Maaf mengganggu... saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat,yang membuatkan hati saya amat tersentuh.Cerita ini saya dapati selepas menghadiri sebuah usrah umum di tempat saya baru-baru ini.Ustazah yang menceritakan ini sekarang mengajar di kisas.
ceritanya begini... suatu hari,dia travel,saya kurang ingat ke mana dan dari mana. dia singgah di rumah seorang sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa.Si suami seorang guru pen. kanan.Beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tengahari tapi belum zohor.Kedua-dua suami isteri ini masih di sekolah.Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah.Waktu zohor masuk,abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam.Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan 8 tahun pulang.Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat,dia mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah,dia ikut ruku' apabila imam ruku'.Dia ikut sujud apabila imam sujud.Dan selesai imam memberi salam,dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal.Subhanallah... adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk... ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH.
Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh.Cerita tak berakhir di situ.Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu.Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun kerana dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa.Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang sibuk ambil wudhu'.Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua berumur 13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu' di bilik air di waktu subuh paling awal.Si ayah menunggu anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir.Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah).Sewaktu hendak mula solat,si ibu meletakkan anak bongsu nya yang masih bayi (yang sedang jaga) di sisinya.Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang mereka solat.Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ.Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi.Alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata,
"anak-anak... hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa... ".
Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan.Subhanallah... bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu.Lagipun anak-anak mereka semuanya lelaki... pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai tanpa pedoman... cuba kita tanya diri kita sendiri... berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga... berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk... berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-adik mereka... dan berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yang lebih dewasa... subhanallah... alhamdulillah... moga apa yang saya sampaikan ini menjadi pedoman dan i'tibar buat kita semua yang rata-ratanya masih belum berumahtangga... ."Teruskan Perjuangan dengan IMAN dan UKHUWWAH"
Wallahu A'lam...
*** Doa Isteri Solehah ***
Ya Allah... .
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat,
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas,
Kau berikanlah aku kekuatan mental,
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan,
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista,
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu,
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan.
Ya Allah... ...
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arash,
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya,
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu,
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya,
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu,
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya,
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu,
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya,
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu,
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya,
Tetapi... ... ...
Ya Allah...
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang,
Kau tunjukkanlan aku jalan yang terbaik untuk aku harugi segala dugaanMu,
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu,
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya,
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan,
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaannya,
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan,
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena.
Ya Allah... ..
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku,
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku,
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan,
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai,
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri,
Kau hukumlah aku di dunia tetapi bukan di akhiratMu,
Sekiranya aku ingkar dan derhaka,
Berilah aku petunjukkan ke arah rahmatMu.
Ya Allah sesungguhnya... ..
Aku lemah tanpa petunjukMu,
Aku buta tanpa bimbinganMu,
Aku cacat tanpa hidayahMu,
Aku hina tanpa RahmatMu.
Ya Allah... ... .
Kuatkan hati dan semangatku,
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu,
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami,
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu,
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah.
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan,
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu,
Kerana aku sedar hinanya aku,
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru,
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu,
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu,
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu.
Ya Allah Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati,
Isteri yang dikasihi,
Isteri yang solehah,
Isteri yang sentiasa dihati suamiku.
Amin Ya Rabbi Allamin..
Wallahu A'lam...