Kita dilahirkan di dunia ini tidak lekang dengan permasalahan yang dialami oleh setiap orang di dunia ini.Tidak kira masalah kerja,masalah rumah tangga,masalah anak-anak ataupun macam2 lagi la masalah yang boleh ditafsirkan sebagai masalah.Tiada seorang pun yang boleh lari dari masalah walaupun masalah itu sekecil kuman sekalipun.Cuma sekarang kita perlulah berfikiran secara terbuka dan penuh dengan keimanan dengan menyelesaikan masalah itu secara berhemah.Walaupun masalah itu sebesar gunung sekalipun,selesaikan segala permasalahan kita dengan lebih bersedia untuk menghadapi permasalahan itu..

Kita Sebenarnya.....

......lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram !
......lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal !
......lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat !
......lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan !
......lebih suka lepak, tidur, tengok TV...dll daripada Solat dan mengaji !

......lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah !
......lebih suka menyebut hello! dan hi! daripada Assalamualaikum !
......lebih suka menyanyi dangdut, rap, hip-hop...dll daripada berwirid atau bertahmid !
......lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri !

......lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama !
......lebih suka ke konsert, karaoke daripada ke ceramah agama !
......lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka !
......lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah !
......lebih suka kemungkaran daripada membuat kebaikan !
......lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita !
.......lebih cintakan dunia daripada urusan akhirat !

TETAPI bila ditanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab bahawa...

KITA SEBENARNYA.. ....lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka !

Layakkah kita dengan Syurga Milik Allah???



WALLAHHUALLAM

;;
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...