Jika anda prihatin sila sebarkan maklumat ini terutamanya bagi orang Islam. (Ini adalah maklumat penting yang perlu disebarkan khususnya pada semua umat Islam..) Tidak dapat dinafikan bahawa sebahagian besar ikan-ikan yang Kita makan setiap Hari adalah diimport dari negara Thai. Setelah
ditangkap oleh perusahan para nelayan di sana ,ikan-ikan itu dimasukan ke dalam kontena Dan ditimbus dengan ketulan-ketulan air batu supaya ianya boleh bertahan lama sepanjang perjalanan ke Malaysia & Singapura. Perjalanan biasanya mengambil masa selama 6 atau 7 jam... Dan masa itu Ikan-ikan tersebut tiba di Malaysia Dan Singapura dengan keadaan lesu Dan kurang segar. Untuk
mengelakkan berlakunya perkara ini... Pihak pengusaha perikanan di negara Thai kini menggunakan teknik baru.Tahu kah anda semua.. Teknik baru yang digunakan itu? Sebelum dieksport.. Semua ikan-ikan direndam dulu di dalam air yang dicampur dengan kimia bernama FOMILIN. Ini adala bertujuan supaya ikan-ikan yang dieksport itu boleh bertahan jauh lebih lama Dan kelihatan masih "fresh", keras Dan segar bila sampai ke distinasinya. Tahu kah anda semua... Apa itu kimia bernama FOMILIN? FOMILIN merupakan sejenis kimia yang disuntik ke dalam mayat supaya ianya boleh bertahan lama. Bahasa omputih "embalm".. Mayat-mayat insan Islam diharamkan disuntik dengan kimia ini. Sekarang.. Tanpa disedari... ikan-ikan yang Kita makan Hari-Hari mengandungi kimia itu. Apa hukumnya pulak? Kalau Kita beli ikan di pasar... Ada caranya untuk Kita mengesan. Kalau ikan-ikan itu TIDAK dihinggapi lalat.. Bermakna ikan-ikan itu telah direndam dengan kimia Fomilin... Kerana .. Lalat diberikan ilham oleh Allah agar lebih mengetahui.

Di dalam sebuah hadis akhir zaman turut disebutkan mengenai kewujudan haiwan melata di bumi yang mana kepanjangan adalah antara Timur dan Barat. Ulama kita menafsirkan banyak tafsiran. Ia mungkin blok-blok negara komunis dan kapitalis atau apa saja.Sebuah hadis akhir zaman turut menyebutkan bahawa Muslimin akan memerangi Yahudi ( Israel ) dan semua batu-batu akan berbicara jika ada oran g Yahudi bersembunyi belakang mereka. Kecuali pokok Gharqad, kerana pohon itu adalah pokok Yahudi.Nam un, hakikat sebenarnya tiada siapa pun yang mengetahui. Bagaimanapun, kita semua perlu bersedia berdepan segala kemungkinan itu. Tidaklah bersalah untuk kita melakukan tafsiran demi tafsiran ke atas sejumlah nas hadis dan ayat al-Qur'an. Bukankah ayat-ayat itu diturunkan supaya manusia memikirkannya dan menafsirkannya?Sifat-sifat alam mestilah ada tumbuh-tumbuhan, haiwan. Ciri-ciri ini mestilah wujud bagi melengkapkan alam tersebut. Dalam bahasa saintifik, haiwan dan tumbuhan ini dipanggil flora dan fauna. Maka, tentu ada flora dan fauna di dalam syurga dan neraka juga.Demikian antara hal yang selalu menjadi bahan fikiran saya secara peribadi. Apabila kita memikirkan semua ini, terasa kekerdilan diri dan yang terzahir adalah kebesaranNya.

Pada zaman ini, setelah berlalunya tempoh haiwan-haiwan ajaib pada zaman dulu keluar dengan bebasnya ke alam kita, maka timbul pula cerita Bigfoot dan Yeti. Soalan sekarang ini, dari belahan alam mana pula haiwan itu tiba? Jika ia datang apakah misinya?Kita sedia maklum tujuan kedatangan pasukan burung Aba bil ialah memusnahkan tentera bergajah Abrahah. Kedatangan Buraq pula adalah bertujuan membawa Nabi Muhammad s.a.w ke langit tertinggi untuk menerima arahan mengenai solat fardhu.Ringkasnya, segala haiwan ini dikeluarkan dan dimasukkan ke alam manusia dengan satu tujuan, tugas dan amanah tertentu. Atau, mereka dimasukkan untuk membinasakan pihak tertentu? Hikayat Merong Mahawangsa contohnya, meriwayatkan ceritera burung garuda yang mahu memisahkan perkahwinan antara Puteri Cina dan Putera Rom.

Ada riwayat menyebut nabi-nabi dan rasul-rasul berjumlah ratusan ribu. Ada juga riwayat yang menyebutkan jumlah adalah 313 saja. Secara peribadi angka 313 itu yang saya pilih. Ini kerana, angka itu menyamai jumlah tentera Badar, perang pertama dalam Islam.Manusia semuanya berasal daripada Ada m tanpa terkecuali. Maknanya jalan kisah agama manusia-manusia akan tetap ada persamaan. Daripada 313 nabi-nabi dan rasul-rasul, kita dapat meneliti watak-watak cerita memang ada persamaan.Nabi-nabi dan rasul-rasul yang kita wajib beriman dengannya hanya 25 oran g saja. Mana hilangnya 288 oran g rasul lagi? Mereka mungkin wujud dalam catatan kitab-kitab agama besar di dunia. Pada setiap bangsa yang sudah ternama, tentulah diletakkan nabi dan rasul untuk memimpin bangsa tersebut.Ada pun bani-bani yang paling banyak menerima nabi- nabi ialah Bani Israel. Apabila ada ramai nabi-nabi dalam Bani Israel, jadi sudah tentu banyak kisah-kisah Bani Israel dalam al-Qur'an yang mengisahkan keengkaran mereka menerima seruan nabi-nabi itu.Maka, persamaan yang wujud antara agama-agama ini bukanlah peniruan. Tidak bolehlah disebutkan Islam meniru ajaran Nasrani dan Yahudi cuma kerana wujudnya persamaan di antara ketiga-tiga agama tersebut. Hakikat yang berlaku ialah, ketiga-tiga agama itu telah dibawa oleh nabi-nabi yang menerima petunjuk dari sumber yang sama, iaitu Tuhan.Apabila kita merenung dalam-dalam kisah-kisah hikayat dan riwayat bukan Islam, terasa ada persamaan. Misalnya, apakah ada haiwan-haiwan seperti Yeti, Bigfoot, Buraq yang dinaiki Nabi Muhammad s.a.w dalam peristiwa Isra' Mikraj, burung Aba bil yang datang melemparkan batu api dari neraka sebelum kelahiran Nabi Muhammad dan lain-lain.Haiwan-haiwan dari alam-alam lain ini boleh juga kita katakan berada di alam tinggi. Di dalam Hikayat Merong Mahawangsa juga dikisahkan mengenai burung garuda yang telah dihalau keluar dari dunia ini. Mungkinkah, ia dihalau keluar ke alam lain?Pada setiap zaman, barangkali ada makhluk-makhluk tertentu yang ditentukan oleh Allah tentang giliran mereka masuk ke dunia ini. Aba bil misalnya dibebaskan untuk memasuki ruang dunia untuk seketika sebelum kelahiran Rasulullah s.a.w.Buraq adalah haiwan yang dibebaskan ke dunia seperti kuda yang jadi tunggangan tatkala Nabi Muhammad mula-mula mendapat tentangan daripada kaum Quraisy di Mekah.Pada zaman dulu, di Alam Melayu, (atau mungkin pada ketika Melayu belum lagi digelar Melayu), telah wujud nabi-nabi yang tak disebut dalam al-Qur'an di mana haiwan-haiwan seperti duyung, naga telah pun wujud dan kemudiannya terhijab daripada manusia.Buraq ' bern asib baik' sebab kewujudannya terkait dengan Rasulullah s.a.w dan ia tidaklah boleh dikatakan sebagai dongeng. Demikian juga burung Ababil yang membawa bara api ke atas gajah Abrahah. Burung ini bukan dongeng kerana ia disebut dalam al-Qur'an.

Di dalam syurga, ada sebuah taman. Menurut Perjanjian Lama dan Baru, taman itu dinamakan Taman Eden. Dalam bahasa Arab (bahasa al-Qur'an), hal itu mungkin juga Jannatu Adnin. Nama-nama ini semuanya ada kemungkinan.Tapi, hakikat bahawa syurga wujud tidak boleh dinafikan lagi sebab hal itu disebut dalam al-Qur'an. Saya terfikir hal ini selepas menonton The Mummy yang mengisahkan seorang maharaja China yang dibangkitkan daripada kematiannya.Dalam usaha memulihkan kuasa yang hilang, maharaja mencari sebuah kolam kehidupan abadi. Tak salah saya, kolam itu wujud di Shangri-La. Hal ini mengingatkan saya kepada novel bertajuk Lost Horizon yang diterbitkan pada 1933. Penulisnya, James Hilton.Pengarangnya menuliskan hal ini apabila melawat India , China dan Tibet , iaitu kawasan-kawasan jajahan Empayar British sebelum kejatuhan empayar tersebut."� he felt an extraordinary sense of physical and mental settlement. It was perfectly true; he just rather liked being at Shangri-La."

Oleh itu, di dalam filem The Mummy, ketika maharaja cuba memulihkan kuasa, baginda mungkin sekali pergi ke Tibet, sebuah wilayah mistik yang terletak di China. Shangri-La mungkin terletak di wilayah tersebut.Lost Horizon adalah suatu kawasan yang hilang. Ia mungkin wujud, tapi dihilangkan dari pandangan manusia. Shangri-La mungkin terletak pada zon berkenaan. Di Tibet juga, ada sejenis makhluk 'Bigfoot' yang dipanggil Yeti oleh penduduk tempatan.Dalam filem Mummy juga ditunjukkan Yeti ada bahasa tersendiri. Dalam pengembaraan itu, sekelompok penjelajah telah menemui Yeti di tempat berhampiran Shangri-La. Kalau Yeti ada bahasa sendiri, ertinya dia makhluk berakal. Sebabnya, bahasa adalah alat untuk akal bekerja. Ini bermaksud, Yeti atau Bigfoot di Tibet itu makhluk yang sangat berlainan daripada haiwan-haiwan biasa di dunia ini.Tak dapat dipastikan adakah Shangri-La ini seperti satu binaan yang sama dengan Taman Eden yang disebut dalam Bible itu. Shangri-La adalah sebuah tempat yang amat ind ah. Ia dihiasi pokok-pokok, gunung-ganang dan sungai yang mengalir di lembahnya.Perhatikan juga bahawa kerap disebutkan Tuhan mengenai syurga adnin yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, jannatu adnin tajri min tahtihal anhaar �

BETAPA kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali... Andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail.Justeru itu, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu bersenang-lenang dan bergelak-ketawa, seolah-olah dia tiada masalah yang perlu difikirkan dan direnungkan dalam hidupnya. Walaupun dia adalah seorang yang miskin amal kebajikan serta tidak memiliki sebarang bekalan untuk akhiratnya, dan sebaliknya banyak pula melakukan dosa.Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :
Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.
Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.Meski pun mata manusia hanya mampu melihat benda yang nyata, tidak mungkin dapat melihat kehadiran malaikat maut itu. Namun pandangan mata hati mampu melihat alam ghaib, iaitu memandang dengan keyakinan iman dan ilmu.Sebenarnya manusia itu sedar bahawa setiap makhluk yang hidup pasti akan mati, tetapi manusia menilai kematian dengan berbagai tanggapan. Ada yang menganggap kematian itu adalah suatu tabie biasa sebagai pendapat golongan athies, dan tidak kurang pula yang mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang zahir sahaja. Dia mengambil logik, bahawa banyak kematian disebabkan oleh sesuatu tragedi, seperti diakibatkan oleh peperangan, bencana alam seperti banjir, gempa bumi, kebakaran dan juga kemalangan samada diudara, laut dan daratan termasuk kemalangan jalan raya.Selain itu, mereka juga melihat kematian disebabkan oleh serangan penyakit yang merbahaya seperti penyakit barah, sakit jantung, AIDS, demam denggi, taun dan sebagainya. Disebabkan manusia melihat kematian hanya dari sudut sebab musabab yang lumrah, maka manusia sering mengaitkan kematian itu dengan kejadian-kejadian yang tersebut di atas. Jika berlaku kematian dikalangan mereka, lantas mereka bertanya, sebab apa si fulan itu mati, sakitkah atau kemalangankah? .Tidak ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran malaikat maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai, sedangkan malaikat maut sentiasa berligar di sekeliling manusia, mengenal-pasti memerhatikan orang-orang yang tempoh hayatnya sudah tamat..Sesungguhnya malaikat maut menjalankan arahan Allah SWT dengan tepat dan sempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit sahaja, ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Jika Allah SWT menetapkan kematian seseorang ketika berlaku kemalangan, atau ketika diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian tersebut.Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang mewah yang sedang hidup rehat dibuai kesenangan. Malaikat maut datang tepat pada waktunya tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang atau mengerang kesakitan. Bila ajal mereka sudah tiba, maka kematiannya tidak akan tertangguh walau sesaat.Walau bagaimana pun, ada ketikanya Allah SWT jadikan berbagai sebab bagi satu kematian, yang demikian itu ada hikmah disebaliknya. Misalnya sakit tenat yang ditanggung berbulan-bulan oleh seseorang, ia akan menjadi rahmat bagi orang yang beriman dan sabar, kerana Allah Taala memberi peluang dan menyedarkan manusia agar dia mengingati mati, untuk itu dia akan menggunakan masa atau usia yang ada untuk berbuat sesuatu, membetulkan dan bertaubat dari dosa dan kesilapan serta memperbaiki amalan, serta menambah bekalan untuk akhirat, jangan sampai menjadi orang muflis di akhirat kelak.Begitu juga orang yang mati mengejut disebabkan kemalangan, ia akan menjadi pengajaran dan memberi peringatan kepada orang-orang yang masih hidup supaya mereka sentiasa berwaspada dan tidak lalai dari berusaha memperbaiki diri, menambah amal kebajikan dan meninggalkan segala kejahatan. Kerana sekiranya ajal datang secara tiba-tiba pasti akan membawa sesalan yang tidak berguna.Di kalangan orang solihin menganggap bahawa sakit yang ditimpakan kepada dirinya adalah sebagai tanda bahawa Allah SWT masih menyayanginya. Kerana betapa malangnya bagi pandangan meraka, jika Allah SWT mengambil roh dengan tiba-tiba, tanpa sebarang amaran terlebih dahulu. Seolah-olah Allah SWT sedang murka terhadap dirinya, sebab itulah Allah SWT tidak memberi amaran terlebih dahulu kepadanya. Keadaan orang itu ibarat orang yang tidak menyedari adanya bahaya di hadapannya, jika ada amaran terlebih dahulu nescaya dia akan terjerumus ke lembah bahaya itu.Selain itu, Allah Taala menjadikan sebab-sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut, sebagaimana diriwayatkan oleh Saidina Abbas r.a dalam sebuah hadis Nabi yang panjang. Antara lain menjelaskan bahawa Izrail merasa kesedihan apabila dibebankan dengan tugas mencabut roh makhluk-makhluk bernyawa kerana di antara makhluk bernyawa itu termasuk manusiaƂ yang terdiri dari kekasih-kekasih Allah SWT iaitu para Rasul, nabi-nabi, wali-wali dan orang-orang solihin.Selain itu juga, malaikat maut mengadu kepada tuhan betapa dirinya tidak disenangi oleh keturunan Adam a.s, dia mungkin dicemuh kerana dia ditugaskan mencabut roh manusia, yang menyebabkan orang akan berdukacita, kerana kehilangan sanak-saudara dan orang-orang yang tersayang di kalangan mereka.Diriwayatkan bahawa Allah SWT berjanji akan menjadikan berbagai-bagai sebab kepada kematian yang akan dilalui oleh keturunan Adam a.s sehingga keturunan Adam itu akan memikirkan dan mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang dialami oleh mereka. Apabila berlakunya kematian, mereka akan berkata bahawa si anu itu mati kerana mengidap sakit, ataupun kerana mendapat kemalangan, mereka akan terlupa mengaitkan malaikat maut dengan kematian yang berlaku itu.Ketika itu, Izrail tidak perlu bersedih kerana manusia tidak mengaitkan kematian tersebut dengan kehadiran malaikat maut, yang sememangnya diutus oleh Allah SWT pada saat malapetaka atau sakit tenat seseorang itu bertepatan dengan ajal mereka yang sememangnya telah tiba.Namun pada hakikatnya bahawa ajal itu adalah ketetapan Allah, yang telah termaktub sejak azali lagi. Semuanya telah nyata di dalam takdir Allah, bahawa kematian pasti tiba pada saat yang ditetapkan. Izrail hanyalah tentera-tentera Allah yang menjalankan tugas seperti yang diamanahkan kepadanya.Walau bagaimana pun adalah menjadi hak Allah Taala untuk menentukan kematian seseorang itu samada bersebab ataupun tidak, sebagai mana yang dinyatakan pada awal tulisan ini bahawa ada ketikanya malaikat maut hendak mencabut roh seseorang, tetapi manusia yang dikunjungi malaikat maut sedang dalam keadaan seronok bergelak-ketawa, hingga malaikat maut berasa hairan terhadap manusia itu. Ini membuktikan bahawa kematian itu tidak pernah mengenal samada seseorang yang sedang sakit atau pun ketika sihat dan segar-bugar.

Firman Allah Taala yang bermaksud :

Tiap-tiap umat mempunyai ajal, maka apabila telah datang ajalnya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat ( pula ) mempercepatkannya.

( Surah Al-Araf ayat 34 )


Wallahualam.



Amat jarang sekali kita mendengar mahasiwa Universiti Teknologi Mara (UiTM) keluar beramai-ramai untuk berdemonstrasi bagi menyatakan bantahan terhadap sesuatu pihak samada kerajaan mahupun pihak lain.Namun peristiwa semalam (Selasa 12 Ogos) amat menarik untuk diperhalusi dimana lebih 5000 mahasiswa UiTM berdemonstrasi di hadapan Bangunan Setuausaha Kerajaan Selangor (SUK) bagi membantah cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membuka 10 peratus kuota kemasukan UiTM kepada bukan bumiputera.Sebelum ini umum mendengar laporan bahawa pernah beberapa orang mahasiswa universiti berkenaan diambil tindakan berikutan menyertai himpunan aman anjuran persatuan-persatuan mahasiswa.Sebagai contoh, seorang mahasiswa UiTM Shah Alam, Herman Sanuddin pernah ditahan polis dalam himpunan aman di hadapan Masjid Negara pada tahun 2000 bagi membantah penggunaan Akta Keselamatan Dalamdan Negeri (ISA).Berikutan itu, Herman digantung pengajiannya hingga kini meskipun ketika digantung, pelajar terbabit belum pun dibuktikan bersalah di mahkamah atas dakwaan menyertai perhimpunan aman.Ketika itu UiTM ditadbir oleh Naib Canselornya yang cukup popular, Ibrahim Abu Shah yang juga dikenali sebagai penyokong Umno.

Malang sekali, kali ini dengan bukti yang kukuh, dengan gambar yang cukup jelas, 5000 mahasiswa yang berhimpun di hadapan SUK semalam tidak pun diambil tindakan oleh universiti yang ditadbir Ibrahim Abu Shah.Jauh sekali kata-kata amaran dikeluarkan UiTM kepada pelajarnya untuk menghalang dari menyertai himpunan aman tersebut.Cukup terbuka dan cukup bebas nampaknya Ibrahim Abu Shah kali ini, membiarkan mahasiswa UiTM berdemonstrasi sedangkan sebelum ini beliau begitu anti kepada kelompok yang berdemonstrasi.Apakah yang tersirat di sebalik keterbukaan Ibrahim Abu Shah kali ini atau sebenarnya ada pihak yang 'menyalakan api' supaya mahasiswa-mahasiswa ini berdemontrasi tanpa memikirkan siapa dibelakang tabir peristiwa bersejarah ini.Umum mengetahui, sejarah-sejarah penglibatan mahasiswa dalam himpunan-himpunan aman banyak berkisarkan kepada gerakan yang dibawa daripada beberapa universiti terkemuka antaranya Universiti Malaya (UM); Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).Sekitar tahun 1998 hingga 2001, ramai pelajar dari UM, UKM dan UIAM ditahan kerana menyertai dan menganjurkan himpunan aman membantah dasar-dasar kerajaan ketika itu.Namun, jarang sekali kita mendengar kelompok pelajar UiTM menyertai himpunan aman, dan jika ada sekalipun hanyalah menjadi peserta dan bukan penganjur.Amat pelik sekali isu yang dibantah berdasarkan kepada cadangan yang dikemukankan oleh Khalid yang hanya semata-mata cadangan tanpa boleh mengganggu dasar sedia ada UiTM yang ditetapkan oleh kerajaan pusat.Khalid sendiri tidak ada kuasa kerana beliau hanyalah Menteri Besar dan bukannya Menteri Pengajian Tinggi yang ada kuasa ke atas UiTM.Atas dasar itulah, ramai tertanya mengapa kerajaan Selangor yang menjadi tumpuan mahasiswa UiTM berhimpun di hadapan SUK membantah cadangan Khalid sedangkan MB Selangor itu tiada kuasa dalam menentukan dasar universiti berkenaan.Mulalah akhbar arus perdana melaporkan kenyataan-kenyataan yang mengecam Khalid kononnya MB Selangor itu tidak memperjuangkan hak orang Melayu dengan cadangan ini, sedangkan beberapa tahun lalu cadangan yang sama pernah dikemukankan oleh kerajaan Umno-BN sewaktu Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri.Apakah Umno ketika itu 'prihatin' kepada orang Melayu/bumiputera dengan cadangan itu?Mungkin ramai yang tidak menyokong cadangan Khalid, namun amat pelik sekali apabila isu ini sengaja diperbesarkan dalam media sedangkan cadangan Khalid tidak akan menjadi barah kepada kerajaan pusat untuk mengubah dasar UiTM.Dalam hal ini boleh dianggap bahawa himpunan yang dibuat seperti 'seorang doktor yang merawat pesakitnya yang demam, namun ubat yang diberikan ialah ubat kencing manis'.Siapa di belakang pelajar ini mungkin persoalan ini boleh dilontarkan kepada Ibrahim Abu Shah sendiri yang hingga kini tidak membuat sebarang kenyataan berhubung tindakan pelajar berhimpun.Mungkin himpunan sebegini nilainya diharuskan oleh Ibrahim atau Umno-BN merelakan himpunan sebegini kononnya demi kepentingan menjaga kepentingan Melayu. Satu persoalan yang perlu dijawab mahasiswa yang terbabit dengan himpunan, sejak bilakah Umno-BN menjadi benteng kepada hak dan kepentingan Melayu hingga gula-gula sedemikian termakan oleh mereka?

Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi serta Timbalannya, Dato' Seri Najib Tun Razak pernah meminta rakyat Malaysia berjimat cermat berikutan kenaikan harga minyak yang mendadak.Pelbagai program debat mahupun forum umum digunakan Abdullah dan Najib untuk menjelaskan keadaan kononnya kenaikan harga minyak ini tidak dapat dielak.Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas, Tan Sri Hassan Marican sendiri terpaksa turun padang untuk menjelaskan keadaan kononnya Petronas dan kerajaan tidak lagi boleh menanggung subsidi yang tinggi berdasarkan kenaikan harga minyak global.Media arus perdana digunakan bagi menjalankan dakyah pemerintah ini bagi memastikan rakyat boleh menerima tindakan terburu-buru kerajaan ini.Dalam media memainkan dakyah mereka, kenyataan Perdana Menteri dan TPM seperti meminta rakyat mengurangkan kos-kos harian bagi mengelak tekanan kenaikan harga minyak terus menjadi bahan utama meredakan kemarahan rakyat.Perdana Menteri dan timbalannya juga pernah menyarankan beberapa langkah kepada rakyat supaya berjimat cermat, memberikan rebet tunai cukai jalan dan mengumumkan gaji dua kali sebulan bagi kakitangan awam.Rakyat Kuala LUmpur terutamanya yang tertekan dengan kenaikan harga minyak kini mungkin terpaksa memikirkan untuk berpindah ke rumah sewa yang lebih murah yang lebih jauh daripada Kuala Lumpur hanya kerana mahu mengurangkan kos sewa.Kos sewa bagi rumah pangsa di Kuala Lumpur sekitar RM500 sementara rumah teres satu tingkat mencecah RM1000.Namun, Perdana Menteri dan Timbalannya mungkin terlupa satu fakta yang cukup jelas dalam satu jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohammed Nazri Aziz dalam sidang Dewan Rakyat penggal ke-11 yang lalu mengenai kos ubah suai rumah mereka.Beliau juga menyebut kos pengubahsuaian kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya yang dilaksanakan tahun tersebut berjumlah RM15.81 juta.Beliau berkata kerja pengubahsuaian itu meliputi kerja membaik pulih dan menaik taraf sistem penyaman udara, pendawaian elektrik, lanskap serta pengubahsuaian dalaman termasuk ruang dapur dan bayaran juruperunding."Kerja pengubahsuaian telah pun siap sepenuhnya dan Perdana Menteri telah pun berpindah ke kediaman rasmi beliau," katanya dalam jawapan bertulis kepada Teresa Kok (DAP-Seputeh).Mohamed Nazri berkata kos penyelenggaraan bulanan yang melibatkan keseluruhan kompleks kediaman Perdana Menteri termasuk blok rumah persendirian beliau hanya berjumlah RM2.9 juta setahun iaitu dengan purata RM242,991.50 sebulan.Beliau berkata kos asal pembinaan kediaman rasmi Perdana Menteri dengan merujuk khusus kepada blok rumah persendirian di mana Perdana Menteri dan keluarga tinggal berjumlah RM24.17 juta.Mohamed Nazri berkata kos asal kontrak pembinaan kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri dengan merujuk kepada blok rumah persendirian di mana Timbalan Perdana Menteri dan keluarga tinggal berjumlah RM13.51 juta.Beliau berkata kos penyelenggaraan tahunan kompleks kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri berjumlah RM1.46 juta setahun iaitu dengan purata RM122,267 sebulan.Hakikatnya, rakyat di bawah sana terus menderita, dan ada juga yang kini sudah mula berkira-kira untuk mengurangkan belanja dapur, belanja susu dan pampers anak selain menutup ruang untuk berjalan-jalan atau melancong dalam negara sekalipun.Mungkin inilah yang terpaksa rakyat hadapi, dalam keadaan pemimpin di atas sana masih meneruskan amalan bermewah ke sana ke mari dengan tanpa membayar kos minyak kerana kos minyak mereka ditanggung rakyat.Seperti kata seorang pendakwah, Dr Azhar Yaakob yang berceramah di Harakah semalam, bahawa kaedah ekonomi yang digunakan kerajaan hari ini adalah ekonomi kapitalis.Ekonomi kapitalis mengamalkan dasar mengkayakan kerajaan sementara rakyat terus papa dihimpit dengan dasar kerajaan yang rakus, kata Dr Azhar.Paling menarik, Dr Azhar menerangkan bahawa jika kerajaan menggunakan kaedah ekonomi Islam dengan sifat kerajaan mengkayakan rakyat bagi menggiatkan putaran ekonomi, pastinya pulangan kepada kerajaan jauh lebih besar.Penulis tertarik dengan kenyataan beliau bahawa jika kerajaan memberi subsidi kepada rakyat sekalipun, sebenarnya kerajaan juga yang akhirnya mendapat untung kerana rakyat akan merancakkan ekonomi apabila wang mereka boleh dibelanjakan semula. Namun, kenyataan ini mungkin tidak menjadi 'kesan' Perdana Menteri kerana apa yang hanya bermain difikirannya mungkin formula bagaimana untuk mengkayakan anak menantunya sahaja.

Sedekad kebelakangan ini, kita sama-sama menyaksikan peningkatan kes pembuangan bayi di negara kita ini. Tiap-tiap tahun ada banyak kes. Kebanyakan kes bayi-bayi yang dibuang ini mati.Sesungguhnya kita semua amat kesal peningkatan fenomena yang menyayat hati ini. Fenomena ini tidak serasi dengan negara kita sebagai negara timur yang mementingkan semangat kekeluargaan.Kita harus mengecam gejala pembuangan bayi ini. Pendidikan agama harus diteruskan dan diperkuatkan; pendidikan keselamatan seks juga harus diteruskan dan diperkuatkan di sekolah.Semua usaha-usaha murni ini harus diperhebatkan. Selain itu, kita juga perlu adakan sedikit "payung terjun" untuk ibu-ibu remaja malang ini yang betul-betul memerlukannya.Mereka barangkali terjebak kerana kejahilan. Mereka barangkali ditipu, atau ada sebab-sebab yang lain.Adakah kita harus membiarkan kes pembuangan bayi ini berulang dan terus ulang lagi? Ataupun kita boleh mengambil langkah yang proaktif?Di Amerika Syarikat, ada hospital kerajaan yang menyediakan inkubator bayi di koridor - satu contoh "payung terjun" yang boleh disediakan.Barangkali sesetengah pihak akan mengecam saya sebagai menggalakkan pertambahan anak haram. Tidak apa, hujah itu hak mereka untuk mengecam.Saya tetap berpendapat kita memerlukan saluran yang lebih berperikemanusiaan untuk ibu-ibu remaja yang tidak berhati-hati ini.Sesungguhnya ibu-ibu remaja ini pasti akan menyesal seumur hidup selepas membuangan anak. Penyeksaan sanubari mereka akan bertambah hebat lagi apabila mereka menyedari anak yang dibuang mereka mati.Tidakkah harus kita menyediakan "payung terjun" untuk ibu-ibu remaja ini bersama dengan bayi-bayi yang sesungguhnya berhak untuk terus hidup?Bayi-bayi ini sesungguhnya anak-anak Malaysia seperti anda dan saya juga!

"... Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri..." Surah ar-Ra’dAgen-agen anti-perubahan sedang bekerja keras untuk menghalang perubahan berlaku. Mereka membuat komplot dan konspirasi gelap agar segelintir yang berkuasa terus bertakhta di persada dan akan terus merompak khazanah negara.Rakyat bukannnya agenda utama mereka. Mereka tidak pernah pun peduli akan nasib rakyat. Biarlah rakyat merana terkangkang dek kenaikan harga minyak. Biarlah rakyat kelaparan kerana harga beras, gula dan tepung naik. Apa mereka peduli?Yang maha penting bagi mereka adalah terus berkuasa! Berkuasa! Berkuasa! Tanggal 8 Mac membawa arus igauan buruk kepada mereka. Perubahan menjadi mantera. Perkataan "perubahan" meniti di bibir setiap insan bernyawa di negara bertuah ini, tidak kira kaum dan agama, semuanya melaungkannya.Kerana keazaman yang teguh dan desakan rakyat yang kuat, yang mahu perubahan tidak terhenti setakat pada tarikh keramat 8 Mac. Maka lahirlah Pakatan Rakyat, gabungan tiga buah parti politik - PAS, DAP dan PKR. Ketiga-tiga parti yang mempunyai fahaman berbeza tapi mengakui hakikat betapa pentingnya untuk bersatu dan bekerjasama.Bersatu atas prinsip keadilan sejagat yang bukan sahaja sentiasa dituntut oleh Islam tetapi juga oleh semua agama.Peluang ini sememangnya benar-benar sebuah Harapan Baru. Harapan Baru yang melampaui slogan yang dilaungkan semata-mata.Rakyat Malaysia pada tanggal 9 Mac menghirup udara segar harapan ini. Harapan untuk melihat Malaysia yang bebas, harapan untuk mendapatkan hak mereka sebagai warganegara dan harapan untuk mengorak ke hadapan dengan semangat patriotisme yang baru.Semangat ini makna baru kepada rasa bernegara iaitu rakyat Malaysia tanpa mengira kaum atau agama mengimpikan ruang yang adil dan saksama untuk menyumbang dalam bidang pendidikan, ekonomi dam kebudayaan negara ini.Aspirasi ini adalah aspirasi yang dikongsi bersama semenjak beberapa bulan yang lalu dan semakin hari semakin tinggi keinginan ini untuk melihat sebuah kerajaan baru. Bila saja tersebar berita bahawa ada usaha memujuk ahli parlimen BN untuk beralih arah dan meninggalkan Barisan Nasional, rakyat menyambutnya dengan sokongan penuh.Rakyat sedang melihat dengan dekat perubahan yang bakal terjadi. Dukungan terhadap proses peralihan kuasa mula merebak.Tambahan lagi apabila kerajaan BN tidak menunaikan janjinya untuk memastikan harga minyak petrol berada di paras yang munasabah.Kita di ambang Malaysia yang baru, adil dan saksama. Rakyat mahu merdeka dari pemerintah yang telah mencengkam mereka selama ini. Rakyat sudah tidak sabar dengan kebobrokan kerajaan Barisan Nasional yang zalim dan terpalit korupsi serta nepotisme.Tuntutan perubahan sudah tidak boleh ditahan lagi. Kerjasama Pakatan Rakyat dilihat sebagai wahana bagi seluruh rakyat Malaysia yang mahu kepada perubahan yang menyeluruh.Umno yang menerajui Barisan Nasional sudah gementar. Mereka dengan pantas bertukar menjadi antik sejarah. Umno dan Barisan Nasional adalah tajuk perbualan lapuk dan membosankan.Orang muda melihat Umno dan Barisan Nasional sebagai warisan purbakala, yang tidak mampu menjadi contoh yang baik kepada rakyat Malaysia. Umno sudah dikalahkan oleh rakyat!Kegelisahan melihat kemaraan rakyat membuatkan Umno mula bertindak ekstrem. Mereka sedar mereka harus memecahkan kerjasama Pakatan Rakyat.Peristiwa tahun 1998 memberi inspirasi. Mereka berfikir ligat dipandu nafsu untuk terus berkuasa. Fitnah dipintal dan Anwar Ibrahim menjadi sasaran. Tawaran pun dibuat kepada PAS atas alasan permuafakatan Melayu dan Islam.Rakyat merasakan ini merupakan permainan propaganda Umno. Tidak mungkin lebih dari itu.Ternyata harapan rakyat meleset. PAS benar-benar berjumpa Umno. Pertemuan itu diberi label "muzakarah" namanya (kemudian ditukar "muqabalah").Media arus perdana milik Umno tidak henti-henti memaparkan berita permuafakatan dan muzakarah. Slogannya "Melayu perlu bersatu!" Agama Islam harus menjadi pertimbangannya!Propaganda murahan yang sebenarnya dijadikan sebagai alas bagi menjustifikasikan muzakarah PAS-Umno.Rakyat sangsi dengan muzakarah ini kerana rakyat sebenarnya tidak pernah bodoh. Hanya Umno yang beranggapan sedemikian.Oleh kerana rakyat tidak pernah bodohlah, maka adanya etnik yang tidak beragama Islam sanggup mengundi calon PAS. Kerana rakyat tidak bodohlah PAS memenangi kerusi yang luar dari lingkungan penyokongnya.Rakyat tahu muzakarah tersebut adalah perbincangan untuk mengagihkan kuasa dan kekayaan di antara pemimpin PAS dan Umno.Rupa-rupanya sudah lama hilang politik Islam yang berpaksikan amanah.Amanah rakyat sudah dikhianati. PAS bersemuka dengan Umno dan bermuka-muka dengan rakan-rakan lain seperti Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.Islam dijadikan komoditi tawar-menawar. Tawar-menawar bagi membolehkan orang kuat PAS menjadi timbalan perdana menteri dan seorang tua dari Terengganu yang hampir pupus nyawa politiknya menjadi senator dan kemudiannya dilantik menjadi menteri kabinet.Murah sungguh harga perjuangan politik pimpinan segelintir ini.Mereka sebenarnya bukan memperjuangkan Islam dan Melayu. Sejak bila Umno memperjuangkan Islam? Bukankah PAS melawan Umno selama ini kerana kegagalan Umno memperjuangkan Melayu dan Islam?Apakah Tuan Guru Hj Hadi AWang sendiri sudah lupa akan "Amanat Hj Hadi" yang tersohor itu? Jangan berlindung di sebalik tabir perkataan seperti dakwah dan Islam.Yang menjadi sebab PAS bermuzakarah dengan Umno ialah untuk perkongsian kuasa atau kerajaan campuran. PAS mulai risau dengan perkongsian kuasa formula Pakatan Rakyat.Mereka tidak senang duduk melihat terlalu banyak parti dan aliran, apatah lagi jika kemasukan ahli parlimen BN ke dalam Pakatan Rakyat menjadi kenyataan.Sedangkan kejamakan aliran dan parti merupakan petunjuk kepelbagaian yang sememangnya wujud dalam lapisan sosial dan politik masyarakat Malaysia.Mereka risau mereka hanya akan mendapat bahagian yang kecil sahaja daripada Pakatan Rakyat.Apa yang berlaku tidak sepatutnya terjadi. Janji harus dipegang dan komitmen harus sentiasa dipupuk di antarasa sesama saudara dalam Pakatan Rakyat.Rakyat telah memberi kepercayaan kepada Pakatan dan ini adalah amanah besar yang perlu dijaga. Jika ada yang mengkhianati amanah ini, rakyat sendiri yang akan menjadi hakim.

Beginilah anggaran kasar perbelanjaan yang diperlukan oleh seorang bujang. Anggaran ini masih lagi belum ditokok dengan perbelanjaan- perbelanjaan lain seperti memberi wang kepada orang tua, bil telefon, bil internet dan keperluan lain (lihat jadual anggaran).Anda boleh membandingkan kos yang perlu ditanggung sebelum dan selepas harga minyak dinaikkan. Kos ini bagi mereka yang masih lagi bujang dan hidup berdikari.Bagaimana pula dengan mereka yang sudah berkeluarga? Mungkin kos yang perlu ditanggung lebih dua atau tiga kali ganda daripada jadual perbelanjaan di atas. Di Kuala Lumpur, kereta masih lagi diperlukan kerana sistem pengangkutan awam belum mencapai tahap yang boleh memberikan keselesaan.Semalam kabinet Abdullah Ahmad Badawi-Najib Razak mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen dan diesel RM1.Pengumuman tersebut menyebabkan stesen-stesen minyak sesak dengan orang ramai yang berpusu-pusu minyak pada kadar harga lama – buat kali terakhir.Kenaikan kali ini yang tertinggi dalam sejarah. Kali terakhir kerajaan Abdullah-Najib menaikkan harga minyak pada 28 Jun 2006 iaitu sebanyak 30 sen bagi petrol dan diesel.Pada 25 Febuari lalu, timbalan perdana menteri menafikan bahawa harga minyak akan dinaikkan selepas pilihanraya umum ke-12. Najib, apabila ditanya wartawan mengenai khabar angin kenaikan harga minyak, menafikan dengan keras dan menyatakan bahawa kerajaan BN masih boleh menampung subsidi.Sementara itu, pada 5 November lalu, dalam forum yang bertajuk ‘Jenayah dan Rasuah: Malaysia Dalam Bahaya’, Husam Musa yang kini memangku menteri besar Kelantan memberitahu hadirin bahawa harga minyak akan dinaikkan sebanyak 70 sen oleh kerajaan BN selepas pilihanraya umum ke-12. Hampir tepat ramalan naib presiden PAS tersebut di kala cakap timbalan perdana menteri sudah tidak boleh dipercayai lagi.Hujah yang sering digunakan oleh kabinet Abdullah-Najib, apabila harga minyak dinaikkan, ialah harga minyak di Malaysia antara yang termurah di Asia Tenggara. Brunei tidak dijadikan sebagai kayu ukur kerana didakwa Abdullah sebagai “kes istimewa”. Memang benar jika kita membandingkan dengan Thailand, harga minyak di Malaysia jauh lebih murah. Malahan selepas petrol dinaikkan sebanyak 78 sen sekalipun, harga di Malaysia masih lagi murah.Akan tetapi, di Thailand, rakyatnya tidak dibebankan dengan harga tol yang mahal. Saya sendiri pernah memandu kereta dari Surat Thani yang terletak di selatan ke Bangkok. Lebuhrayanya panjang dan tidak sesak. Perjalanan mengambil masa lapan jam.Apa yang memeranjatkan saya, harga tol yang perlu dibayar hanyalah RM4! Belum lagi kita melihat kemudahan-kemudahan lain yang diberikan oleh kerajaan Thailand kepada rakyatnya. Harga kereta di Thailand jauh lebih murah berbanding dengan harga di Malaysia.Mari kita lihat pula berapa harga minyak di negara-negara lain pengeluar minyak. Jangan kita lupa bahawa Malaysia antara negara pengeluar minyak dunia.Ertinya, apabila harga minyak dunia meningkat, Malaysia juga akan mendapat keuntungan besar.Sebelum ini kabinet Abdullah-Najib seringkali membuat perbandingan dengan negara yang bukan pengeluar minyak. Sekarang anda lihat sendiri berapa banyak rakyat di negara pengeluar minyak membayar untuk seliter petrol.Ke mana nasib rakyat Malaysia selepas ini? Menjelang Ogos ini, semua subsidi terhadap minyak akan ditarik balik oleh kerajaan dan rakyat akan membayarnya mengikut harga pasaran global.Sedangkan cadangan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) agar gaji minimum diperkenalkan ditolak mentah-mentah oleh kerajaan.Hari ini protes-protes membantah kenaikan harga minyak telah mula muncul.Pagi semalam, ahli parlimen DAP Tan Kok Wai mengepalai 50 orang berhimpun secara aman bagi membantah kenaikan harga minyak yang baru sehari diumumkan oleh kabinet.Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes) pula mengumumkan untuk menganjurkan perhimpunan 100,000 rakyat di KLCC pada 12 Julai ini.Menurut Dr Hatta Ramli, perhimpunan anjuran Protes kali ini lebih besar daripada perhimpunan yang dianjurkan oleh Bersih tahun lalu!Mampukah kabinet Abdullah-Najib menahan arus kebangkitan rakyat? Atau keadaan ini akan menjadi titik permulaan untuk menumbangkan BN yang telah memerintah Malaysia selama 50 tahun?

Tanggal 15 Mei 1948 merupakan tarikh yang amat penting untuk disingkap oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Tarikh penting tersebut adalah detik hitam bagi penduduk asal bumi Palestin, orang Arab dan dunia Islam secara keseluruhannya.Pada tarikh tersebut, penubuhan negara haram Israel di atas bumi Palestin telah diisyhtiharkan secara rasminya. Peristiwa tersebut turut dikenali sebagai “nakbah”. Nakbah bermaksud malapetaka atau bencana besar.Dalam peristiwa nakbah, Yahudi Zionis telah bertindak kejam dengan mengusir lebih daripada 60 peratus rakyat Palestin (lebih kurang 800 ribu orang daripada sejumlah 1.39 juta) ke luar negara, manakala 30 ribu lagi diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.Rejim Zionis telah bertindak di luar batas kemanusiaan. Nyawa penduduk Palestin bagaikan tiada nilai di mata mereka. Pelbagai peristiwa pembunuhan beramai-ramai telah berlaku sepanjang peristiwa Nakbah.Antaranya peristiwa yang paling tragis ialah tragedi Deir Yassin pada 9 April 1948 yang melibatkan pembunuhan seramai 254 orang termasuk orang tua, wanita dan 52 kanak-kanak.Petugas Palang Merah dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) sendiri menyaksikan bagaimana rumah-rumah rakyat Palestin dibakar dan orang yang cuba menyelamatkan diri ditembak.Sejarah kejatuhan bumi Palestin ke tangan Yahudi bermula apabila Britain melalui setiausaha negara hal-ehwal luarnya, Arthur Balfour, telah mengeluarkan satu kenyataan bertarikh 2 November 1917 yang menjanjikan masyarakat Yahudi satu tanahair di Palestin.Pengisytiharan itu telah digelar 'Ominous Declaration' (Pengisytiharan Celaka).Palestin menjadi isu antarabangsa apabila kerajaan Britain pada 2 April 1947 mendesak supaya isu Yahudi dan Palestin dimasukkan sebagai agenda PBB. Tidak lama selepas itu, sebuah Jawatankuasa antarabangsa telah ditubuhkan untuk mengkaji dan membuat laporan mengenai isu Palestin.Cadangan dasar jawatankuasa ini adalah pembahagian wilayah Palestin yang tidak adil iaitu kepada negara Arab dan negara Yahudi yang merdeka, dan Jerusalem (Baitul Maqdis) diletakkan bawah tanggungjawab antarabangsa. Jelas sekali bahawa PBB sendiri bersubahat dalam proses pendudukan haram Yahudi di Palestin dan menjadi boneka kepada Yahudi.Penderitaan yang dialami oleh penduduk palestin hingga kini masih belum berakhir walau mereka telah mencuba pelbagai cara dalam usaha untuk membebaskan bumi Palestin dan mendapatkan kembali hak-hak mereka yang telah dirampas di tanah suci tersebut.Antaranya, dengan melalui perjanjian damai, persidangan, perundingan, dengan mengikut pelan damai yang dianjurkan oleh PBB dan sebagainya. Bagaimanapun, kesemua cara ini telah menemui kegagalan.Oleh kerana semua cara ini tidak berhasil, maka rakyat Palestin telah memilih jalan lain untuk merungkai permasalahan yang menimpa mereka iaitu dengan kebangkitan, penentangan dan perjuangan jihad.Dalam usaha membebaskan negara sendiri daripada cengkaman penjajah, penduduk Palestin telah dilabel sebagai pengganas oleh Israel dan sekutunya. Mereka cuba untuk mengaburi mata masyarakat dunia melalui media massa yang sering memperlihatkan dan menonjolkan penduduk Palestin sebagai pengganas.Yahudi mendakwa bahawa mereka menjadi mangsa kekejaman penduduk Palestin sedangkan pengganas yang sebenar adalah mereka sendiri. Yahudi turut mendakwa bahawa mereka adalah penduduk asal bumi Palestin semenjak zaman nabi Musa lagi.Namun hakikatnya, kedatangan mereka ke Palestin bukanlah sebagai pemilik tetapi sebagai imigran pada ketika itu. Dan kini mereka bertapak di bumi Palestin melalui kolonialisasi.Dakwaan bangsa Yahudi bahawa faktor sejarah menjadikan mereka lebih berhak ke atas Palestin tidak berasas. Mereka hanya sempat memerintah sebahagian kecil kawasan di bumi Palestin, malahan pemerintahan mereka hanya berlangsung selama empat kurun, sedangkan pemerintahan Islam berlanjutan selama 12 kurun (636 M – 1917 M).Ramai daripada Yahudi juga suatu ketika dahulu telah meninggalkan Palestin dan hubungan mereka dengan tanah itu terputus untuk hampir 18 kurun lamanya (135M hingga 20M).Manakala penduduk asal Palestin pula tidak pernah meninggalkan bumi Palestin untuk selama 4,500 tahun hinggalah kepada pengusiran secara paksa oleh kumpulan pengganas Yahudi pada tahun 1948.Namun mereka tidak pernah menyerah kalah, malah terus berusaha untuk menegakkan kembali hak mereka ke atas bumi Palestin.Sesungguhnya tragedi yang menimpa penduduk Palestin merupakan isu yang melibatkan seluruh umat Islam di dunia. Kepentingan Palestin bagi umat Islam amat jelas berdasarkan al-Quran dan hadis - ia adalah bumi suci tempat ramai para rasul dilahirkan dan wafat di sana.Ia juga medan perjuangan mereka untuk menegakkan kalimah tauhid. Bumi Palestin juga telah dimuliakan oleh Allah dengan kewujudan masjid al-Aqsa. Masjid ini di samping menjadi kiblat pertama umat Islam, juga antara masjid yang dimuliakan Allah dan tanah suci ketiga setelah Makkah dan Madinah.Rasulullah bersabda, “diutamakan (digandakan) solat di Masjidil Haram atas yang lain dengan seratus ribu solat, dan di masjidku dengan seribu solat dan di Masjid Baitul Maqdis dengan lima ratus solat” (hadis riwayat at-Tabrani, martabat hassan).Selain itu, Baitul Maqdis merupakan kiblat umat Islam. Umat Islam bersolat berkiblatkan masjid itu di sepanjang kehidupan Rasulullah di Mekah sebelum berhijrah dan juga selama 16 bulan pertama baginda di Madinah. Selepas itu Allah mengarahkan agar kiblat bertukar ke arah Kaabah di Mekah.Baitul Maqdis juga merupakan tempat berlakunya Israk dan Mikraj.Firman Allah: Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambanya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang kami berkati di sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda kebesaran Kami (al-Isra’: 1)Terdapat juga beberapa ayat lain di dalam al-Quran dan beberapa hadis Rasulullah yang menggambarkan keistimewaan Baitul Maqdis. Allah SWT memuliakan tanah-tanah di sekelilingnya yang menyebabkan para sahabat Rasulullah sangat menyayangi bumi Palestin.Malah ketika Umar al-Khattab menjejakkan kakinya ke kawasan ini buat pertama kalinya, beliau telah mengumumkan bahawa seluruh bumi Palestin itu adalah merupakan waqaf kepada generasi umat Islam akan datang.Realitinya, umat Islam pernah menguasai Baitul Maqdis selama 12 kurun dan memelihara kesucian kota ini, selepas ia dicemari tangan-tangan kufar berkurun lamanya. Kini, Baitul Maqdis kembali ke tangan kufar, maka siapakah yang akan mengembalikannya ke tangan umat Islam?Sesungguhnya Palestin bukanlah milik orang-orang Palestin sahaja, Baitul Maqdis bukanlah tempat suci mereka sahaja dan Masjidil Aqsa bukanlah milik mereka sahaja tetapi milik kaum muslimin dari timur sampai ke barat.Ia juga milik umat Islam generasi kini dan akan datang hingga hari kiamat. Oleh yang demikian, perjuangan untuk membebaskannya daripada tangan-tangan kufar adalah perjuangan kita bersama.

"Bahawa Dewan ini menetap untuk mengkritik penahanan Yang Berhormat Tuan M Manoharan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Kota Alam Shah serta pemimpin-pemimpin Hindraf (Barisan Bertindak Hak-hak Hindu) dan aktivis-aktivis sosial yang lain tanpa perbicaraan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan menyeru Kementerian Dalam Negeri membebaskan tahanan-tahanan ini."

Sehingga hari ini, kerusi untuk Adun Kota Alam Shah masih lagi kosong. Rakyat seluruh Malaysia terkejut pada 13 Disember 2007 apabila kelima-lima orang aktivis Hindraf iaitu P. Uthayakumar, V. Ganabatirau, R. Kenghadharan, T Vasantha Kumar serta ahli YB Kota Alam Shah telah ditahan mengikut Seksyen 8 akta ISA.

Kelima-lima orang ini merupakan para aktivis yang bergiat aktif dalam perjuangan untuk mengangkat martabat masyarakat kaum India yang selama ini ditekan dan ditindas oleh kerajaan BN.

Mengikut Seksyen 8 ISA, lima tahanan ini akan terus dihantar ke kem tahanan Kamunting dan ditahan di sana selama dua tahun bawah arahan menteri keselamatan dalam negeri tanpa melalui siasatan polis.

Inilah kali pertama Seksyen 8 digunakan untuk menahan seseorang.

Sebelum itu, tahanan-tahanan biasanya akan ditangkap bawah Seksyen 73 - seseorang itu akan ditahan bawah pemantauan polis selama 60 hari sebelum ditentukan sama ada seseorang tahanan itu wajar ditahan lanjut di Kamunting.

Saya berpendapat penahanan kelima-lima orang aktivis Hindraf ini bukan sahaja tidak adil, malahan tidak munasabah sama sekali, khususnya penahanan YB Kota Alam Shah, apabila seorang Adun telah dinafikan hak dan kebebasannya untuk menjalankan tugasnya sebagai seorang wakil rakyat.

Saya ingin mengetengahkan beberapa sebab mengapa penahanan ini patut dikritik dan tahanan-tahanan perlu dibebaskan tanpa syarat dengan segera.

Sebab pertama: YB Kota Alam Shah telah menang dengan undi majoriti yang besar.

Pada pilihanraya umum ke-12 yang baru berlangsung, YB Kota Alam Shah telah menang dengan majoriti sebanyak 7,184 undi biarpun beliau masih ditahan di Kamunting bawah ISA dan tidak dapat hadir untuk berkempen.

Kejayaan besar ini bukan sahaja satu kejayaan besar untuk DAP dan beliau sendiri, malahan ia juga merupakan satu tamparan kepada kerajaan pusat bahawa ia tidak boleh terus menahan mereka yang tidak bersalah tanpa perbicaraan melalui ISA.

YB Kota Alam Shah ditahan berikutan penglibatannya dalam Hindraf. Sebenarnya, apa yang dilakukan oleh YB Kota Alam Shah selama ini hanyalah untuk memperjuangkan hak asasi untuk golongan masyarakat India yang tertindas dan terpinggir dan ia tidak mengancam keselamatan negara.

Oleh itu, YB Kota Alam Shah harus dilepaskan serta-merta agar beliau dapat menunaikan sumpahnya sebagai Adun dan menjalankan tugasnya dengan sempurna.

Dalam sejarah Malaysia, terdapat dua orang tahanan ISA yang pernah mengambil bahagian dalam pilihanraya umum dan berjaya memenanginya semasa masih ditahan di bawah ISA.

Kedua-dua orang ini kebetulannya merupakan bekas ahli parlimen DAP iaitu Chiang Heng Kai dan mendiang Chan Kok Kit.

Kedua-dua mereka telah ditahan bawah ISA pada pertengahan 1970-an atas tuduhan menyokong elemen Komunis.

Biarpun begitu, kedua-dua mereka masih bertanding dalam pilihanraya umum pada 1978 dan menang dengan majoriti yang lebih besar.

Dalam konteks ini, saya ingin menyarankan supaya YB Kota Alam Shah dibebaskan daripada penahanan ISA agar beliau dapat kembali berkhidmat untuk rakyat di kawasannya.

Adun Kota Alam Shah tidak boleh ditahan secara berpanjangan di bawah ISA. Penahanannya secara tidak langsung telah menidakkan hak rakyat Kota Alam Shah untuk menyampaikan suara mereka ke dewan yang mulia ini.

Sebab kedua: Alasan penahanan YB Kota Alam Shah dan aktivis Hindraf lain terlalu lemah.

YB Kota Alam Shah dan aktivis Hindraf selama ini telah terlibat dalam pelbagai aktiviti sah untuk memperjuangkan hak masyarakat India yang ditindas dan dipinggirkan selama ini.

Kita harus memahami bahawa apa yang diperjuangkan oleh kelima-lima orang tahanan ini adalah untuk membawa isu peminggiran masyarakat kaum India yang diabaikan selama ini.

Hakikatnya, kita telah lihat sekurang-kurangnya 30,000 orang menyertai tunjuk perasaan yang diadakan pada 25 Oktober lalu.

Tunjuk perasaan ini yang disertai oleh rakan-rakan berketurunan India kita dari seluruh pelusuk negara telah membuktikan bahawa perjuangan mereka ini adalah berasas.

Malahan naib ketua Pemuda Gerakan, S. Paranjothy dalam artikelnya yang bertajuk 'Discrimination from Womb to Tomb menyatakan bahawa 30,000 warganegara berketurunan India yang mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan tersebut kerana mereka telah lama dipinggirkan, ditindas dan tidak dipedulikan.

Rakyat India merupakan golongan yang tertindas di dalam struktur ekonomi Malaysia, seperti yang terbukti dalam beberapa petunjuk termasuk kemasukan universiti.

Mereka dilayan seolah-olah mereka merupakan warga kelas keempat.

Di pusat penahanan Simpang Renggam, yang menempatkan kira-kira 1,600 orang tahanan, lebih seribu daripada mereka terlibat dengan penyalahgunaan dadah, manakala 574 orang disyaki terlibat dalam aktiviti-aktiviti jenayah.

Biarpun hanya lapan peratus daripada jumlah rakyat Malaysia terdiri warga India, tetapi lebih daripada 48% daripada tahanan-tahanan di pusat ini merupakan kaum India, sekali gus menunjukkan bagaimana runcingnya masalah sosial yang dihadapi oleh masyarakat ini.

Sebab ketiga: ISA mencaburi prinsip hak asasi manusia.

ISA merupakan punca segala bentuk undang-undang penindasan di negara ini, malah ia lebih berbisa jikalau dibandingkan dengan undang-undang zalim yang lain seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Penerbitan dan Mesin Cetak (PPPA), Akta Polis dan Akta Hasutan.

Untuk itu, ISA sepatutnya dimansuhkan kerana ia sudah tidak sepadan dengan perlindungan hak asasi manusia.

ISA juga telah disalahgunakan sebagai satu instrumen oleh pemerintah untuk menekan suara pembangkang dan masyarakat madani untuk kepentingan politik mereka.

Dalam kebanyakan kes ISA, akta ini telah digunakan oleh polis untuk menahan mereka yang disyaki mengugat kedudukan pemerintah biarpun pihak pemerintah masih tiada apa-apa bukti kukuh.

Terdapat banyak judul tulisan yang dihasilkan berkaitan dengan ISA. Antara yang terkenal tidak lain tidak bukan buku berjudul Freedom under Executive Power in Malaysia yang ditulis oleh menteri luar sekarang, iaitu Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim yang juga merupakan timbalan menteri dalam negeri dari tahun 1976 hingga 1978.

Beliau dalam buku itu telah menyifatkan bagaimana menteri dalam negeri menandatangani arahan penahanan ISA secara automatik hanya bergantung kepada cadangan polis tanpa menggunakan tanggungjawab mereka sebagai menteri untuk mengesahkan keperluan untuk menahan seseorang itu di bawah ISA.

Beliau telah menulis bahawa:

"That there are clear violations of human rights by invoking the ISA and other draconian legislation is an understatement.

The misery that these executive laws have brought upon individuals have left a clear message: there is a state of confusion in the real, accepted meaning of the phrase 'prejudicial to the security of Malaysia.'

The meaning of this phrase which is thematic in the ISA as well as under Articles 149 and 150 of the Constitution is systematically left to the discretion of the executive
." (p. 293-4)

Ahli YB dari Hulu Kelang pernah menulis siri lapan buku yang bertajuk Suara Dari Kamunting semasa beliau masih ditahan bawah ISA pada tahun 2001. Ahli YB dari Kota Damansara juga merupakan seorang mangsa ISA di bawah Ops Lalang 1987.

ISA juga bertentangan dengan ajaran agama. Misalannya, ia bercanggahan dengan prinsip-prinsip kebenaran dan keadilan seperti yang diterangkan dalam al-Quran, iaitu ayat 58 surah an-Nisa', ayat 15 surah as-Syura dan ayat 90 surah an-Nahl.

Apa yang jelas, penahanan seseorang tanpa perbicaraan merupakan satu bentuk pencabulan hak asasi manusia yang patut dikutuk dan dikritik sekeras-kerasnya, khususnya dalam kes ini di mana seorang wakil rakyat telah dinafikan hak dan kebebasannya untuk menjalankan tugasnya sebagai seorang wakil rakyat.

Lebih-lebih lagi, seperti yang dimaklumkan dalam kenyataan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) pada hari ini, terdapat 16 keluarga mangsa ISA yang telah dikenal pasti tinggal di Selangor.

Dengan itu, saya memohon supaya usul ini dipersetujui.

Petikan:

Lau Weng San, setiausaha DAP Selangor, juga Adun Kampung Tunku. Artikel ini asalnya teks ucapan beliau di DUN Selangor sewaktu membawa usul tergempar mengkritik ISA pada 26 Mei.

PAS akan menjadi parti yang memperjuang kepentingan orang Melayu dan Islam menggantikan Umno jika Pakatan Rakyat membentuk kerajaan Persekutuan selepas 16 September ini.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin Pas akan memainkan peranan itu lebih baik daripada Umno seperti dilakukan di Kelantan sejak lebih 18 tahun lalu.

"Bila Umno tiada, Pas pun Melayu. Serupa juga. Saya ni orang Melayu. Bertahun-tahun saya di Kelantan. Lebih baik lagi. Bila kita jaga Melayu, jaga dunia sampai akhirat," katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Ketika ditanya sama ada Pas akan menegakkan negara Islam selepas Pakatan Rakyat memerintah kerajaan Persekutuan, Nik Aziz berkata kerajaan Pakatan Rakyat boleh menjadikan Kelantan sebagai contoh negara Islam.

"Kalau ragu-ragu dengan negara Islam, tengok Kelantan. Itu contoh negara Islam. Pelaburan banyak. Kita minta Pakatan Rakyat tiru Kelantan. Kalau ada yang tidak betul... beritahu. Kita akan baiki," katanya.

Nik Aziz berkata, Pas juga akan meneruskan muqabalah atau muzakarah dengan Umno kerana pertemuan itu bertujuan untuk ingat-mengingati.

Katanya, pertemuan dengan Umno itu bukan bertujuan untuk membincangkan dasar kerajaan atau hal pentadbiran tetapi untuk memujuk supaya Umno menerima Islam secara menyeluruh.

Terdahulu, dalam ucapannya ketika menggulung perbahasan, beliau berkata, Pas perlu terus berdiri teguh dalam Pakatan Rakyat walaupun mengadakan muzakarah dengan Umno.

Beliau berkata, Pas mendekati Umno menerusi muqabalah kerana menyayangi sesama Islam.

Petikan:
Berita Harian Isnin, 18 Ogos 2008 | 16 Syaaban 1429

Apakah maksudnya menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat Datuk Dr Ng Yen Yen berkata bahawa golongan homoseksual boleh menerima bantuan kerajaan sekiranya syarat dipenuhi.

Kenyatan beliau ini jelas mengelirukan dan mengganggu sensitiviti umat Islam di Malaysia. Sewajarnya beliau lebih peka dan menghormati sensitiviti masyarakat Malaysia secara amnya.

Adakah golongan yang tidak diiktiraf ini telah diiktiraf kedudukanya di Malaysia?

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan cek Program Amal 'Love and Care' bernilai RM15,000 oleh Central Market Sdn Bhd kepada Persatuan Orang Kurang Upaya Shuang Fu, Rumah Anak Yatim dan Saudara Baru Shifa serta Rumah Kebajikan Anbu Illam.

Masalah perlakuan hubungan songsang ini adalah satu penyakit yang perlu diubati dan dicegah penularannya di Malaysia.

Malaysia yang mempunyai prinsip rukun negaranya - antaranya, kepercayaan kepada Tuhan dan kesopanan dan kesusilaan.

Malahan perlakuan ini tidak diikitraf oleh Kristian dan Islam. Tahun 1975, Vatikan mengeluarkan keputusan bertajuk The Vatican Declaration on Sexual Ethics.

Isinya, antara lain, menegaskan: "It (Scripture) does attest to the fact that homosexual acts are intrinsically disordered and can in no case be approved of."

Dalam Pidato Paus Benediktus XVI pada malam Tahun Baru 2006, sekali lagi beliau menegaskan perbuatan homoseksual adalah terkutuk.

Dalam hal ini, perlu kita membetulkan sikap kita kepada perilaku Homoseksual ini. Sikap yang patut kita ambil ialah bukannya menjadikan mereka ini musuh. Tetapi kita perlu menyedarkan bahawa perbuatan mereka itu salah. Inilah sikap yang perlu kita ambil.

Saranan ini telah dinyatakan oleh Amir Syarifudin pengerusi Majlis Ulama Indonesia.

Dalam kita menangani permasalahan ini, usah kita mengubah norma-norma kehidupan masyarakat Malaysia.

Dalam kita memperjuangkan hak kesamarataan, usah sehingga ke tahap menghalalkan perkahwinan sesama jenis ini. Usah sehingga nasib negara kita sama menjadi seperti Amerika Syarikat dan beberapa negara Barat.

Akhirnya institusi kekeluargaan menjadi rosak, seterusnya meruntuhkan sistem masyarakat dan sistem insani itu sendiri.

Di dalam sebuah buku yang bertajuk Indahnya Kawin Sesama Jenis: Demokratisasi dan Perlindungan Hak-hak Kaum Homoseksual ada menyebut tentang bagaimana usaha strategi gerakan golongan ini menyuburkan perbuatan terkutuk ini dalam masyarakat Indonesia dan tidak mustahil gerakan ini menular ke Malaysia.

Buku ini adalah kumpulan artikel di dalam Jurnal Justisia Fakulti Syariah Institut Agama Islam Nasional Semarang edisi 25, Tahun 11, 2004.

Strateginya:

1. Menggembleng tenaga kaum homoseksual untuk bersatu dan berjuang mendapat kembali hak-haknya yang telah dirampas oleh negara.

2. Memberi pemahaman kepada masyarakat bahawa apa yang terjadi pada golongan homoseksual adalah sesuatu yang normal dan menurut fitrah semula jadi; sehingga masyarakat tidak memisahkan darinya, malah sebaliknya masyarakat ikut terlibat mendukung setiap gerakan kaum homoseksual dalam menuntut hak-haknya,

3. Mengkritik dan menulis semula tafsir dalam agama (tafsir kisah Luth dan konsep pernikahan) yang tidak memihak kepada kaum homoseksual,

4. Mencadangkan pindaan Undang-undang Perkahwinan No 1/1974 yang mendefinisikan perkahwinan mestilah di antara lelaki dan wanita." (hal. 15)

Secara peribadinya saya berasa gusar apabila Dr Ng menyebut:

"Kecenderungan seksual seseorang bukan menjadi faktor untuk menerima bantuan daripada kementerian. Kementerian juga melihat mereka sama seperti individu lain.

"Justeru, jika mereka menghadapi sebarang masalah dari aspek kewangan iaitu mempunyai pendapatan kurang RM700 sebulan dan menepati kriteria lain, bantuan akan diberi"

Sekali lagi saya ingin mempersoalkan di sini - adakah golongan ini diiktiraf di Malaysia?

Mengapa mereka seolah-olah layak mendapat bantuan seperti sebuah keluarga miskin? Atas kriteria apa yang digunakan sekiranya ia dibenarkan?

"Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada kaumnya: 'Mengapa kamu mengerjakan perbuatan keji itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun sebelum kamu. Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan syahwat, bukan kepada wanita; malah kamu ini kaum yang melampaui batas'.

"Jawab kaumnya tidak lain hanya mengatakan: 'Usirlah mereka dari kotamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura mensucikan diri".

"Kemudian Kami selamatkan dia dan pengikut-pengikutnya kecuali isterinya; dia termasuk orang-orang yang tertinggal (dibinasakan). Dan Kami turunkan kepada mereka hujan (batu); maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berdosa itu." (Al-A'raf: 80-84).

Homoseksual bukan fitrah tetapi barah dan penyakit. Sesungguhnya manusia tidak mampu membuat penafsiran sendiri terhadap hukum alam.

Manusia tidak dapat lari daripda fitrah rasa bertuhan. Tepuk dada tanyalah hati kecil anda. Adakah anda benar di landasan fitrah.

Dari:
Firdaus Khairi adalah timbalan presiden, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Berdasarkan senario semasa, BN berdepan dengan satu tentangan yang amat luar biasa dan peluang untuk menguasai kerusi tersebut amat sukar berdasarkan faktor-faktor berikut:

Pertama, Umno sama ada di peringkat Permatang Pauh mahupun di peringkat negeri berada dalam keadaan yang amat lemah.

Transformasi politik di peringkat negeri telah melemahkan kedudukan Umno Pulau Pinang dan sehingga kini masih belum pulih dan terus bergolak.

Misalnya Umno Jelutong parah sehingga sumber berita menyatakan ahli-ahli cawangan meninggalkan parti untuk menyertai PKR.

Begitu juga dengan bahagian-bahagian lain yang lemah dan mempunyai hubung kait dengan kelemahan dan perebutan kuasa dalaman yang sedang berlaku di peringkat persekutuan kesan daripada keputusan pilihanraya umum lepas.

Transformasi kerajaan negeri daripada BN kepada Pakatan Rakyat telah menyebabkan punca pendapatan pemimpin-pemimpin Umno di peringkat bahagian tergendala.

Pemimpin-pemimpin peringkat ini tidak lagi mempunyai apa-apa peranan dalam negeri - dan keadaan ini turut menyumbang kepada kelemahan pentadbiran peringkat bahagian.

Berbeza sama sekali dengan Pakatan Rakyat yang semakin kukuh dari segi pengurusan organisasi.

Kedua, faktor calon akan menyumbang kepada prestasi parti dalam pilihanraya kecil namun sehingga kini calon umno belum diumumkan. Malah tawaran diri untuk bertanding oleh Mohamad Ezam Mohd Nor telah ditolak oleh Umno Permatang Pauh.

Manakala mufti Perlis walaupun ditawarkan untuk bertanding telah menolak.

Calon tempatan bersesuaian, namun kemungkinan besar akan berlaku sabotaj di peringkat bahagian sendiri kerana sekiranya calon BN dari Umno menang, beliau akan menjadi pemimpin besar baik di peringkat bahagian mahupun persekutuan.

Pemimpin bahagian yang tidak terpilih pula akan berusaha untuk menghalang kemenangan tersebut.

Calon PKR iaitu Anwar sendiri dilihat sebagai seorang calon gergasi - berbanding keupayaan berpidato calon BN yang amat kurang dalam kalangan pemimpin BN buat ketika ini.

Ketiga, keputusan kerajaan Persekutuan menangguhkan atau membatalkan beberapa projek mega yang dijanjikan kepada rakyat Pulau Pinang telah meningkatkan perasaan tidak berpuas hati di kalangan rakyat negeri.

Walaupun perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi sendiri anak negeri itu, tindakan kerajaan pimpinannya telah ditafsirkan sebagai satu keputusan politik untuk "membalas dendam". Perkara ini dijangka menjadi satu isu dan akan diinterpretasikan dalam bentuk undi.

Kerajaan negeri, walaupun dikuasai oleh Pakatan Rakyat, namun masih terlalu awal untuk menilai keupayaan dan kebolehan pentadbiran.

Pemimpin-pemimpin negeri akan mengadu bahawa kerajaan persekutuan menganaktirikan kerajaan negeri dan gagal memberikan bantuan sewajarnya walaupun rakyat Pulau Pinang turut menyumbang dari segi bayaran cukai.

Keempat, kenaikan harga barang, petroleum dan situasi ekonomi yang tidak menentu juga turut menjadi isu. Walaupun pilihanraya umum telah berlalu, namun setakat ini kerajaan persekutuan masih belum bergerak dengan pantas kerana perebutan kuasa dalam Umno.
Perebutan kuasa dan usaha-usaha berterusan untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing dalam parti telah menghalang penumpuan dalam tugas-tugas kerajaan. Hasilnya, usaha-usaha untuk menangani kemelesetan ekonomi dan isu-isu yang mempunyai kepentingan rakyat terbantut.

Keadaan ini menyebabkan taraf kehidupan rakyat semakin terancam dan terganggu. Ia akan menimbulkan ketidakpuasaan hati yang akan mendorong pemilih untuk tidak mengundi calon BN.

Isu-isu projek mega yang gagal dan isu komisen akan turut berkumandang. Misalannya projek MRR2. Projek tersebut dibina dengan kos RM238 juta, kemudian baik pulihnya menelan lagi kos RM70juta dan kini lebuhraya jejambat itu kembali retak.

Kelima, kes moral yang ditimbulkan semula mempunyai kesan timbal balas kepada parti pemerintah. Majoriti tidak bersetuju dan tidak percaya tuduhan terbaru terhadap Anwar.

Kajian Merdeka Center membuktikan masyarakat tidak menerima tuduhan tersebut dan menganggap laporan polis ke atas Anwar satu konspirasi politik. Dalam situasi yang sedemikian, Umno sebenarnya terperangkap.

Sekiranya tuduhan dikenakan ke atas Anwar sebelum tarikh penamaan calon, maka dunia akan melihat tindakan tersebut sebagai satu usaha kerajaan BN untuk menghalang beliau daripada kembali ke dalam arus perdana politik negara tetapi sekiranya Pejabat Peguam Negara berpendapat, tidak ada fakta untuk didakwa di mahkamah, maka dunia akan turut menyalahkan parti pemerintah kerana cuba membina kes palsu untuk menghalang kebangkitan Anwar.

(Anwar telah dituduh di mahkamah atas tuduhan mengadakan hubungan seks luar tabii sehari selepas Suruhanjaya Pilihan Raya [SPR] mengumumkan tarikh 16-26 Ogos untuk pilihanraya kecil Permatang Pauh - editor)

Keenam, tidak dilupakan juga pengundi Cina dan India. Gabungan dua kumpulan pemilih tersebut 17,826 undi yang merupakan satu jumlah yang agak besar.

Dalam situasi sekarang, tidak keterlaluan sekiranya dinyatakan sebilangan besar daripada dua kumpulan masyarakat tersebut tidak akan mengundi parti pemerintah. Tahap ketidakpuasaan hati mereka lebih tinggi terhadap Umno daripada MCA atau MIC.

Sikap pemimpin Umno yang celupar dan menghina kumpulan pengundi bukan Melayu dengan memanggil sebagai 'penderhaka' kerana mengundi pembangkang akan ditiupkan sebagai satu isu.

Malah keengganan pemimpin MIC untuk menetapkan tarikh peralihan kuasa akan turut menjauhkan masyarakat India daripada MIC dan BN. Kedudukan MIC baik di peringkat negeri mahupun bahagian juga lemah.

Kemasukan masyarakat Cina bersama PKR dan masalah dalaman MCA juga akan turut menyumbang undi pengundi cina kepada PKR. Manakala Gerakan dan PPP berada dalam situasi yang sangat lemah untuk memberikan apa-apa impak untuk memenangi hati pengundi.

Ketujuh, Badan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) tetap merupakan satu kuasa politik masyarakat India yang akan membantutkan usaha untuk memenangi hati pengundi India. Keengganan kerajaan untuk membebaskan kelima-lima pemimpinnya ditafsirkan sebagai keengganan Umno, dan bukan keputusan BN.

Anggapan ini muncul kerana kesemua komponen BN dari Semenanjung telah menggesa kerajaan agar membebaskan kelima-lima pemimpin Hindraf kecuali Umno.

Anwar menjanjikan pembebasan kelima-lima pemimpin tersebut dan sudah tentu ia akan mempengaruhi minda pemilih India. Oleh yang demikian sudah tentu pengundi India akan melihat Umno dari perspektif negatif.

Malah kedudukan dari segi jawatan kerajaan untuk masyarakat India bawah kerajaan Pakatan Rakyat lebih menonjol berbanding kerajaan persekutuan.

Kelapan, walaupun BN masih mempunyai kelebihan kerana menguasai media, sumber kewangan dan jentera kerajaan, namun P44 bukanlah satu laluan mudah untuk dimenangi.

Sekiranya kerajaan persekutuan membuat pelaburan secara besar-besaran seperti yang dilakukannya dalam pilihanraya Ijok atau menumpukan terlalu banyak masa untuk menonjolkan isu moral atau melaksanakan strategi serangan peribadi ke atas Dr Wan Azizah, ia akan mengundang lebih banyak tindak balas negatif daripada pemilih.

Berdasarkan analisis ini, saya berpendapat Anwar akan memenangi kes beliau di "mahkamah rakyat" dengan kuasa majoriti sekurang-kurangnya 20,000 undi.

Bagaimanapun tidak dinafikan kedua-dua pihak mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kedua-dua parti yang bertanding harus bekerja untuk memenangi hati rakyat. Sebarang kesilapan atau tindakan keterlaluan boleh menyebabkan kekalahan.

Pendekatan bersopan wajar menjadi pegangan. Pilihanraya ini sebenarnya satu medan yang terbaik untuk penganalisis politik menjalankan kajian akan peranan kuasa rakyat.

Melalui perkembangan video majlis angkat sumpah oleh Saiful,berlaku beberapa tempat yang membuatkan Saiful tersasul seperti sebutan bersumpah serta tarikh dia diliwat.Kenapa dia menyebut 26/8/2008?Adakah dia teringgatkan tarikh mengundi tapi bukan tarikh dia diliwat?Kenapa tarikh yang disebutnya sama dengan tarikh mengudi?Kenapa sekarang dia hendak angkat sumpah?Kenapa dia mengangkat sumpah bukannya Anwar?Adakah dia mengangkat sumpah sekarang semata-mata ingin menggugatkan reputasi Anwar pada pilihanraya kecil nanti?Dengan ini,semoga pihak yang benar berada dalam kemenangan...Amin

Dari setiap pelosok Asia,tidak kira Utara,Selatan,Timur ataupun Barat,semua negara mengalami perubahan politik yang mendadak.Di Asia Tenggara,semua negara Asean mengalami perubahan politik yang mendadak,tidak kira dari demokrasi ataupun peperangan.Sekarang Negara Malaysia yang telah merdeka selama 51 Tahun,akan melalui perubahan politik.Sekarang rakyat Malaysia dikucar kacirkan dengan fahaman politik masing-masing serta berlaku kekotoran politik.Dari kes Altantuya hingga kes melibatkan mantan Timbalan Perdana Menteri,Dato' Seri Anwar Ibrahim,semuanya meibatkan menteri-menteri ataupun ahli politik.Rakyat Malaysia sekarang tidak mengetahui siapa yang benar,siapa yang salah.Setiap laporan yang dikeluarkan oleh media masing-masing,mempertahankan parit masing-masing tidak kira kerajaan mahupun pembangkang.Sekarang arus peredaran politik akan berubah apabila piliharan raya kecil di Permatang Pauh selesai.Adakah rakyat permatang pauh mahu menerima balik bekas wakil rakyatnya ataupun menukar wakil rakyat baru.Sekarang kita tunggu keputusan pilihanraya kecil di Permatang Pauh...Selamat Mengundi Bagi Semua Parti Politik...Wassalam..

;;
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...