TIP BERJAYA DALAM PELABURAN HARTANAH (RUMAH ATAU KEDAI)

1. Beli pada harga rendah

50% kejayaan terletak pada langkah permulaan ini. Jika ada berjaya membeli pada bawah harga pasaran, ini merupakan bonus yang berharga pada anda.

2. Memilih lokasi yang sesuai dan terbaik

Ia merupakan faktor terpenting dalam pelaburan hartanah. Contoh nya dalam membeli rumah atau rumah kedai. Lokasi akan menentukan kejayaan penjualan dan akan menentukan faktor harga yang bernilai tinggi pada hartanah anda. Lokasi bernilai ialah seperti hampir dengan bandar, ada kemudahan infrastruktur seperti jalan, sekolah dan pusat membeli belah, pembangunan masa depan yang berpontensi maju dan faktor alam sekitar.

Perkara yang penting orang akan memilih lokasi ialah pekerjaan, kawasan perumahan yang berdekatan kilang, pusat bandar, sekolah, pusat pengajian, pejabat pejabat sudah pasti akan mendapat permintaan tinggi.

3. Status perundangan tanah tersebut

Anda mesti tahu siapa pemilik tanah dan mesti tahu status pemilikan dan tidak ada tuntutan persendirian terhadap tanah berkenaan. Pemeriksaan boleh dibuat di pejabat tanah dengan membayar yuran carian. Anda perlu pastikan tanah itu bebas dari sekatan sekatan. Kategori tanah harus betul. Jika tanah itu rumah, tidak harus membina rumah pangsa

4. Mesti boleh jual semula

Harta yang anda beli mesti boleh buat duit, maksudnya ia laku untuk dijual dan ada nilai pada hartanah berkenaan. Jika beli rumah, anda boleh jual pada harga tinggi dan boleh membuat untung dari hartanah tersebut. Semasa anda membeli anda harus fikir ia boleh membuat untung dalam masa 2 tahun dari tarikh anda membeli.

Ini merupakan antara strategi dalam membeli rumah, rumah kedai, apartment atau hartanah yang lain.

TIP TIP TAMBAHAN MENJADI JUTAWAN HARTANAH

1. MEMBELI DARI DEVELOPER
2. BINA DAN SEWA
3. BINA DAN JUAL
4. BELI DARI MEREKA YANG TERPAKSA MENJUAL
5. BELI TANAH DAN TUKAR STATUS TANAH
6. ADAKAN JOIN VENTURE DENGAN DEVELOPER
7. AMBIL LESEN PEMAJU DAN BINA UNTUK JUAL
8. MENUBUH SYARIKAT PENGURUSAN HARTANAH, URUS JUAL BELI HARTANAH
9. SEWA HARTANAH
10.MEMBELI DARI LELONGAN HARTATANAH . Anda boleh download panduan hartanah di blog saya http://cpintrass.com/blog/ Lihat bahagian FREE DOWNLOAD. TERIMA KASIH. FAUZI AHMAD

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...