sainstis baru2 ini telah mengesan sebuah planet diluar sistem solar yg mempunyai tiga matahari dalam sistemnya - satu fenomena yg mencabar teori biasa ahli astronomi.

planet yg terdiri daripada kumpulan gas bersaiz lebih besar daripada planet Musytari itu, mengelilingi matahari atau bintang utama daripada sistem tiga bintang tersebut yg dikenali sebagai HD188753 di buruj Cygnus (The Swan)

kumpulan 3 bintang dan planet itu letaknya sejauh 149 tahun cahaya dari bumi dan jaraknya hampir sama dengan jarak matahari kita dengan planet Saturn.

'jika anda berada di planet tersebut anda akan dapat melihat tiga matahari di langit walaupun pusat orbitnya berlegar pada bintang utamanya yang bewarna kuning'.

matahari yang kedua bewarna oren dan yang terkecil bewarna merah. pertemuan terbaru ini mencabar teori ahli astronomi sebelum ini yang menyatakan planet kebiasaannya menghasilkan gas dan debu yang akan mengelilingi sebuah bintang.

saintis astronomi Caltech Maciej Konacki yang menulis artikel penyelidikan merujuk planet jenis baru ini sebagai 'Tatooine Planets' kerana mempunyai persamaan dengan planet kediaman Luke Skywalker dalam filem 'StarWars'.

INFO - satu tahun cahaya adalah sejauh 9.65 trillion km.

wallahualam.....

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...