duha adalah solat yang berkait rapat dengan rezeki sama ada dipermudahkan rezeki, rezeki yang diberkati, kemanfaatan rezeki dan pahala yang tinggi nilainya. Manakala di akhirat pula, Allah menyediakan pintu khusus baginya memasuki syurga.
Hal ini telah dijelaskan dalam banyak hadis Rasulullah SAW. Nabi pernah berwasiat kepada sahabat terdekatnya iaitu Abu Dzar al-Ghifari supaya melaksanakan solat Duha, solat Witir dan puasa tiga hari dalam setiap tengah bulan.
Kekasihku Muhammad berwasiat kepadaku supaya berpuasa tiga hari pada setiap bulan, mengerjakan solat duha dua rakaat dan solat witir sebelum tidur. (riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud daripada Abu Hurairah)
Pun begitu, kita perlu menyedari bahawa solat duha dilakukan bukan semata-mata mengharapkan rezeki, ia dapat mendekatkan diri kepada Allah.
Yang pasti, solat duha menambah amal soleh. Malah Allah turut akan mengampunkan dosa-dosa kita, seandainya ia dikerjakan secara istiqamah.
Lantaran itu, kekuatan spiritual yang terdapat dalam solat ini mempengaruhi kepentingan duniawi dan ukhrawi. Secara tidak langsung, ia memenuhi dua aspek iaitu kepentingan bagi kejayaan di dunia dan kebahagiaan
di akhirat kelak.
Oleh itu, tidak hairanlah mengapa Nabi Muhammad SAW banyak menganjurkan amalan solat duha ini. Bertepatan dengan seruan itu, PTS Millennia Sdn. Bhd. telah mengambil inisiatif menerbitkan buku berjudul Magnet Rezeki dengan Solat Duhayang telah diterjemahkan daripada buku Menyingkap Mukjizat Shalat Dhuha karya Muhammad Mokhtar.
Buku ini memotivasikan kita agar tidak sahaja kaya wang tetapi pada masa sama membina kekayaan jiwa demi kebahagiaan di sana.
Ia juga membongkar rahsia memperoleh rezeki yang melimpah-ruah melalui wahana solat duha. Ia membuka perspektif baru mengenai rezeki dan kekayaan bagi seorang Muslim.
Disokong dengan bukti-bukti yang menjelaskan bahawa melalui solat duha yang istiqamah, sesiapa sahaja mampu memperoleh rezeki yang berganda dan diberkati.
Labels: Islam
DALAM Islam kata-kata kotor, makian serta ucapan menghina merupakan satu perkara yang sangat tercela dan dilarang. Sesungguhnya segala sumber kata-kata kotor atau nista itu timbul daripada watak yang rendah dan jiwa yang hina.
Kerana itu ada pendapat mengatakan “Bahasa Jiwa Bangsa” dan kerana itulah Rasulullah SAW mengingatkan kita bahawa: Jauhilah olehmu semua kata-kata kotor sebab Allah tidak suka kepada kata kotor atau yang menyebabkan timbulnya kata kotor dari orang lain.
Kata-kata kotor, nista, umpatan dan kejian menyebabkan manusia berkonflik, bergaduh dan seterusnya bersengketa sehingga berlakunya pembunuhan, pertumpahan darah dan lenyap sama sekali. Mungkin kita boleh jadikan teladan, bagaimana masyarakat Islam terus membenci bekas Presiden George W. Bush apabila beliau menyifatkan
Seluruh masyarakat Islam, sama ada secara langsung atau tidak langsung mengutuk pemberian gelaran itu terhadap negara-negara Islam.
Mempersendakan
Kita mungkin teringat dengan hukuman yang pernah diberikan oleh Ayatollah Khomeini apabila Salman Rushdie melukiskan perwatakan Nabi Muhamad SAW sebagai karikatur dan mempersendakan baginda. Mungkin juga kita tidak lupa dengan kata-kata pedih yang pernah dikeluarkan oleh pemimpin tertentu bagi menggambarkan watak yang tidak disukainya. Dengan menggunakan kata-kata kesat, umpatan dan nista, Shahnon Ahmad telah meloyakan khalayak pembaca melalui perulangan kata-kata dalam novel Shit, dan pernah menimbulkan kontroversi kerana tidak bersetuju dengan kepimpinan politik negara suatu ketika dahulu.
Mungkin kerana marah atau ada sesuatu yang terguris di hatinya, Shahnon Ahmad telah lupa bahawa Rasulullah SAW pernah memberikan peringatan bahawa: Seorang Mukmin bukanlah tukang mencela, tukang melaknat orang, tukang berkata kotor dan berkata rendah. Syurga itu diharamkan bagi setiap orang yang berkata kotor untuk memasukinya.
Dalam membuat sesuatu tuduhan, berkata-kata kita seharusnya menjadikan perilaku dan tutur kata Rasulullah SAW sebagai contoh yang terbaik. Baginda tidak pernah mengeluarkan kata-kata kesat, walaupun berhadapan dengan musuhnya.
Sebaliknya baginda membalas dengan senyuman dan menasihati secara berhemah dan tidak menyakiti atau melukai perasaan orang lain.
Anas bin Malik r.a pernah merakamkan bahawa: Tidak pernah Rasulullah SAW melakukan perbuatan keji, tidak pula kotor lidah (suka mengutuk) dan tidak pula mancaci maki. Ketika seseorang mencela baginda sebagai seorang yang kotor (berdebu) kerana banyak (sujud), baginda hanya mengatakan apa yang dia miliki.
Rasulullah SAW adalah seorang yang benar-benar memelihara lisannya. Sekalipun terhadap orang-orang kafir yang menentang dakwahnya. Baginda tidak mudah mengeluarkan kata-kata laknat atau menyakitkan hati.
Abu Hurairah berkata bahawa ia menemui seorang lelaki yang ketagihan arak. Lalu dihadapkan lelaki itu kepada Nabi Muhamad SAW agar dihukum. Di antara para sahabatnya ada mengatakan: “Saya memukul dengan tangan”, “saya memukul dengan kasut” dan “saya memukul dengan baju.”
Ketika lelaki itu berpaling (ke arah sahabat), seorang sahabat menyatakan semoga Allah SWT menghinamu! Maka bersabdalah Rasulullah SAW yang bermaksud: Janganlah kamu meminta bantuan syaitan dalam menghadapinya.
Daripada Abu Darda r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Aku memohon kepada Rasulullah SAW: Wahai Rasulullah, doakanlah (kecelakaan) bagi orang-orang musyrik. Rasulullah menjawab: Sesungguhnya aku diutus bukan untuk melaknat (mengutuk), tetapi aku diutuskan untuk memberi rahmat.
Begitulah citra peribadi Rasulullah SAW, dengan akhlak yang luhur telah memberikan contoh kepada manusia agar selalu menghindari sebarang tindakan secara melulu dan selalu sabar dalam menghadapi setiap rintangan atau masalah.
Dalam konteks ini jelas sekali sikap berlebih-lebihan dalam beragama yang menjadi pegangan sesetengah orang bukanlah daripada ajaran Islam. Ini kerana Islam lebih mendahulukan sikap pertengahan atau kesederhanaan dalam setiap aspek kehidupan. Bukan sekadar itu sahaja, bahkan Islam mengingatkan setiap umatnya agar tidak terjerumus pada dua kesesatan iaitu berlebih-lebihan atau sikap lalai. Firman Allah SWT yang bermaksud:
Tunjukilah kami jalan yang lurus (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka dan bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat. (Surah Al-Fatihah: 6-7)
Di dalam masyarakat Islam tidak ada tempat bagi kaum Muslimin untuk meremehkan nilai-nilai luhur yang dijunjung oleh Islam. Masyarakat Islam menjunjung tinggi nilai-nilai moral dan kemanusiaan yang luhur dalam kehidupan umat manusia. Rasulullah bersabda yang bermaksud:
Tahukah kamu siapa yang disebut orang bankrap itu.
Orang yang bankrap adalah yang datang pada hari kiamat amalan solat, puasa dan zakat, tetapi bersamaan itu juga ia telah mencaci maki, menuduh, memakan harta tidak halal, mengalirkan darah (tanpa hak) dan memukul ini dan itu.
Maka amalan baiknya dilimpahkan kepada orang yang berhak menerimanya (yang ia caci) dan jika amalan baiknya habis pada hal belum dapat menutup kesalahannya maka kesalahan (orang yang dicaci itu) dilimpahkan kepadanya, kemudian ia ditempatkan ke dalam neraka.
Seorang Muslim itu perlu memelihara lisan atau lidahnya daripada mencaci maki, walaupun dengan alasan yang kuat. Lebih utama memadamkan api kemarahan itu agar tidak terjadi permusuhan yang menyeret kepada perbuatan dosa.
Daripada Ali bin Abi Talib r.a, Rasulullah bersabda yang bermaksud:
Yang berbuat keji dan menyiarkan kekejiaan itu berada dalam keadaan sama-sama berdosa.
Firman Allah yang bunyi: Kecelakaan besarlah bagi tiap-tiap pencaci dan pengkeji. (Surah Al-Humazah:1)
Dalam ayat ini, Allah SWT mengutuk perbuatan jahat iaitu menyebarkan fitnah, bercakap ataupun mengisyaratkan perkara yang jahat sama ada terhadap seorang lelaki atau perempuan dengan kata-kata ataupun secara isyarat, atau perangai, atau secara mengajuk-ajuk, ataupun sindiran atau caci maki.
Sesungguhnya Allah SWT itu pemalu, penutup (cela), menyukai malu dan tertutup, maka apabila salah seorang kamu mandi maka hendaklah ia ditutup.
Demikian juga firman Allah SWT yang bermaksud: Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik. Bukanlah tergolong daripada orang mukmin yang suka mencela, mengutuk dan mengeji. Dan bukan pula mereka yang berlidah kotor. (Surah An-Nahl: 25)
Dari ayat-ayat al-Quran serta beberapa hadis yang tersebut jelaslah membuktikan bahawa Islam melarang umatnya mencarut dan memaki hamun sesama muslim.
Ini kerana kerja-kerja mencarut adalah kegiatan dan perbuatan syaitan. Bagi mereka yang masih tegar dengan pengucapan negatif bagi mewajarkan kenyataan berbaur fitnah, nista dan cela bersandarkan pendapat bahawa Islam tidak melarang umatnya mencarut adalah satu usaha pemesongan dan bertentangan dengan budaya Islam. Mohonlah perlindungan Allah SWT daripada sifat yang buruk.
Labels: Islam
BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz"BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM" yang bermaksud"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."
KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH
1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH.Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislahBISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAHtertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.
2. "BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah merekaapabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH.Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejakBISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi)
3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, makasemua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air lautbergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlemparsemua syaitan.
4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itudibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknyadan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkanAllah beri berkat ke atasnya.
5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, makabacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
6. Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikatpenjaga neraka ada 19" Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat)"(Surah Al-Muddaththir : Ayat 30)Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."
7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiaphuruf berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilahkekuatannya dan kamilah kehebatannya. "
8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allahakan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkansegala dosa kedua orang tuanya.
9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH makaakan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendaktidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dankebakaran, maut mendadak dan bala.
11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapanorang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalimserta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.
Labels: Islam
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu.....
Niat Sembahyang :Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.
Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :
"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"
Labels: Islam
Dalam negara yang multi-racial seperti kita, perjuangan kaum samada politik atau bukan politik akan mencerumuskan kepada krisis yang tidak berkesudahan. Selain itu, perjuangan kaum tiada kejelasan prinsip mengenainya.
Inilah sebabnya perjuangan atas semangat kaum ‘Arab yang dipimpin oleh tokoh-tokoh politik pada zaman ini kecundang. Tidak mereka berjaya menegakkan kedaulatan ‘Arab, bahkan gagal mempertahankan wilayah ‘Arab itu sendiri. Walaupun slogan perkauman berdegar-degar, namun ‘Arab tetap menjadi hamba Amerika.
Sepatutnya, seorang muslim tidak bersifat perkauman kerana itu bercanggah dengan prinsip Islam yang merahmati semua bangsa yang diciptakan Allah. Sepatutnya, yang diperjuangkan adalah prinsip-prinsip Islam yang rahmat dan adil. Tegakkan Islam yang sebenar seperti jenerasi salaf, maka pasti akan tertegak keadilan untuk semua. Islam tulen, bukan Islam campuran yang sudah hilang keaslian.
Jika Islam sebenar itu diperjuangkan, kita akan dapati isu perkauman tidak akan bangkit dalam negara ini. Pertubuhan atau badan yang tegak atas dasar kaum tertentu, perlu menyemak semula matlamat dan agendanya. Lebih daripada itu, adakah perjuangan sebegitu mendapat keredhaan Allah?”.
Labels: Islam
Solat Fardu
Dan sudah tentu kita mesti menunaikan solat-solat fardu yang lima waktu. Kalau pada hari dan bulan lain dari Ramadhan kita lakukan solat tapi tidak regular maka pada bulan Ramadhan lakukanlah dengan penuh semangat tanpa ponteng.
Pada orang yang tidak solat dia tetap akan membasuh muka dan tangan sekejap-kejap untuk merasa nyaman bekerja maka waktu solat sudah tentu kita akan membasuh muka dan lain-lain kawasan tubuh kita; maka dengan sendirinya kita telah merasa nyaman, bersih dan membersihkan diri kita dari dihinggapi jutaan kuman pada kulit kita yang terdedah. Tambahkan pahala kita dengan solat-solat sunnat rawatib.
Solat Tarawih
Pada malam harinya kita solat tarawih atau nama sebenarnya solatullail. Pada siang hari dengan kikta berpuasa maka perjalanan darah agak 'slow' sedikit maka dengan kita solat terawih kelancaran perjalanan darah menjadi laju sedikit dan kembalikan kita kepada edaran darah yang normal.
Sesungguhnya solat tarawih sepatutnya dilakukan setiap hari, tarawih pada bulan Ramadan adalah sebagai latihan kepada bulan-bulan yang lain.
Labels: Islam
Nama syaitan 1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya DULILLAH 2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya HI ROB 3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KI YAU 4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAK 5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAS 6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahar.7) SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti. 8) AMIN .hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA...dua harakat, MIN.... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya. Perhatian ; Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmatNya, Insya-Allah....
Labels: Islam
Labels: Islam
Labels: Islam
Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.
Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.Meski pun mata manusia hanya mampu melihat benda yang nyata, tidak mungkin dapat melihat kehadiran malaikat maut itu. Namun pandangan mata hati mampu melihat alam ghaib, iaitu memandang dengan keyakinan iman dan ilmu.Sebenarnya manusia itu sedar bahawa setiap makhluk yang hidup pasti akan mati, tetapi manusia menilai kematian dengan berbagai tanggapan. Ada yang menganggap kematian itu adalah suatu tabie biasa sebagai pendapat golongan athies, dan tidak kurang pula yang mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang zahir sahaja. Dia mengambil logik, bahawa banyak kematian disebabkan oleh sesuatu tragedi, seperti diakibatkan oleh peperangan, bencana alam seperti banjir, gempa bumi, kebakaran dan juga kemalangan samada diudara, laut dan daratan termasuk kemalangan jalan raya.Selain itu, mereka juga melihat kematian disebabkan oleh serangan penyakit yang merbahaya seperti penyakit barah, sakit jantung, AIDS, demam denggi, taun dan sebagainya. Disebabkan manusia melihat kematian hanya dari sudut sebab musabab yang lumrah, maka manusia sering mengaitkan kematian itu dengan kejadian-kejadian yang tersebut di atas. Jika berlaku kematian dikalangan mereka, lantas mereka bertanya, sebab apa si fulan itu mati, sakitkah atau kemalangankah? .Tidak ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran malaikat maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai, sedangkan malaikat maut sentiasa berligar di sekeliling manusia, mengenal-pasti memerhatikan orang-orang yang tempoh hayatnya sudah tamat..Sesungguhnya malaikat maut menjalankan arahan Allah SWT dengan tepat dan sempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit sahaja, ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Jika Allah SWT menetapkan kematian seseorang ketika berlaku kemalangan, atau ketika diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian tersebut.Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang mewah yang sedang hidup rehat dibuai kesenangan. Malaikat maut datang tepat pada waktunya tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang atau mengerang kesakitan. Bila ajal mereka sudah tiba, maka kematiannya tidak akan tertangguh walau sesaat.Walau bagaimana pun, ada ketikanya Allah SWT jadikan berbagai sebab bagi satu kematian, yang demikian itu ada hikmah disebaliknya. Misalnya sakit tenat yang ditanggung berbulan-bulan oleh seseorang, ia akan menjadi rahmat bagi orang yang beriman dan sabar, kerana Allah Taala memberi peluang dan menyedarkan manusia agar dia mengingati mati, untuk itu dia akan menggunakan masa atau usia yang ada untuk berbuat sesuatu, membetulkan dan bertaubat dari dosa dan kesilapan serta memperbaiki amalan, serta menambah bekalan untuk akhirat, jangan sampai menjadi orang muflis di akhirat kelak.Begitu juga orang yang mati mengejut disebabkan kemalangan, ia akan menjadi pengajaran dan memberi peringatan kepada orang-orang yang masih hidup supaya mereka sentiasa berwaspada dan tidak lalai dari berusaha memperbaiki diri, menambah amal kebajikan dan meninggalkan segala kejahatan. Kerana sekiranya ajal datang secara tiba-tiba pasti akan membawa sesalan yang tidak berguna.Di kalangan orang solihin menganggap bahawa sakit yang ditimpakan kepada dirinya adalah sebagai tanda bahawa Allah SWT masih menyayanginya. Kerana betapa malangnya bagi pandangan meraka, jika Allah SWT mengambil roh dengan tiba-tiba, tanpa sebarang amaran terlebih dahulu. Seolah-olah Allah SWT sedang murka terhadap dirinya, sebab itulah Allah SWT tidak memberi amaran terlebih dahulu kepadanya. Keadaan orang itu ibarat orang yang tidak menyedari adanya bahaya di hadapannya, jika ada amaran terlebih dahulu nescaya dia akan terjerumus ke lembah bahaya itu.Selain itu, Allah Taala menjadikan sebab-sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut, sebagaimana diriwayatkan oleh Saidina Abbas r.a dalam sebuah hadis Nabi yang panjang. Antara lain menjelaskan bahawa Izrail merasa kesedihan apabila dibebankan dengan tugas mencabut roh makhluk-makhluk bernyawa kerana di antara makhluk bernyawa itu termasuk manusiaĆ yang terdiri dari kekasih-kekasih Allah SWT iaitu para Rasul, nabi-nabi, wali-wali dan orang-orang solihin.Selain itu juga, malaikat maut mengadu kepada tuhan betapa dirinya tidak disenangi oleh keturunan Adam a.s, dia mungkin dicemuh kerana dia ditugaskan mencabut roh manusia, yang menyebabkan orang akan berdukacita, kerana kehilangan sanak-saudara dan orang-orang yang tersayang di kalangan mereka.Diriwayatkan bahawa Allah SWT berjanji akan menjadikan berbagai-bagai sebab kepada kematian yang akan dilalui oleh keturunan Adam a.s sehingga keturunan Adam itu akan memikirkan dan mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang dialami oleh mereka. Apabila berlakunya kematian, mereka akan berkata bahawa si anu itu mati kerana mengidap sakit, ataupun kerana mendapat kemalangan, mereka akan terlupa mengaitkan malaikat maut dengan kematian yang berlaku itu.Ketika itu, Izrail tidak perlu bersedih kerana manusia tidak mengaitkan kematian tersebut dengan kehadiran malaikat maut, yang sememangnya diutus oleh Allah SWT pada saat malapetaka atau sakit tenat seseorang itu bertepatan dengan ajal mereka yang sememangnya telah tiba.Namun pada hakikatnya bahawa ajal itu adalah ketetapan Allah, yang telah termaktub sejak azali lagi. Semuanya telah nyata di dalam takdir Allah, bahawa kematian pasti tiba pada saat yang ditetapkan. Izrail hanyalah tentera-tentera Allah yang menjalankan tugas seperti yang diamanahkan kepadanya.Walau bagaimana pun adalah menjadi hak Allah Taala untuk menentukan kematian seseorang itu samada bersebab ataupun tidak, sebagai mana yang dinyatakan pada awal tulisan ini bahawa ada ketikanya malaikat maut hendak mencabut roh seseorang, tetapi manusia yang dikunjungi malaikat maut sedang dalam keadaan seronok bergelak-ketawa, hingga malaikat maut berasa hairan terhadap manusia itu. Ini membuktikan bahawa kematian itu tidak pernah mengenal samada seseorang yang sedang sakit atau pun ketika sihat dan segar-bugar.
Firman Allah Taala yang bermaksud :
Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat ( pula ) mempercepatkannya.
( Surah Al-Araf ayat 34 )
Wallahualam.
Labels: Islam
"... Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri..." Surah ar-Ra’dAgen-agen anti-perubahan sedang bekerja keras untuk menghalang perubahan berlaku. Mereka membuat komplot dan konspirasi gelap agar segelintir yang berkuasa terus bertakhta di persada dan akan terus merompak khazanah negara.Rakyat bukannnya agenda utama mereka. Mereka tidak pernah pun peduli akan nasib rakyat. Biarlah rakyat merana terkangkang dek kenaikan harga minyak. Biarlah rakyat kelaparan kerana harga beras, gula dan tepung naik. Apa mereka peduli?Yang maha penting bagi mereka adalah terus berkuasa! Berkuasa! Berkuasa! Tanggal 8 Mac membawa arus igauan buruk kepada mereka. Perubahan menjadi mantera. Perkataan "perubahan" meniti di bibir setiap insan bernyawa di negara bertuah ini, tidak kira kaum dan agama, semuanya melaungkannya.Kerana keazaman yang teguh dan desakan rakyat yang kuat, yang mahu perubahan tidak terhenti setakat pada tarikh keramat 8 Mac. Maka lahirlah Pakatan Rakyat, gabungan tiga buah parti politik - PAS, DAP dan PKR. Ketiga-tiga parti yang mempunyai fahaman berbeza tapi mengakui hakikat betapa pentingnya untuk bersatu dan bekerjasama.Bersatu atas prinsip keadilan sejagat yang bukan sahaja sentiasa dituntut oleh Islam tetapi juga oleh semua agama.Peluang ini sememangnya benar-benar sebuah Harapan Baru. Harapan Baru yang melampaui slogan yang dilaungkan semata-mata.Rakyat Malaysia pada tanggal 9 Mac menghirup udara segar harapan ini. Harapan untuk melihat Malaysia yang bebas, harapan untuk mendapatkan hak mereka sebagai warganegara dan harapan untuk mengorak ke hadapan dengan semangat patriotisme yang baru.Semangat ini makna baru kepada rasa bernegara iaitu rakyat Malaysia tanpa mengira kaum atau agama mengimpikan ruang yang adil dan saksama untuk menyumbang dalam bidang pendidikan, ekonomi dam kebudayaan negara ini.Aspirasi ini adalah aspirasi yang dikongsi bersama semenjak beberapa bulan yang lalu dan semakin hari semakin tinggi keinginan ini untuk melihat sebuah kerajaan baru. Bila saja tersebar berita bahawa ada usaha memujuk ahli parlimen BN untuk beralih arah dan meninggalkan Barisan Nasional, rakyat menyambutnya dengan sokongan penuh.Rakyat sedang melihat dengan dekat perubahan yang bakal terjadi. Dukungan terhadap proses peralihan kuasa mula merebak.Tambahan lagi apabila kerajaan BN tidak menunaikan janjinya untuk memastikan harga minyak petrol berada di paras yang munasabah.Kita di ambang Malaysia yang baru, adil dan saksama. Rakyat mahu merdeka dari pemerintah yang telah mencengkam mereka selama ini. Rakyat sudah tidak sabar dengan kebobrokan kerajaan Barisan Nasional yang zalim dan terpalit korupsi serta nepotisme.Tuntutan perubahan sudah tidak boleh ditahan lagi. Kerjasama Pakatan Rakyat dilihat sebagai wahana bagi seluruh rakyat Malaysia yang mahu kepada perubahan yang menyeluruh.Umno yang menerajui Barisan Nasional sudah gementar. Mereka dengan pantas bertukar menjadi antik sejarah. Umno dan Barisan Nasional adalah tajuk perbualan lapuk dan membosankan.Orang muda melihat Umno dan Barisan Nasional sebagai warisan purbakala, yang tidak mampu menjadi contoh yang baik kepada rakyat Malaysia. Umno sudah dikalahkan oleh rakyat!Kegelisahan melihat kemaraan rakyat membuatkan Umno mula bertindak ekstrem. Mereka sedar mereka harus memecahkan kerjasama Pakatan Rakyat.Peristiwa tahun 1998 memberi inspirasi. Mereka berfikir ligat dipandu nafsu untuk terus berkuasa. Fitnah dipintal dan Anwar Ibrahim menjadi sasaran. Tawaran pun dibuat kepada PAS atas alasan permuafakatan Melayu dan Islam.Rakyat merasakan ini merupakan permainan propaganda Umno. Tidak mungkin lebih dari itu.Ternyata harapan rakyat meleset. PAS benar-benar berjumpa Umno. Pertemuan itu diberi label "muzakarah" namanya (kemudian ditukar "muqabalah").Media arus perdana milik Umno tidak henti-henti memaparkan berita permuafakatan dan muzakarah. Slogannya "Melayu perlu bersatu!" Agama Islam harus menjadi pertimbangannya!Propaganda murahan yang sebenarnya dijadikan sebagai alas bagi menjustifikasikan muzakarah PAS-Umno.Rakyat sangsi dengan muzakarah ini kerana rakyat sebenarnya tidak pernah bodoh. Hanya Umno yang beranggapan sedemikian.Oleh kerana rakyat tidak pernah bodohlah, maka adanya etnik yang tidak beragama Islam sanggup mengundi calon PAS. Kerana rakyat tidak bodohlah PAS memenangi kerusi yang luar dari lingkungan penyokongnya.Rakyat tahu muzakarah tersebut adalah perbincangan untuk mengagihkan kuasa dan kekayaan di antara pemimpin PAS dan Umno.Rupa-rupanya sudah lama hilang politik Islam yang berpaksikan amanah.Amanah rakyat sudah dikhianati. PAS bersemuka dengan Umno dan bermuka-muka dengan rakan-rakan lain seperti Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.Islam dijadikan komoditi tawar-menawar. Tawar-menawar bagi membolehkan orang kuat PAS menjadi timbalan perdana menteri dan seorang tua dari Terengganu yang hampir pupus nyawa politiknya menjadi senator dan kemudiannya dilantik menjadi menteri kabinet.Murah sungguh harga perjuangan politik pimpinan segelintir ini.Mereka sebenarnya bukan memperjuangkan Islam dan Melayu. Sejak bila Umno memperjuangkan Islam? Bukankah PAS melawan Umno selama ini kerana kegagalan Umno memperjuangkan Melayu dan Islam?Apakah Tuan Guru Hj Hadi AWang sendiri sudah lupa akan "Amanat Hj Hadi" yang tersohor itu? Jangan berlindung di sebalik tabir perkataan seperti dakwah dan Islam.Yang menjadi sebab PAS bermuzakarah dengan Umno ialah untuk perkongsian kuasa atau kerajaan campuran. PAS mulai risau dengan perkongsian kuasa formula Pakatan Rakyat.Mereka tidak senang duduk melihat terlalu banyak parti dan aliran, apatah lagi jika kemasukan ahli parlimen BN ke dalam Pakatan Rakyat menjadi kenyataan.Sedangkan kejamakan aliran dan parti merupakan petunjuk kepelbagaian yang sememangnya wujud dalam lapisan sosial dan politik masyarakat Malaysia.Mereka risau mereka hanya akan mendapat bahagian yang kecil sahaja daripada Pakatan Rakyat.Apa yang berlaku tidak sepatutnya terjadi. Janji harus dipegang dan komitmen harus sentiasa dipupuk di antarasa sesama saudara dalam Pakatan Rakyat.Rakyat telah memberi kepercayaan kepada Pakatan dan ini adalah amanah besar yang perlu dijaga. Jika ada yang mengkhianati amanah ini, rakyat sendiri yang akan menjadi hakim.
Labels: Islam
Tanggal 15 Mei 1948 merupakan tarikh yang amat penting untuk disingkap oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam bagi penduduk asal bumi Palestin, orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya.Pada tarikh tersebut, penubuhan negara haram Israel di atas bumi Palestin telah diisyhtiharkan secara rasminya. Peristiwa tersebut turut dikenali sebagai “nakbah”. Nakbah bermaksud malapetaka atau bencana besar.Dalam peristiwa nakbah, Yahudi Zionis telah bertindak kejam dengan mengusir lebih daripada 60 peratus rakyat Palestin (lebih kurang 800 ribu orang daripada sejumlah 1.39 juta) ke luar negara, manakala 30 ribu lagi diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.Rejim Zionis telah bertindak di luar batas kemanusiaan. Nyawa penduduk Palestin bagaikan tiada nilai di mata mereka. Pelbagai peristiwa pembunuhan beramai-ramai telah berlaku sepanjang peristiwa Nakbah.Antaranya peristiwa yang paling tragis ialah tragedi Deir Yassin pada 9 April 1948 yang melibatkan pembunuhan seramai 254 orang termasuk orang tua, wanita dan 52 kanak-kanak.Petugas Palang Merah dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) sendiri menyaksikan bagaimana rumah-rumah rakyat Palestin dibakar dan orang yang cuba menyelamatkan diri ditembak.Sejarah kejatuhan bumi Palestin ke tangan Yahudi bermula apabila Britain melalui setiausaha negara hal-ehwal luarnya, Arthur Balfour, telah mengeluarkan satu kenyataan bertarikh 2 November 1917 yang menjanjikan masyarakat Yahudi satu tanahair di Palestin.Pengisytiharan itu telah digelar 'Ominous Declaration' (Pengisytiharan Celaka).Palestin menjadi isu antarabangsa apabila kerajaan Britain pada 2 April 1947 mendesak supaya isu Yahudi dan Palestin dimasukkan sebagai agenda PBB. Tidak lama selepas itu, sebuah Jawatankuasa antarabangsa telah ditubuhkan untuk mengkaji dan membuat laporan mengenai isu Palestin.Cadangan dasar jawatankuasa ini adalah pembahagian wilayah Palestin yang tidak adil iaitu kepada negara Arab dan negara Yahudi yang merdeka, dan Jerusalem (Baitul Maqdis) diletakkan bawah tanggungjawab antarabangsa. Jelas sekali bahawa PBB sendiri bersubahat dalam proses pendudukan haram Yahudi di Palestin dan menjadi boneka kepada Yahudi.Penderitaan yang dialami oleh penduduk palestin hingga kini masih belum berakhir walau mereka telah mencuba pelbagai cara dalam usaha untuk membebaskan bumi Palestin dan mendapatkan kembali hak-hak mereka yang telah dirampas di tanah suci tersebut.Antaranya, dengan melalui perjanjian damai, persidangan, perundingan, dengan mengikut pelan damai yang dianjurkan oleh PBB dan sebagainya. Bagaimanapun, kesemua cara ini telah menemui kegagalan.Oleh kerana semua cara ini tidak berhasil, maka rakyat Palestin telah memilih jalan lain untuk merungkai permasalahan yang menimpa mereka iaitu dengan kebangkitan, penentangan dan perjuangan jihad.Dalam usaha membebaskan negara sendiri daripada cengkaman penjajah, penduduk Palestin telah dilabel sebagai pengganas oleh Israel dan sekutunya. Mereka cuba untuk mengaburi mata masyarakat dunia melalui media massa yang sering memperlihatkan dan menonjolkan penduduk Palestin sebagai pengganas.Yahudi mendakwa bahawa mereka menjadi mangsa kekejaman penduduk Palestin sedangkan pengganas yang sebenar adalah mereka sendiri. Yahudi turut mendakwa bahawa mereka adalah penduduk asal bumi Palestin semenjak zaman nabi Musa lagi.Namun hakikatnya, kedatangan mereka ke Palestin bukanlah sebagai pemilik tetapi sebagai imigran pada ketika itu. Dan kini mereka bertapak di bumi Palestin melalui kolonialisasi.Dakwaan bangsa Yahudi bahawa faktor sejarah menjadikan mereka lebih berhak ke atas Palestin tidak berasas. Mereka hanya sempat memerintah sebahagian kecil kawasan di bumi Palestin, malahan pemerintahan mereka hanya berlangsung selama empat kurun, sedangkan pemerintahan Islam berlanjutan selama 12 kurun (636 M – 1917 M).Ramai daripada Yahudi juga suatu ketika dahulu telah meninggalkan Palestin dan hubungan mereka dengan tanah itu terputus untuk hampir 18 kurun lamanya (135M hingga 20M).Manakala penduduk asal Palestin pula tidak pernah meninggalkan bumi Palestin untuk selama 4,500 tahun hinggalah kepada pengusiran secara paksa oleh kumpulan pengganas Yahudi pada tahun 1948.Namun mereka tidak pernah menyerah kalah, malah terus berusaha untuk menegakkan kembali hak mereka ke atas bumi Palestin.Sesungguhnya tragedi yang menimpa penduduk Palestin merupakan isu yang melibatkan seluruh umat Islam di dunia. Kepentingan Palestin bagi umat Islam amat jelas berdasarkan al-Quran dan hadis - ia adalah bumi suci tempat ramai para rasul dilahirkan dan wafat di sana.Ia juga medan perjuangan mereka untuk menegakkan kalimah tauhid. Bumi Palestin juga telah dimuliakan oleh Allah dengan kewujudan masjid al-Aqsa. Masjid ini di samping menjadi kiblat pertama umat Islam, juga antara masjid yang dimuliakan Allah dan tanah suci ketiga setelah Makkah dan Madinah.Rasulullah bersabda, “diutamakan (digandakan) solat di Masjidil Haram atas yang lain dengan seratus ribu solat, dan di masjidku dengan seribu solat dan di Masjid Baitul Maqdis dengan lima ratus solat” (hadis riwayat at-Tabrani, martabat hassan).Selain itu, Baitul Maqdis merupakan kiblat umat Islam. Umat Islam bersolat berkiblatkan masjid itu di sepanjang kehidupan Rasulullah di Mekah sebelum berhijrah dan juga selama 16 bulan pertama baginda di Madinah. Selepas itu Allah mengarahkan agar kiblat bertukar ke arah Kaabah di Mekah.Baitul Maqdis juga merupakan tempat berlakunya Israk dan Mikraj.Firman Allah: Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambanya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang kami berkati di sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Kami (al-Isra’: 1)Terdapat juga beberapa ayat lain di dalam al-Quran dan beberapa hadis Rasulullah yang menggambarkan keistimewaan Baitul Maqdis. Allah SWT memuliakan tanah-tanah di sekelilingnya yang menyebabkan para sahabat Rasulullah sangat menyayangi bumi Palestin.Malah ketika Umar al-Khattab menjejakkan kakinya ke kawasan ini buat pertama kalinya, beliau telah mengumumkan bahawa seluruh bumi Palestin itu adalah merupakan waqaf kepada generasi umat Islam akan datang.Realitinya, umat Islam pernah menguasai Baitul Maqdis selama 12 kurun dan memelihara kesucian kota ini, selepas ia dicemari tangan-tangan kufar berkurun lamanya. Kini, Baitul Maqdis kembali ke tangan kufar, maka siapakah yang akan mengembalikannya ke tangan umat Islam?Sesungguhnya Palestin bukanlah milik orang-orang Palestin sahaja, Baitul Maqdis bukanlah tempat suci mereka sahaja dan Masjidil Aqsa bukanlah milik mereka sahaja tetapi milik kaum muslimin dari timur sampai ke barat.Ia juga milik umat Islam generasi kini dan akan datang hingga hari kiamat. Oleh yang demikian, perjuangan untuk membebaskannya daripada tangan-tangan kufar adalah perjuangan kita bersama.
Labels: Islam


