Dear all Friends...

Kita akan mengadakan BBQ di Lata Tembakah Waterfalls

Date: 7hb August 2009

Venue: Lata Tembakah Waterfalls

Check-point: TBC

Time: TBC

Depart: TBC

Attire: casual wear

Fee: RM10.00 per person -Sila membuat bayaran kpd Gigi (Black)

What to bring: Ingat bawa extra T-shirt, pants n tower yea, nanti basah i x tanggung! hik hik hik~~!


Here some photos of Lata Tembakah Waterfalls~~~






For Information : http://www.waterfallsofmalaysia.com/71tembakah.php
tongue.gif



Bayangkan ketika kita berjauhan dari ibubapa kita dan tidak berhubung selama 10tahun??sudah tentu kita akan terbayangkan wajah mereka dan sentiasa merindui untuk bertemu mereka..itulah tanda kasih,dan cintanya kita kepada ibubapa kita..

begitu mendalamnya cinta kita kepada mereka sehinggakan kita mengikut nasihat-nasihat mereka, menjadikan mereka sebagai 'ROLE MODEL', mendoakan mereka sentiasa..
memang begitulah sepatutnya..kerana mereka yang membesarkan kita dan melahirkan kita..
mereka jugalah yang mendidik dan menjaga keperluaan kita,memastikan kita sihat,bahagia dan berjaya..

bagaimana pula dengan buah hati?? ya..sudah tentu kita juga mencintai mereka sehabisnya..sehinggakan..keluarlah pepatah 'U JUMP I JUMP..', ' SEHATI SEJIWA' dan lain-lain lagi..jika tidak berjumpa sehari rasa seolah-olah setahun..sampaikan terbayang-bayang wajahnya di minda..dan hati sentiasa menyebut namanya..

begitu sekali mendalamnya cinta kita kepada 'buah hati' kita..sehinggakan terdapat pelbagai perlakuan yang tak masuk akal untuk dibuat jika putus cinta..
jika ditanya mengapa sampai begitu??
sudah tentulah jawapanya kerana 'hati'.. mereka juga mencintai kita..mereka memahami..terima seadanya dan 1001 jawapan lagi yang boleh diberikan..

Begitu tinggi sekali kepentingan,martabat ibubapa dan kekasih kita ini di hati..
sehinggakan memberi 'efek' di dalam kehidupan..

TETAPI....BAGAIMANA DENGAN RASULULLAH??
SIAPAKAH BAGINDA DIHATI KITA??

BAGINDALAH..nabi,penghulu,bapa,kekasih,idola dan teman kita..
kasih dan sayang baginda tidak ternilai kepada 'umatnya'
bagindalah yang mendidik,melindungi dan membesarkan umatnya agar selamat dunia dan akhirat..dijaganya kita bukan saja di dunia malah juga sehingga akhirat..
begitu mendalamnya cintanya pada kita sehinggakan ketika dihujung nyawa masih disebut-sebutnya lagi 'umatnya'..
ketika di israk mikrajnya juga..baginda menitiskan air mata melihat azab yang ditimpakan kepada umatnya yang melakukan dosa..
begitu juga baginda meminta pada ALLAH agar diberikannya 'syafaat' untuk kita di akhirat kelak..
AMATLAH MENDALAM KASIH DAN SAYANG BAGINDA PADA UMATNYA..beruntunglah kita menjadi umatnya

TETAPI..adakah kita juga mencintainya sebagai mana baginda mencintai kita?? layakkah kita untuk mendapat kecintaanya??
jika sepuluh tahun tidak berjumpa ibubapa,kita akan terbayang2 dan menyebut mereka di hati..begitu juga dengan 'buah hati' kita..hanya sehari dah angau..

bagaimana pula RASULULLAH?? 1400tahun lebih meninggalkan kita..adakah kita merinduinya??sentiasa menyebut dihati??sentiasa mendoakan?? merindui untuk bertemu??
menjadikan baginda sebagai role model?? mendengar dan mengikut nasihat2 dan sunnahnya??
adakah kita melakukan semua itu???
amat sedih..sebahagian dari kita tidak tahu menghargai kasih sayang baginda..malahan ada yang lebih teruk sehinggakan menghina sunnahnya seperti kuno, tak sesuai, tak masuk akal dan lain-lain lagi..sehinggakan mengharamkan apa yang dibawanya??
amat sedih sahabat2ku..
layakkah kita dikatakan UMAT RASULULLAH??
layakkah kita dikatakan MENCINTAI RASULULLAH??

hanya ungkapan bibir tidak menggambarkan apa-apa..
kita sendiri tahu apa dimaksudkan 'cinta'
jadi tak perlulah dipanjang lebarkan keterangan..
samaada kita ini tahu tapi buat2 tak tahu..,amik mudah or memang benci..semuanya jawapan ada didalam diri sendiri..
FIKIRKANLAH SAHABAT-SAHABATKU...

ya ALLAH tanamkanlah didalam diriku ini kecintaan pada 'RasulMU', ringankanlah hati,akal dan jasadku untuk mengingati,merindui dan mengikuti sunnahnya..

Kita mungkin dah tahu yg kene salib tu bukan Nabi Isa a.s dan mungkn juga ade yg masih meragui kerana diluar sana byk kwn2 kita lebih mudah terpengaruh artikel dari barat berbanding Quran dan Sunnah yg ditinggalkan Nabi SAW. Jadi sini ade petikan yg jelas ttg status kematian sbnyr Nabi Isa a.s




157. dan karena ucapan mereka: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al Masih, Isa putra Maryam, Rasul Allah[378]", padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih paham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahwa yang mereka bunuh itu adalah Isa.





158. Tetapi (yang sebenarnya), Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya[379]. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

(surah An Nisaa' 4:157-158)

semoga tiada ragu pada yg meragui atau tercari2 ayat dimana tertulih ttg isa x disalib dan semoga mendapat manfaat. insyaAllah.


[378]. Mereka menyebut Isa putera Maryam itu Rasul Allah ialah sebagai ejekan, karena mereka sendiri tidak mempercayai kerasulan Isa itu.

[379]. Ayat ini adalah sebagai bantahan terhadap anggapan orang-orang Yahudi, bahwa mereka telah membunuh Nabi Isa a.s.

Tidak ada yang lebih utama (mulia) di sisi Allah daripada do'a. (HR. Ahmad)



Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi[1104]? Apakah disamping Allah ada tuhan (yang lain)? Amat sedikitlah kamu mengingati(Nya).
(surah An Naml 27:62 )

[1104]. Yang dimaksud dengan menjadikan manusia sebagai khalifah ialah menjadikan manusia berkuasa di bumi.

-------
1: Dalam berdoa kita hendaklah ikhlas dan tabah dalam berdoa, dan jangan la kita berdoa dengan lafaz.... "jika Engkau sudi / kalu boleh.. " kalu boleh jangan la sebut sgt ayat tu.. err betul ker? salah kut.. jangan skali sebut. ingat!, jangan sesekali sebut ini adalah pesan Rasulullah. seperti mana pernah tertulis didalam hadis ;

Hadis riwayat Anas ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Apabila seorang di antara kamu berdoa maka hendaklah dia berteguh hati dalam berdoa serta jangan pula dia berdoa dengan mengucapkan: Ya Allah! Jika Engkau sudi maka berilah aku. Sesungguhnya Allah tidak ada yang memaksanya.
(Shahih Muslim No.4837)


Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Apabila seorang di antara kamu berdoa, maka janganlah dia berkata: Ya Allah! Ampunilah aku jika Engkau sudi. Tetapi bersungguh-sungguhlah dia dalam memohon dan mohonlah perkara-perkara yang besar dan mulia (surga atau pengampunan), karena Allah tidak ada sesuatu pun yang besar bagi-Nya dari apa yang telah dianugrahkan.
(Shahih Muslim No.4838)


-------
2.
Doa kita insyaAllah akan dikabulkan dengan cepat selagi kita tak berkata.. " aku dah doa dah.. / aku dah solat dah tapi... mcm tak berjaya/makbul je doa" ini pun mungkn salah satu ayat selalu keluar dari mulut kita tampa sedar, mulai lepas ni kita cb elakkan dari "ter" atau sengaja keluarkan ayat camtu. seperti mana yang tercatit dalam hadis :

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Akan dikabulkan doa seseorang di antara kamu sekalian selama dia tidak terburu-buru berkata: Aku sudah berdoa, tetapi aku tidak atau belum dikabulkan.
(Shahih Muslim No.4916)

----------------------------------------------------------------------------
Rasulullah pernah berpesan, jika hendak berdoa itu baiklah kita mendoakan sekali orang lain. itu la tanda-tanda orang mukmin. sepertimana tercatit dalam hadis :

Ali Ra berkata, "Rasulullah Saw lewat ketika aku sedang mengucapkan do'a : "Ya Allah, rahmatilah aku". Lalu beliau menepuk pundakku seraya berkata, "Berdoalah juga untuk umum (kaum muslimin) dan jangan khusus untuk pribadi. Sesungguhnya perbedaan antara doa untuk umum dan khusus adalah seperti bedanya langit dan bumi."
(HR. Ad-Dailami)



Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.
(surah Yunus 10:12)

Kadang-kadang...bila cuaca tidak mengizinkan untuk kita melakukan sesuatu aktiviti..sering dapat dilihat..sesetengah dari kita akan memaki keadaan tersebut seolah-olah penghalang kepada aktiviti kita..


tahukah kita....Hujan merupakan anugerah dari ilahi…kita sebagai manusia haruslah bersyukur akan
pemberian rahmat dariNya.

Tahukah kita bagaimana dikatakan hujan ini membawa rezeki dan rahmat??

Disini ingin aku kongsikan beberapa contoh-contoh tersebut..

Mat despatch
Biasanya kalau kat opis kita memang selalu susah nak tengok kelibat diorang,tapi cuba tangok musim ujan…dorang siap boleh duk melepak dengan senang ati lagi, yelah..waktu hujan macam mane nak hantar surat..basah ler surat nanti..

Tauke Makanan Segera
Bagi golongan yang duduk kat Bandar dan pulak tu yang jenis malas nak masak, maksudnya yang ari-ari suke makan kat kedai. Kalau musim ujan dah tentu malas nak kuar umah,jadi telepon je la nombor yang biasa keluar kat dalam iklan tv tu…kan..kan..

Pemandu teksi
Bagi pemandu-pemandu teksi masa ni ler dorang leh pesta.Ye la..ramai penumpang bas yang tak sanggup basah dek ujan sebab nak tunggu bas, dorang akan gunakan perkhidmatan teksi.

Budak sekolah
Bukan setakat buleh main air hujan je, malah buleh mandi.esoknye demam dan alasan tersebut adalah relevan untuk dorang tak pergi sekolah.

Pekerja-pekarja buruh binaan
Biasanya mana-mana buruh binaan pun tak akan bekerja pada waktu ujan, tapi gaji tetap jalan juga.
Lagi seronok time tu kene pulak angkat batu-bata yang berat-berat, huhuhu..epi go lucky ar dorang ari tu.

Tauke Bot
Tauke bot lagi lebat ujan tu,lagi ar dorang suke,kalau bleh biar banjir sebab pendapatan dorang bertambah bila orang sibuk nak sewa dan beli bot untuk harung banjir..

Korang??
Huhuhu…time hujan ler sedap tidoOo…kan??


Di dalam al-quran sendiri pun terdapat banyak contoh-contoh yang ALLAH berikan..umpamanya:

“Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); hingga apabila angin itu telah membawa awan mendung, Kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu, maka Kami keluarkan dengan sebab hujan itu pelbagai macam buah-buahan. Seperti itulah Kami membangkitkan orang-orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran” (Al -A'raaf : 57)

“Allah telah menurunkan air (hujan) dari langit, maka mengalirlah air di lembah-lembah menurut ukurannya, maka arus itu membawa buih yang mengambang. Dan dari apa (logam) yang mereka lebur dalam api untuk membuat perhiasan atau alat-alat, ada (pula) buihnya seperti buih arus itu. Demikianlah Allah membuat perumpamaan (bagi) yang benar dan yang bathil. Adapun buih itu, akan hilang sebagai sesuatu yang tak ada harganya; adapun yang memberi manfaat kepada manusia, maka ia tetap di bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan-perumpamaan” (Ar- Ra'd: 17)

Ingatlah wahai sahabat-sahabatku..setiap kejadian tuhan itu ada hikmahnya..jangan lah kita memaki-hamun kejadianNYa..pasti terdapat hikmah yang baik untuk kita disebaliknya..yakinlah bahawa TUHANMU ITU MAHA ADIL dalam membuat keputusan… n_n

“ Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak (menciptakan) langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu”( Al Baqarah:29)

Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung.
(surah Ali-'Imran 3:200)

"sabar" adalah sebahagian dari iman?


Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi
(surah Al 'Ankabuut 29:2)

Apabila hendak mencapai tahap "iman" mestila kita akan lalui ujian dulu baru la layak kita mencapai tahap itu. Sama juga kita hendak dptkan diploma/ijazah mesti memerlukan ujian baru kita layak terima gelaran/status itu tp bezanya adalah peringkat ini dinilai oleh manusia sendiri dan bila di sebut "Iman" itu hanya Allah Azza wa Jalla sahaja yang berhak dan tiada yang lain selainNya yang lebih berhak menentukan nilai Iman itu.

Sabar itu ada tiga :

  1. Sabar kepada Allah Ta'ala
    Dengan bersabar melaksanakan perintahNya dan menjauhi laranganNya
  2. Sabar bersama Allah Ta'ala
    Dengan cara bersabar menerima ketetapnNya dan menerima dengan redha segala kesulitan dan dugaan yang ditetapkan kepada kita
  3. Sabar ke atas Allah Ta'ala
    Dengan bersabar atas rezeki,kelapangan dan kemenangan yang telah dijanjikan Allah serta pahala yang dijanjikan di Akhirat Kelak

Assalamu’alaikum warohmatullahi wabarokatuh

HURU HARA DI BUMI .......


Cuba kira...
1Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat,jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat.Sama dengan hadis nabi pasai huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan
dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasai satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika dok bagitau pada 21-12-2012 planet X akan lintas mai kat bumi ni)Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu.......ALLAH sahaja maha mengetahui.. ......... .. cuba kita tengok hadis nabi kat bawah ni dan kenyataan pasal calender islam 2012 dan klik kat home page bawah ni untuk maklumat lanjut...

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".



UPCOMING IMPORTANT ISLAMIC DATES

2010 Calendar

Islamic New Year: December 18, 2009 (1431 A.H.*)
Aashura: December 27, 2009
Ramadan: August 11 - September 8, 2010
Eid ul-Fitr: September 9, 2010
Hajj: November 14 - November 17, 2010
Eid ul-Adha: November 16, 2010

2011 Calendar

Islamic New Year: December 7, 2010 (1432 A.H.*)
Aashura: December 16, 2010
Ramadan: August 1 - August 29, 2011
Eid ul-Fitr: August 30, 2011
Hajj: November 4 - November 7, 2011
Eid ul-Adha: November 6, 2011

2012 Calendar

Islamic New Year: November 26, 2011 (1433 A.H.*)
Aashura: December 5, 2011

Ramadan: July 20 - August 18, 2012

Eid ul-Fitr: August 19, 2012
Hajj: October 24 - October 27, 2012
Eid ul-Adha: October 26, 2012

;;
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...