Hukum menulis ayat Quran dengan membuat secara lukisan rupa manusia atau binatang adalah ditegah jika adalah lukisan itu dengan rupa yang hidup kerana berpandu kepada kitab Fathul Muin, juzuk 3 muka surat 362 yang berbunyi: ويحرم ولو على نحو ارض تصوير حيوان ...الخ. Hukum, menggunakan tulisan-tulisan ini buat hiasan rumah adalah ditegah juga.