1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
7. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
8. Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
9. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
10. Jangan menangguh taubat b ila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
11. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
11. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
12. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apab ila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
13. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki
kita.
14. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
15. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan mengh ilangkan kasih orang kepada kita.
16. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
17. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
18. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.Wasalam"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71

Ringkasan syarat-syarat tersebut:

bullet button pemakainya tidak beriktikad (yakin di dalam hati) bahawa gelang itu memberi kesan kesembuhan kerana yang memberi kesan itu hanyalah Allah,

bullet button pemakainya tidak berniat memakainya kerana menyerupai wanita dan bukan untuk bermegah-megah.

bullet buttongelang mesti terbukti mempunyai kesan saintifik dan secara klinikal mempunyai pengaruh terhadap pengaliran darah di dalam tubuh seperti didakwa oleh pakar yang berwibawa.

bullet buttonjika pemakaian gelang itu menimbulkan fitnah terhadap maruah si pemakai, lebih baik lelaki itu memakai baju berlengan panjang yang dapat menyembunyikan gelang berkenaan.

Dear abang,

Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik... cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini... kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang.. sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam... abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakan masa kita kahwin dulu..cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?

Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah

Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah..

Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance. ..ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah..

Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.

Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodynya abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang besar boleh abang gelak

Paling menyedihkan. . ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??

Ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..

ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABANG ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU BASUHKAN PAKAIAN ABANG ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU GOSOKAN KEMEJA ABANG ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU SIAPKAN AIR MANDI ABANG ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU KEMASKAN RUMAH ABANG ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU URUT-URUT BADAN ABANG ABANG SURUHLAH KERETA ABANG TU TEMANKAN ABANG TIDUR

Love,
ayang

ni abang lak bagi....

Dear Ayang,

Bukanlah abang sayang keta tu lebih dr ayang.. tapi ayang kene faham keta tu keta bos abang. Nanti kalau ilang sapa nak ganti.. ayang abang suruh keja ayang xnak, ayang kata nak dok umah jaga anak,nak siap kan sarapan nak kemas umah tapi ayang tiap2 hari bgn tido kul 12.. macam mana nak wat keja umah..

Cuba lah ayang pk mana x abang tido dalam keta.. abang balik keja lambat skit ayang dah kunci pintu..bukan nye abang gi foya2 kan abang gi keja...lagi satu pasal piza yang ayang ngidam tu.. ayang nak piza yg di oder dr jepun.. mana lah abang ada duit nak oder.. abang nak bg apam balik yg jual kat depan ofis abang ni ayang xnak, ayang nak jugak piza dr jepun.. nasib baik abang x belikan kalau x anak kedua kita tu mesti muka cam doremon..ish xnak laa abang..

Pasal hadiah kan abang dah belikan tapi abang sembunyi kan kat dapur.. ayang yang tersalah buang ingatkan sampah... tulah abang suruh kemas umah tu ayang kata umah kita dah bersih tapi hadiah dgn sampah pun dah jadi serupa jek..hadiah tu mahal tau abang beli untuk ayang..

Sebenarnye abang sayang ayang lebih dr keta tu wlau pun hantaran masa kita kawin cuma rm8k..ayang x tau bpe kali abang turun naik bank nak wat loan rm8k..tapi demi ayang abang wat jugak..

sbb masa tu ayang kalau mekup mmg sebijik maya karin.. tapi sejak ayang wat rebonding 3 tahun lepas stp kali ayang mekup abang terbayang lak muka pontianak dlm citer phsm.. bukan ayang x cantik tapi kening ayang tu gi cukur wat per.. wlau pun abang selalu cukur janggut abang tapi ayang xyah laa nak cukur kening ayang tu...pasal morning kis tu, ayang bgn pun dah tghri nak morning kis cam mana.. dah laa ayang.. abang malas nak citer..

Tapi abang nak bg tau jgk kat sini ayang tetap no 1 dlm hati abang..nanti kalau naik bas tu bebaik.. ayang nak balik kpg abang izinkan Cuma jgn lupa kim salam kat mak ayah kat sana .. kalau ada gulai tempoyak ke nnti jgn lupa bwk balik skit..

Kalau ada lembu terlepas ke ayang xyah laa susah2 gi kejar lembu tu... biar jek.. nnti abang balik kpg abang kejar kan ..bukan apa takut lembu tu tanduk ayang nnti bukan stakat calar jek silap2 leh masuk hspital. abang kene tanduk xpe..

Jaga anak2 baik2 jgn bagi diorang main kat sungai musim2 banjir ni.. nak dpt anak bukan senang takut nnti ayang ngidam lagi piza jepun lak lagi haru.. baik jaga jek yg dah ada tu..ayang pun jaga diri baik2.. jgn sampai jatuh longkang lagi.. hehe.. abang mmg xnak ketawa masa tu tapi nak wat cam mana ayang jatuh kepala dulu yang masuk longkang..dah laa rambut ayang masa tu baru lepas rebonding.. mmg abang kesian tapi muka ayang lepas jatuh longkang tu xleh abang nak bayang kan cam mana....tgk laa sendiri gambar tu?.

Ok lah ayang.. nnti lepas cuti skolah kita jumpa lagi eah.. bye ayang

love,
abang

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz"BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM" yang bermaksud"Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."
KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH.Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislahBISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAHtertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.
2. "BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah merekaapabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH.Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejakBISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi)
3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, makasemua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air lautbergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlemparsemua syaitan.
4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itudibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknyadan tidaklah BISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkanAllah beri berkat ke atasnya.
5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, makabacalah BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.
6. Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikatpenjaga neraka ada 19" Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat)"(Surah Al-Muddaththir : Ayat 30)Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."
7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiaphuruf berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilahkekuatannya dan kamilah kehebatannya. "
8. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allahakan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkansegala dosa kedua orang tuanya.
9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH makaakan bertasbihlah segala gunung kepadanya.
10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendaktidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dankebakaran, maut mendadak dan bala.
11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapanorang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalimserta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Kecantikan Lelaki .....................

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani
Lelaki yang cantik

Adalah lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan,
Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran,
Adalah lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun,
Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada,
Adalah lelaki yang baik sangka dan,
Adalah lelaki yang tak pernah putus asa.Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yang umi Adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita .....................
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan,
Perempuan yang gagah

Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan,
Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan,
Adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan,
Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan,
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman,
Seluruh kegagahan ini ada pada Khatijah yang ehsan.
Adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan...

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu.....

Niat Sembahyang :Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.
Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :
"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

SEPTEMBER
* Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
* Sangat cermat, teliti & teratur.
* Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
* Pendiam tapi pandai bercakap.
* Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
* Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
* Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
* Sangat sensitif yang tidak diketahui.
* orang yang banyak berfikir.
* Daya pentaakulan yang baik.
* Otak bijak & mudah belajar.
* Suka mencari maklumat.
* Kawal diri dari terlalu mengkritik.
* Pandai mendorong diri sendiri.
* Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
* Suka sukan, hiburan & melancong.
* Kurang menunjukkan perasaannya.
* Terluka hatinya sangat lama disimpan.
* Terlalu memilih pasangan.
* Sukakan benda yang luas.
* Bersistematik

“Sebarang perjuangan yang bersifat perkauman, atau hanya demi kepentingan kaum tertentu amatlah tidak relevan untuk kehidupan dunia yang Allah ciptakan terdiri daripada berbagai puak dan bangsa.
Dalam negara yang multi-racial seperti kita, perjuangan kaum samada politik atau bukan politik akan mencerumuskan kepada krisis yang tidak berkesudahan. Selain itu, perjuangan kaum tiada kejelasan prinsip mengenainya.
Inilah sebabnya perjuangan atas semangat kaum ‘Arab yang dipimpin oleh tokoh-tokoh politik pada zaman ini kecundang. Tidak mereka berjaya menegakkan kedaulatan ‘Arab, bahkan gagal mempertahankan wilayah ‘Arab itu sendiri. Walaupun slogan perkauman berdegar-degar, namun ‘Arab tetap menjadi hamba Amerika.
Sepatutnya, seorang muslim tidak bersifat perkauman kerana itu bercanggah dengan prinsip Islam yang merahmati semua bangsa yang diciptakan Allah. Sepatutnya, yang diperjuangkan adalah prinsip-prinsip Islam yang rahmat dan adil. Tegakkan Islam yang sebenar seperti jenerasi salaf, maka pasti akan tertegak keadilan untuk semua. Islam tulen, bukan Islam campuran yang sudah hilang keaslian.
Jika Islam sebenar itu diperjuangkan, kita akan dapati isu perkauman tidak akan bangkit dalam negara ini. Pertubuhan atau badan yang tegak atas dasar kaum tertentu, perlu menyemak semula matlamat dan agendanya. Lebih daripada itu, adakah perjuangan sebegitu mendapat keredhaan Allah?”.

ANTARA perkara yang ajaran Islam berusaha tegakkan adalah iklim atau suasana yang solehah. Ia disebut dalam bahasa Arab sebagai al-biah al-solehah. Kewujudan persekitaran yang soleh atau baik dan takwa akan mempengaruhi pembentukan jiwa dan akhlak penghuni yang berada dalamnya.Insan apabila hidup dalam sesuatu suasana, secara kebiasaannya suasana itu akan mempengaruhinya. Jika seseorang yang kurang bijak hidup di kalangan mereka yang bijak, maka sedikit sebanyak bicara dan pendapat yang bijak dan berkualiti itu akan tempias kepadanya.
Demikian jika seseorang yang kurang baik, tetapi hidup dan bergaul dengan mereka yang baik-baik, kemungkinan besar budaya dan akhlak yang baik akan mempengaruhinya.

PEMBERITAHUAN!!!
Salah seorang guru bahasa inggeris menyatakan bahawa penggunaan perkataan "good luck" sebenarnya tidak bersesuaian bagi kita sbg umat islam.. hal ini kerana apabila kita menggunakannya seolah2 kita mempercayai "luck" @ "tuah" dan bukannya kekuasaan serta qada' n qadar Allah!! astaghfirullah.. jadi guru itu menyarankan perkataan "good luck" digantikan penggunaanya dengan "all the best" @ yang lebih afdhal "may Allah bless you"..

Kita digalakkan membaca al-Quran pada setiap malam Ramadan sebagai latihan kepada membaca al-Quran setiap hari di bulan-bulan selain Ramadan.Bila kita membaca al-Quran kita mencipta gelombang suara, secara automatik kita mencas kuasa elektrik-magnetik di dalam diri kita, mata kita bergerak, otot-otot muka bergerak, leher kita bergerak, telinga bergerak untuk mendengar bacaan kita itu, 'MAKA JADILAH KEPALA KITA SEPERTI KOTAK SUIS ELEKTRIK' atau seperti komputer yang diberi isiannya.Inilah satu daripada kebaikan membaca al-Quran setiap hari, tetapi hari ini kita perhatikan amalan bacaan al-Quran tidak lagi menjadi amalan seharian umat Islam. Kalau ada pun mereka menyimpan kaset atau CD al-Quran sahaja.
Kalau di rumah kita baca dengan anggota keluarga kita dan ini akan rapatkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak. Di peringkat masyarakat membaca atau bertadarus di surau dan masjid akan merapatkan ukhuwah Islamiyah di kalangan penduduk.Orang yang puasa dengan sendirinya mendisiplinkan dirinya dengan tidak makan dan minum di siang hari, menjauhkan perkara maksiat dan lain-lain perkara mungkar.Dan dia bersama-sama jutaan umat Islam seluruh dunia melakukan puasa ini .Gambarkan keadaan suasana puasa, buka ,sahur dan melakukan ibadah solat tarawih dan tadarus al-Quran di seluruh dunia oleh umat Islam alangkah indahnya suasana ini.Maka sesungguhnya dengan ibadah puasa manusia telah kembalikan dirinya ke alam fitrah.

Solat Fardu

Dan sudah tentu kita mesti menunaikan solat-solat fardu yang lima waktu. Kalau pada hari dan bulan lain dari Ramadhan kita lakukan solat tapi tidak regular maka pada bulan Ramadhan lakukanlah dengan penuh semangat tanpa ponteng.
Pada orang yang tidak solat dia tetap akan membasuh muka dan tangan sekejap-kejap untuk merasa nyaman bekerja maka waktu solat sudah tentu kita akan membasuh muka dan lain-lain kawasan tubuh kita; maka dengan sendirinya kita telah merasa nyaman, bersih dan membersihkan diri kita dari dihinggapi jutaan kuman pada kulit kita yang terdedah. Tambahkan pahala kita dengan solat-solat sunnat rawatib.

Solat Tarawih

Pada malam harinya kita solat tarawih atau nama sebenarnya solatullail. Pada siang hari dengan kikta berpuasa maka perjalanan darah agak 'slow' sedikit maka dengan kita solat terawih kelancaran perjalanan darah menjadi laju sedikit dan kembalikan kita kepada edaran darah yang normal.

Sesungguhnya solat tarawih sepatutnya dilakukan setiap hari, tarawih pada bulan Ramadan adalah sebagai latihan kepada bulan-bulan yang lain.

Kita akan menghadapi bulan puasa dalam bulan Ramadhan yang mulia yang jatuh pada bulan September ini. Sesungguhnya pada bulan ini lah kita akan kembali kepada alam fitrah yang semula jadi jika kita puasa mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.Pada ketika kita mengamalkan puasa itulah kita akan melakukan beberapa ibadah yang menyesuaikan diri kita dengan alam kejadian kita.Amalan puasa yang bermula dengan sahur waktu malam dan berbuka waktu Maghribnya memakan masa lebih kurang tiga belas jam.Masa itulah yang sebenarnya diperlukan oleh tubuh untuk menghadam makanan keseluruhannya. Makanan yang masuk ke dalam perut itu akan dihadam menjadi sel, darah, otot dan lain-lain.Inilah sepatutnya kita lakukan hari-hari tetapi dalam keadaan sebenarnya dalam tabiat kita makan sehari-hari kita makan banyak kali sarapan, makan pukul sepuluh, makan tengah hari, makan dan minum teh petang dan makan malam di mana belum pun sempat proses penghadaman berlaku sepenuhnya makanan dimasukkan ke dalam perut terus menerus sehingga proses penghadaman terganggu.Ini menyebabkan makanan yang tidak sempat dihadam akan diketepikan sahaja dan membusuk di dalam perut dan usus. Gas pun terkumpul dan gas ini menyebabkan kita sakit perut, sakit kepala dan bila gas dan toksid naik ke permukaan kulit di muka maka jerawat timbul, kelumumur dan macam-macam lagi.Maka puasa di siang hari sebenarnya kembalikan kita ke alam fitrah di mana kita telah mendisiplin diri kita makan ikut fitrah dan ini sesuai dengan sains perubatan.Ketika berbuka, hendaknya jangan kita makan banyak cukup sekadar minum segelas air dan makan kuih sedikit atau makan sedikit kurma.Kemudian kita tunaikan solat Magrhrib. Setelah itu minumlah sedikit demi sedikit setiap setengah jam hingga waktu jam sebelas malam barulah makan yang berat sedikit.Kalau kita terus makan dengan banyaknya ketika berbuka ianya akan menyebabkan perut menjadi terkejut dan mengalami sakit. Bila kita hendak memulakan perjalanan dengan kenderaan kita tidak memulakan enjin dengan kuat tapi dalam keadaan perlahan-lahan sebelum melajukan kenderaan. Begitu juga dengan tubuh kita.Begitu juga ketika kita bersahur jangan makan banyak sangat. Ketika kita puasa disiang hari tubuh kita akan menghadam makanan yang kita makan ketika bersahur.Kalau kita makan banyak maka banyaklah kerja alat penghadaman kita maka kita akan menjadi tersangat letih kerana kekuatan tenaga akan tertumpu pada penghadaman sahaja. Sedangkan disiang hari kita perlu juga terus bekerja mencari nafkah untuk diri dan keluarga.

Semoga berguna untuk kita semua OK. ^_^ Orang Yang Tidak Melakukan Solat: Subuh: Dijauhkan cahaya muka yang bersinar.. Dzuhur: Tidak diberikan berkat dalam rezekinya.. Asar: Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan.. Maghrib: Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya. Isya': Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya..

KEMATIAN PELUKIS DENMARK YANG MELUKIS KARIKATUR RASULULLAH S.A.W kita yg tercinta.. Tlg sebar2kan kpd sumer yg beragama Islam mahupun bkan.. The artist who drew the pictures of the Prophet Mohammed (S.A.W) has died in afire. He was burned alive. Denmark governmen t is hiding the news from the public and everyone has to know.

Nama Syaitan Dalam Al-Fatihah Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.
Nama syaitan 1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya DULILLAH 2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya HI ROB 3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KI YAU 4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAK 5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAS 6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahar.7) SIROTHOLLAZI............. sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti. 8) AMIN .hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA...dua harakat, MIN.... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya. Perhatian ; Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat semoga kita mendapat rahmatNya, Insya-Allah....

;;
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...