Rakan Muslim sekalian,

Mungkin sekarang tengah heboh tentang Influenza A H1N1 yang sedang melanda
dunia.

Di Malaysia sahaja, jumlah kematian lebih dari 60 org, hampir 2000
dijangkiti. Di seluruh dunia pula lebih kurang 180 ribu dijangkiti dengan
jumlah kematian lebih dari 1500 org. Jadi perbagai persoalan yang timbul
akibat jangkitan ini.

Saya telah berbicara dengan beberapa Ustaz dan Doktor Muslim berkaitan
Jangkitan ini. Ada beberapa perkara menarik yang saya ingin sentuhkan di
sini melalui perbualan yang telah terjadi.

1.H1N1 adalah penyakit CIPTAAN GENETIK (SENJATA BIOLOGI)

Bila salah seorang sahabat saya seorang doktor berkata demikian, saya
sendiri terpegun dan tertanya-tanya....betul ker? Dan dia memberi satu
alasan yang tidak dapat saya tolak kemungkinannya.

1.. Mula2 dikatakan jangkitan ini dari ladang babi di Mexico, dan dinamakan
SWINE FLU ( SELSEMA BABI), kemudian perkataan itu ditarik balik dan
dinamakan Influenza A H1N1. Kini, pihak WHO mengadakan ianya bukan dari
babi, tetapi dari satu jangkitan yang tidak diketahui dari mana datangnya.
kemungkinan besar adalah mutate dari semua jenis penyakit yang dibawa oleh
babi. Tiada kepastian yang dapat diberi dari mana datangnya penyakit ini.
Soalannya dari mana ia datang?

2.. Jangkitan ini mempunyai masa pemusnah yang hampir tepat...maksud saya
ialah, jangkitan pertama dalam 3 hari, jika tiada rawatan dalam 7 hari
mangsa akan mati!!! Satu lagi perkara yang memeningkan kepala ialah
ketepatan masa yang diberi untuk MATI!!! Sedangkan kita sendiri tahu,
penyakit yang lebih berbahaya seperti AIDS, EBOLA, SARS dan lain2, pesakit
juga akan mati....tetapi bukan dalam masa yang terancang seperti ini.

3.. Bagaimana sesuatu penyakit yang baru terjadi, pihak terlibat boleh
mencipta vaksin dalam masa yang sekejap? Sekarang sebanyak 1800 sukarelawan
sedang mencuba sejenis vaksin yang dicipta TAK SAMPAI satu bulan virus ini
tersebar. Harga jualan vaksin ini pula.......kita pun tidak tahu, tapi
kenapa WHO menyatakan bahawa sebanyak US60b diperlukan, kemana duit itu
pergi?

4.. rakan saya juga berkata, ada pihak yang mengaut keuntungan dari penyakit
ini sebab ubatnya memang telah ada, tetapi dibiarkan terlebih dahulu supaya
lebih ramai pengidapnya dn lebih banyak wang yang masuk. UBATNYA TELAH ADA,
jika betul mereka ini cekap, kenapa masih tiada vaksin untuk AIDS, Vaksin
untuk SARS? Kita terus memandang tinggi manusia yang mencipta vaksin ini

5.. Yang penting dari perbualan kami tadi ialah......apa kata jika virus ini
digunakan dalam peperangan oleh orang KAFIR menentang ISLAM?... yang
pastinya mereka tidak perlu mengangkat senjata, Cuma sebarkan sahaja
penyakit ini......tunggu.....dan dalam masa tak sampai sebulan mencapai
kemenangan!!! Dan kemudian pihak KAFIR mengatakan "PIHAK KAMI MENANG TANPA
MENGANGKAT SENJATA, DAN DALAM MASA YANG SAMA KAMI SEDIA MEMBANTU MUSUH KAMI
YANG DIJANGKITI!."..... so... apa yang ada dapt dari ayat ini?, macam biasa
dengar di IRAQ & AFGHANISTAN kan?

2. H1N1 adalah sejenis ASAP NERAKA yang diturunkan kepada MANUSIA

Perkara ini juga tidak dapat saya nafikan atau tolak kemungkinannya.Pendapat
ini diberi oleh seorang ustaz ketika perbualan tadi. Banyak dalil yang
disertakan, Cuma yang ingin saya sentuh ialah......dalam Al-Quran sendiri
ada menyatakan yang ALLAH S.W.T telah menjatuhkan pelbagai penyakit kepada
kaum2 terdahulu kerana menolak dakwah Nabi & Rasul NYA. Kemungkinan salah
satu penyakit itu adalah H1N1. Kita pula?........

Persoalan kedua yang di timbulkan oleh Ustaz ini pula menarik perhatian
saya....... Kalau API, lawannya AIR, Kalau HIDUP Lawannya MATI, kalau SIHAT
lawannya SAKIT.......tapi kalau ASAP......apa lawannya? Mari kita fikir
bersama dan mungkin kita boleh refer pada yang arif tentang perkara ini.
Lawan asap mesti ada, sebab telah dinyatakan yang ianya adalah ASAP NERAKA
untuk manusia....walluhualam...

3. PENCEGAHAN UNTUK H1N1 (BUKAN RAWATAN)

Ini sebenarnya yang saya ingin maklumkan kepada semua. Harap disebarkan
kepada semua rakan Muslim kita.

Kebanyak kes kematian di MALAYSIA boleh dikatakan (walaupun tiada pihak
mengesahkan) ialah 80% orang MELAYU beragama ISLAM. Sedangkan penyakitnya
jika betul adalah dari BABI, adakah Melayu Islam ada kaitan terus dengan
BABI? Kenapa? Sebenarnya ubat pencegah penyakit ini telah diamalkan oleh
bangsa lain dari tanpa memberitahu kepada kita. Kalau ada sesiapa mendengar
RADIO IKIM pada Isnin 16hb Ogos pasti tahu jawapannya. Ceramah H1N1
disampaikan oleh seorang Ustaz di radio tersebut.

PENCEGAHAN H1N1 ADALAH................. Bawang Putih!!!!!

Terkejut???.... itulah pencegahan untuk H1N1 (bukan rawatan ye). Saya juga
terkejut bila mengetahuinya. Dan yang lebih menarik ianya diakui oleh rakan
Doktor ketika saya berbual tadi.

1.. Bawang putih boleh meningkatkan kadar antibodi dalam badan.
2.. Bawang putih digunakan dalam ubat-ubatan pencegah selsema, anti-astimin
(kira semua ubat berkaitan dengan paru)-jangkitan H1N1 kat paru-parukan?
3.. Bawang putih adalah anti penularan penyakit..... tak caya.... kalau kena
bisul, cuba potong bawang putih dan sapu getahnya kat bisul tadi, adakah dia
akan menular? Jawapannya TIDAK!!!! Bisul akan kecut dan mati sendiri.
4.. Kalau selsema, tumbuk bawang putih dan masukkan dalam air panas,
kemudian hirup wapnya, selsema akan pulih....tak caya....cubala 5.. Kalau
bengkak2, ambil bawang putih hancurkan dalam minyak dan sapu kat tempat
bengkak tadi..... mujarabkan?

Sebenarnya banyak lagi kebaikkan bawang putih. Ia selalu dirahsiakan dari
kita.

Saya ambil contoh disini....... kalau anda pernah nampak bangsa asing
memasak (masak BABI contohnya), kenapa begitu banyak bawang putih
dimasukkan. Kalau rancangan masakkan luar negara, kenapa bawang putih adalah
salah satu yang utama dan begitu banyak digunakan?

Jadi kat sini saya ingin berkongsi beberapa perkara tentang cara rawatannya

1.. Bakar satu labu bawang putih, bila dah lembik keluarkan isinya,
hancurkan dan masukkan dalam sup atau bahan berkuah 2.. perbanyakan
penggunaan bawang putih dalam masakan 3.. Ambil tablet atau kapsul bawang
putih yang dijual di farmasi di seluruh negara.....mesti ada sebab kenapa
ianya dijualkan.
4.. dan kalau boleh amalkan selalu penggunaanya......

Saya ingin sama2 berkongsi apa yang saya tahu, jika ada salah silap pohon
ampun dan maaf, Jika fakta yang diberi tidak betul, jangan la saman saya.
Tak salah kita mencubanya. Insya-Allah


Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan wujud.Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini. Rasulallah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda. Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian.

Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya. Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT. Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan
Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT. Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :


Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar
dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri
dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang
akan dicabutnya.

Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

PENUTUP

Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan
kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

WALLAHUA`LAM


Pernahkah saudara semua terserempak dengan anak-anak muda kita yang memakai baju yang bertulis cop besar JOHN 3:16.

Bila ditanya mereka tidak tahu apa maknanya. Mungkin nama kumpulan Rock, atau selebriti sukan atau hiburan kerana ianya dicop dengan cantik dan tiada logo agama lain atau menghina Islam.

John 3:16 adalah ayat daripada Bible yang sering digunakan di negara barat terutama di Amerika Syarikat yang bermaksud "Tuhan menyintai dunia ini dan dia mengirimkan anak lelakinya (Isa), supaya semua orang yang percaya kepadanya tidak akan menemui kebinasaan dan akan menghayati hidup yang kekal abadi".

Tidakkah saudara semua merasa sedih atas apa yang berlaku, apakah sumbangan saudara dalam menyedarkan generasi Islam di Malaysia, sedangkan kita sendiri tidak berilmu untuk mengetahui mana yang benar mana yang salah ? Ayat John 3:16 ini boleh membawa kepada syirik yang besar (harap mereka yang arif dan bergelar ustaz membetulkan pendapat saya mengenai hukumya)

JOHN 3:16" For God so loved the world that he gave his only Son, so that everyone who believes in him will not perish but have eternal life.
Harap ambil lah iktibar..

Directory: Do You Know?
Author: unknown
Posted By: karma_dewata (dOlLaH, SaNNy)
Posted On: Wed, 20 May 2009 02:46:28 PM

Description:
Untuk diri saya, saya telah menghitung 7 alasan untuk menyimpulkan kepercayaan saya ini.

Pertama, dengan menggunakan hukum matematik kebarangkalian, kita boleh membuktikan bahawa alam ini telah direkabentuk dan dicipta dengan kejuruteraan yang maha bijaksana. Jika anda ambil 10 keping wang syiling dan tandakan dari 1 hingga 10, kemudian masukkan ke dalam poket anda dan gaulkan syiling2 tersebut. Sekarang anda cuba anda mengambilnya secara teratur dari no. 1 hingga 10 dan masukkan kembali syiling2 tersebut dan gaulkan mereka kembali, Secara matematik, kita tahu bahawa kebarangkalian anda untuk mendapatkan syiling bernombor 1 adalah 1 dalam 10, peluang untuk mendapatkan no. 1 dan no. 2 secara berturutan adalah 1 dalam 100 dan peluang untuk mendapatkan 1, 2 dan 3 secara berturutan secara berterusan adalah 1 dalam 1000 dan begitulah seterusnya. Peluang anda untuk mendapatkan no. 1,2,3,4,5,6,7,8,9 dan 10 secara berterusan adalah 1dalam 10 juta kali.

Mengikut kaedah yang sama, terlalu banyak keadaan yang ideal dan optima yang diperlukan di dalam kehidupan di atas bumi ini dan ianya pasti tidak akan wujud jika ianya terjadi dengan sendirinya, Bumi berpusing pada paksinya pada kelajuan 1,000 batu sejam. Jika ianya berpusing pada kelajuan 100 batu sejam, hari2 dan malam2 bumi akan menjadi 10 kali lebih lama dari sekarang,dan kepanasan matahari akan membakar seluruh tumbuhan pada waktu siang dan pada waktu malam pula, kehidupan yang ada ini akan membeku.

Matahari, sumber kehidupan ini, mempunyai suhu permukaan sebanyak 12,000 darjah Fahrenheit dan dunia ini mempunyai jarak yang optima jika dibandingkan dengan matahari supaya pancaran matahari sekadar cukup untuk memanaskan dan tidak terlalu berlebihan. Jika matahari memancar cahaya dengan kadar sebanyak 50% kurang dari yang ada sekarang, kita akan kebekuan dan jika ianya memancarkan 50% lebih pancaran, kita akan terbakar.

Kecondongan bumi sebanyak 23 darjah memberikan bumi 4 musim, jika bumi tidak condong sebanyak itu, wap dari lautan akan bergerak menuju utara dan selatan dan akan menyebabkan benua2 akan menjadi benua air batu. Jika bulan yang kita ada sekarang cuma berjarak sejauh 50,000 batu dari bumi dari jarak sebenarnya sekarang, air pasang surut dari lautan akan menjadi terlalu besar di mana dalam 2 kali sehari, seluruh benua di bumi akan ditenggelami air dan gunung ganang pun akan terhakis sama sekali. Jika lapisan teras bumi menjadi 10 kaki lebih tebal dari yang ada sekarang, ianya akan menyebabkan tiada lagi oksigen yang akan wujud di mana semua kehidupan akan mati. Jika lautan menjadi beberapa kaki lebih dalam dari yang ada sekarang, karbon dioksida dan oksigen akan terlarut semuanya di dalam lautan dan akan menyebabkan tiada tumbuhan lagi akan wujud. Atau jika atmosfera kita menjadi semakin tipis, sebahagian dari meteor akan terbakar di angkasa dan di bumi sebanyak berjuta2 kali dalam sehari dan akan mengenai bumi dan menyebabkan kebakaran di mana-mana jua. Disebabkan alasan-alasan di atas, tidak ada kemungkinan satu dalam berjuta-juta pun bahawa kehidupan di atas planet bumi ini terjadi secara kebetulan.

Kedua: Keadaan kehidupan itu sendiri untuk menyempurnakan tujuan kehidupan itu sendiri adalah menesfitasi akan kewujudan yang maha bijaksana. Kehidupan itu sendiri, tiada manusia yang benar2 mengerti tentang pengertiannya. Ianya tidak mempunyai berat atau dimensi, tetapi ianya mempunyai kekuatan dan daya: akar yang hidup akan memecahkan batu.

Kehidupan telah menguasai air, daratan dan udara, telah menguasai elemen dan telah membentuk dan melarutkan elemen dan membuat perubahan kepada kombinasi mereka. Kehidupan, pencipta yang telah membentuk semua kehidupan yang ada,artis yang merekabentuk setiap daunan untuk setiap pohonan dan mewarnakan setiap bunga yang ada. Kehidupan adalah ibarat pemuzik dan membuat setiap burung mempunyai lagu2 cinta mereka sendiri, serangga akan memanggil sesama mereka dalam nada beraneka mereka sendiri.

Kehidupan adalah ahli kimia yang agung, memberi rasa kepada setiap buah-buahan dan rempah ratus, dan memberi bauan kepada mawar dan bunga-bungaan lainnya, merubah air dan asid karbonik menjadi gula dan kayu dan dengan membuat demikian,menghasilk an oksigen agar setiap haiwan dapat hidup benafas. Awas, setiap tumpahan protoplasma yang hampir tidak kelihatan, lutsinar dan berbentuk seperti agar2 mampu bergerak dan mandapatkan tenaga dari cahaya matahari. Kehidupan satu sel ini menyimpan mikro-organisma kehidupan itu sendiri dan mempunyai tenaga untuk mengagih-agihkan kehidupan kepada setiap benda bernyawa amat berkuasa tetapi telalu kecil. Kuasa pada setiap tumpahannya adalah lebih besar dari tumbuhan, haiwan dan manusia itu sendiri, kerana setiap kehidupan adalah bermula darinya. Alam semula jadi tidak dapat mencipta kehidupan: batu-batuan yang panas dan kemasinan laut tidak dapat memenuhikeperluan kehidupan.

Tetapi,siapakah yang telah mengwujudkan kehidupan itu sendiri?

Ketiga: Kebijaksanaan haiwan itu sendiri telah menyuarakan akan keagungan maha pencipta yang mamasukkan naluri kedalam haiwan. Ikan Salmon menghabiskan beberapa tahun usianya di dalam lautan, akhirnya akan kembali kepada asal usul sungainya: akan berenang untuk kembali kepada sungai dan habitat di mana ia telah dilahirkan. Apakah yang menyebabkan mereka kembali ke tempat asal mereka dengan begitu tepat sekali?

Jika anda mengubah ikan tersebut kepada habitat lain, ikan ini akan mengetahui bahawa dia telah tersalah haluan dan akan berusaha sekali lagi untuk berenang menentang harus untuk menghabiskan destinasinya dengan lebih tepat lagi. Adalah lebih sukar lagi untuk menyelesaikan misteri kehidupan belut. akhluk ajaib ini berhijrah apabila mencapai umur matang dari setiap kolam dan sungai di mana-mana merata dunia - dari Eropah akan menyeberangi beribu-ribu batu lautan - semuanya akan berkumpul pada lubuk yang dalam berdekatan laut Bermuda. Di sana mereka akan mengawan dan mati. Anak2 belut tanpa pengetahuan yang kita tahu kecuali hidup liar dalam lautan, walau bagaimanapun akan mengetahui jalan pulang mereka bukan sahaja persisiran pantai di mana ibu bapa mereka berasal ahkan sampai kepada setiap sungai atau kolam kecil di mana mereka berasal - menyebabkan setiap bahagian air akan sentiasa didiami oleh belut. Tiada belut Amerika yang ditangkap di Eropah dan begitu juga sebaliknya. Alam semulajadi juga telah melengahkan kematangan belut Eropah selama setahun atau lebih untuk enghabiskan jarak perjalanannya yang lebih panjang.

Dari manakah asalnya deria pengemudian mereka ini?

Keempat: manusia mempunyai lebih lagi dari naluri kehaiwanan - keupayaan untuk berlogika. Tiada haiwan yang berkebolehan untuk mengira dari 1 hingga 10 atau untuk memahami pengertian nombor-nombor itu. Di mana naluri ini adalah seumpama nota tunggal kepada seruling, indah tetapi terhad, otak manusia mempunyai kesemua nota-nota untuk semua peralatan dalam sebuah orkestra. Tidak perlu untuk menerangkan lebih lanjut tentang alasan yang keempat ini, terima kasih kepada manusia, logika ini menyebabkan manusia seperti manusia yang ada sekarang yang menerima secebis atau sedikit cetusan dari kebijaksanaan universal yang maha bijaksana.

Kelima: Kewujudan semua benda bernyawa adalah hasil dari fenomena yang diketahui pada masa ini dan tidak pada masa Darwin - keajaiban gen. Terlalu penting bagi gen yang bertanggungjawab terhadap semua manusia hidup di dalam dunia ini jika dikumpulkan di dalam suatu tempat,ruangan yang akan diambil oleh mereka tidak akan lebih dari ruangan yang diambil oleh satu jari manusia. Namun begitu, mikroskopik gen ini dan yang sebangsa dengannya kromosom, tinggal di dalam setiap sel hidup dan merupakan kunci kepada semua ciri-ciri manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Satu ruangan jari manusia adalah ruangan yang kecil untuk memenuhi kesemua ciri-ciri manusia seramai dua billion orang. Walau bagaimanapun, fakta ini tidak boleh dipersoalkan lagi. Lantas bagaimanakah gen ini mengunci ciri-ciri warisan manusia dari berbagai peringkat generasi manusia dan mengekalkan psikologi setiap individu di dalam suatu ruangan yang agak kecil?. Di sini evolusi benar-benar bermula dari satu sel yang entitinya mewarisi dan membawa gen-gen. Bagaimana beberapa juta atom, terkunci sebagai mkiroskopik lampau, boleh menguasai dunia dan ianya merupakan contoh ciri-ciri yang berasal dari Kebijaksanaan Maha Agung - hipotesis dari mana lagikah yang mampu membuat ciptaan yang sedemikian rupa?

Keenam: Melalui ciri-ciri ekonomikal, kita terpaksa mengakui bahawa hanya dengan kebijaksanaan yang tidak terbatas telah melihat dan menyediakan satu sistem pengurusan sumber yang maha bijaksana. Beberapa tahun lampau satu spesis kaktus telah ditanam di Australia sebagai pagar-pagar penghalang.

Oleh kerana tidak mempunyai serangga pemusuh di Australia, pokok-pokok kaktus ini kemudiannya membiak dengan kadar yang amat tinggi sehinggakan tumbuhan ini telah memenuhi kawasan sepanjang dan sebesar England, menghalau inhabitan ke Bandar-bandar dan perkampungan, dan memusnahkan ladang-ladang. Sebagai usaha perlindungan, pakar tumbuhan dan serangga telah menjumpai sejenis serangga yang hanya semata-mata memakan pokok kaktus ini.Ianya membiak secara bebas dan tidak mempunya musuh di Australia. Serangga ini kemudiannya menguasai tumbuhan ini dan bahaya kemaraan pohonan kaktus telah berjaya dikawal hanya dengan menggunakan serangga mampu untuk mengawal pohonan kaktus untuk selamanya. Ciri-ciri kawal dan periksa (check and balance) telah lama wujud pada alam maya ini.

Mengapakah tidak ada serangga yang pantas memakan menguasai dunia ini? Ini adalah kerana meraka tidak memempunyai paru-paru seperti yang ada pada manusia, mereka bernafas melalui tiub-tiub pernafasan. Bila serangga bertambah besar, tiub-tiub pernafasan mereka tidak membesar dengan nisbah pembesaran tumbuh mereka. Oleh kerana itu, tidak pernah ada serangga yang mempunyai tubuh yang besar dimana had-had pembesaran ini telah mengekang mereka semuanya di dalam kawalan. Jika ciri-ciri pengawalan ini tidak tersedia, manusia tidak akan wujud, bayangkan kita bertemu dengan serangga yang sebesar singa!

Ketujuh: Kenyataan manusia menerima konsep kepercayaan kepada tuhan itu sendiri adalah bukti yang paling unik. Konsep ketuhanan terhasil dari tahap-tahap manusia itu sendiri, tahap yang dipanggil sebagai pemikiran.

Dengan kekuatan daya ini, manusia dan hanya manusia mampu untuk mencari bukti perkara-perkara yang ghaib. Kekuatan ini telah mengungkap segala rahsia: sesungguhnya manusia adalah sesempurna penciptaannya maka pemikiran telah menjadi kenyataan kerohaniaan. Pemikiran mampu mengesan bukti-bukti penciptaan dan tujuan penciptaan yang hakiki dan tuhan adalah segala-galanya dan tuhan tidak pernah lebih dekat melainkan dengan jiwa manusia itu sendiri. Perkara ini adalah benar dari segi saintifiknya dan juga dari segi pemikiran yang mengungkap keagungan tuhan dan ciptaannya.

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Hrkh) - Blogger yang baru-baru ini ditangkap di bawah Akta Hasutan, Sheih, sekali lagi membuat dakwaan menggemparkan apabila meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menafikan bahawa beliau pernah menerima RM200 juta dari isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, sebahagian dari komisyen urus niaga kapal selam berjumlah RM500 juta yang didakwa diterima oleh Abdul Razak Baginda.
















"Adalah satu langkah baik jika Abdullah menafikan beliau pernah menerima RM200 juta dari komisyen urus niaga kapal selam berjumlah setengah juta ringgit yang kita dakwa diterima oleh Razak Baginda.

"Sumber saya menyatakan Rosmah membayar Abdullah RM200 juta dari komisyen urus niaga kapal selam. Beliau (sumber itu) tidak menyatakan apa-apa mengenai Razak Baginda," dakwa beliau dalam blognya, kickdefella.wordpress.com

Sheih juga mendakwa penyiasat persendirian yang menghilangkan diri, P. Balasubramaniam, menerima RM5 juta dari Rosmah untuk menutup mulutnya.

"Saya diberitahu bahawa isteri (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) menemui Bala di British Isle beberapa hari selepas penyiasat persendirian itu menghilangkan diri dan membayar Bala RM5 juta.

"Saya diberitahu bahawa Bala dan keluarganya sedang berusaha untuk mendapatkan kewarganegaraan India. Saya benar-benar berharap ini tidak benar dan Rosmah akan membuat kenyataan menafikannya," dakwa blogger itu.

Blogger itu juga mendakwa bahawa Najib pernah menulis surat kepada beberapa kedutaan asing meminta mereka memberikan visa masuk ke negara mereka.

"Saya diberitahu bahawa sebelum lawatan Najib ke beberapa negara Eropah, beliau menulis kepada kedutaan Perancis, Itali dan Pesuruhjaya Tinggi British meminta mereka memberikan visa masuk ke negara mereka dari Kuala Lumpur kepada Altantunya Shaariibuu.

"Najib sendiri sebagai Menteri Pertahanan (ketika itu) menandatangani surat tersebut. Pesuruhjaya Tinggi British menolak permohonan itu tetapi beberapa negara menerimanya.

"Beberapa diplomat Malaysia yang ketika itu berkhidmat di kedutaan Malaysia di salah sebuah negara tersebut mengesahkan bahawa mereka pernah melihat Altantuya di dalam rombongan Najib," dakwa Sheih lagi.

Pada 28 Jun 2007 lalu, Bernama melaporkan sepupu Altantuya, Burmaa Oyunchimeg memberitahu mahkamah tinggi Shah Alam bahawa beliau pernah melihat gambar Altantuya makan bersama Najib dan Razak Baginda.

Semasa disoal lanjut oleh peguam Karpal Singh, yang bertindak sebagai peguam pemerhati bagi keluarga Altantuya, Burmaa berkata, Altantuya telah menunjukkan kepadanya gambar Altantuya dan Abdul Razak dengan pegawai kerajaan Malaysia itu serta orang lain sedang menikmati jamuan pada satu meja bulat.

Beliau berkata, Altantuya menunjukkan gambar itu di Hong Kong selepas beliau (Altantuya) balik dari Perancis. (Burmaa bertemu dengan Altantuya di Hong Kong).

Karpal: "Boleh kamu terangkan gambar apa?"

Burmaa: "Ada satu gambar, saya fikir, Altantuya dengan Razak Baginda dan seorang pegawai kerajaan Malaysia dan orang lain sedang menikmati jamuan. Mereka duduk di meja bulat."

Karpal: "Kamu tahu siapa pegawai kerajaan itu?

Burmaa: "Najib Razak. Saya ingat nama Najib Razak kerana nama Razak itu sama (dengan Abdul Razak Baginda)."

Bagaimanapun, Burmaa tidak menunjukkan gambar itu kepada mahkamah.

Lebih buruk lagi, dalam akuan bersumpahnya 1 Julai lalu di hadapan Pesuruhjaya Sumpah di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, Balasubramaniam pernah mendakwa Najib telah mengadakan hubungan seks dengan Altantuya dan beliau (Altantuya) sanggup mengadakan hubungan seks luar tabii.

Akuan bersumpah itu juga menyatakakan Najib mengarahkan Razak Baginda untuk menjaga Altantuya kerana beliau tidak mahu dia (Altantuya) menganggunya kerana beliau ialah Timbalan Perdana Menteri.

Sama dengan keterangan Burmaa di mahkamah, akuan bersumpah Balasubramaniam itu juga menyatakan Razak Baginda dan atau Altantuya ada memberitahu penyiasat persendirian itu bahawa Najib bersama-sama dengan Razak Baginda dan Altantuya telah berjumpa dan bersama-sama makan malam di Paris.
Bagaimanapun, Balasubramaniam menafikan apa sahaja akuan bersumpahnya yang berkaitan dengan Najib dan menghilangkan diri selepas penafian itu


Hikayat: Pada suatu hari Nabi Daud as duduk di tempat peribadatannya. Tiba-tiba dia melihat seekor ulat merah. Maka dalam hati dia berkata:

"Apakah kiranya kehendak Allah pada ulat ini?"

Maka dengan izin Allah ulat itu dapat berbicara, seraya berkata:

"Wahai Nabi Allah! Di siang hari Tuhanku mengilhamkan agar aku membaca 'subhanAllahi walhamdulillahi wala ilaha illa Allahu akbar' seribu kali. Sedangkan di malam hari Tuhan mengilhamkanku agar membaca 'Allahumma solli ala Muhammadinin nabiyyil ummiyyi wa'ala alihi wasohbihi wasallim' seribu kali. Lalu apakah yang engkau baca hingga aku ingin mengambil manfaat daripadamu?"

Maka Nabi Daud as amat menyesal menghina pada ulat itu. Dia merasa amat takut pada Allah, lalu bertaubat dan bertawakkal kepadaNya...


Surga itu rindu akan empat orang
para qori'il quran dan orang yang menjaga lisan
dan yang memberi makan pada yang kelaparan
serta puasa Ramadlan tak ketinggalan

Delapan surga baik kau ketahui
jannatun na'im dari perak murni
jannatul ma'wa yang dari zabarjud
dan dari murjan jannatul khulud

Dan dari luk luk darul jalali
dan dari yaqut darus salami
dan dari emas darul qorori
jannatu 'adnin yang dari dzurri

Jannatul firdaus yang kedelapannya
yang dari emas asal terbuatnya
delapan surga diberikan tiap-tiapnya
bagi hamba yang taat pada Tuhannya

Disebutkan, para ahli surga
mengecap kenikmatan, bersuka di sana
dengan wajah rupawan bak rembulan
dan bidadari yang masih perawan

Kecantikan yang terpancar dari ronanya
tercipta dari beningnya empat warna
pertama putih dan hijau yang kedua
serta kuning dan merah yang terakhirnya

Sang bidadari yang ayu rupawan
berhiaskan gelang indah di tangan
gelang surga berjumlah sepuluh
dari emas merah tanpa di sepuh

Adapun yang menjadi ratu di sana
para muslimat yang saat di dunia
berlaku tho'at akan perintah-Nya
serta patuh menjauhi larangan-Nya


Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya.​​.​​.​​.​​.​​.​​.​​.​​

Tapi kalau Mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....


Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya.....


Directory: General
Author: unknown
Posted By: insan_kerdil81 (luqman, hakim)
Posted On: Sun, 09 Aug 2009 12:55:48 PM

Description:
GEMPAR! Sampai 15 ?? Pelbagai pendedahan baru berhubung kematian Teoh sewaktu sesi inkues mengejutkan kita. Sebelum inkues bermula lagi, Nazri Aziz (Nujum Pak Belalang) sudah menyatakan bahawa Teoh ‘terjun’ dan kerajaan tidak mampu menghalang orang terjun. Berikut ialah perkara-perkara luar biasa yang berlaku sebelum dan sewaktu inkues termasuk kesan darah di tingkat 15 dan usaha SPRM menghalang peguam-peguam:


KESAN DARAH DI TINGKAT 15

Kesan darah sepanjang 2 kaki ditemui di tangga belakang tingkat 15 bangunan. Ini menimbulkan isu samada sesudah Teoh ‘terjatuh’ atau dicampak, mereka yang mencampaknya segera turun untuk melihat mayatnya sebelum panik lalu naik semula ke atas bangunan.

TALI PINGGANG PUTUS

Logiknya, kalau Teoh terjun seperti yang disaran oleh Nazri Aziz, tentulah tali pinggangnya tidak putus sebegitu. Koroner sewaktu inkues tidak menolak kemungkinan bahawa Teoh telah diletakkan di tingkap dan tali pinggangnya dipegang lalu tiba-tiba putus. Ini merupakan penjelasan paling logik kerana menurut koroner, tali pinggangnya koyak secara pelik dan bukan kerana digunting dan tidak mungkin tali pinggangnya jadi begitu kerana kesan terjatuh.

PEGUAM DIHALANG LIHAT TINGKAT 15

Peguam-peguam kes inkues dihalang dari masuk tingkat 15 tetapi berdasarkan pemerhatian peguam-peguam, wujud kesan darah di dinding.
KORONER BUAT PENGAKUAN PELIK

Inkues adalah merupakan suatu penyiasatan kehakiman, biasanya oleh sebuah kumpulan yang dilantik oleh mahkamah (juri), di dalam bidang kuasa common law. Inkues yang paling biasa adalah satu penyiasatan termasuklah pemeriksaan perubatan oleh seorang koroner terhadap suatu sebab musabab suatu kematian secara mengejut atau tiba-tiba. Di dalam , inkues juga digunakan untuk apa sahaja siasatan atau juga soal jawab.

Dalam kes Teoh, koroner mengakui bahawa pihak polis telah menyarankan kepadanya bahawa Teoh samada mati ‘accident’ atau ‘bukan accident’. Kemungkinan Teoh mati dibunuh atau dicampak langsung tidak diberi. Pihak polis juga tidak memberi sebarang gambar atau foto si mati untuk memudahkan koroner membuat hipotesis.

POLIS ENGGAN SIASAT

Pihak polis, seperti juga Utusan Malaysia, hanya mengehadkan kemungkinan kematian berpunca dari Teoh terjun atau Teoh accident. Ini suatu yang pelik. Sepatutnya, polis buat siasatan samada Teoh dibunuh atas motif politik dan musuh-musuh politiknya patut dipanggil untuk disiasat sama. Hanya tunang, ahli keluarga dan pegawai SPRM dipanggil sedangkan musuh politik beliau yang jelas mempunyai motif bersuka-ria tanpa dipanggil memberi keterangan. Wow..

MOTIF PEMBUNUHAN

Ezam dengan celuparnya mendakwa bahawa DAP yang berkemungkinan membunuh Teoh untuk menutup mulutnya. Ini satu ayat bodoh dari UMNO kerana kematian sah berlaku selepas keterangan penuhnya sudah di ambil. Motif ini tidak munasabah dan tuduhan ini cukup keji. Kalau DAP yang bunuh, tentulah ia berlaku sebelum keterangan penuh si mati di ambil. Motif yang lebih kuat ialah UMNO di sebalik semua ini kerana UMNO benci kepada DAP dan si mati. Ayat-ayat zalim pemimpin dan ahli UMNO berhubung si mati menzahirkan lagi kebencian membuak-buak ahli UMNO kepada DAP dan si mati.

LOKASI KEMATIAN

Polis turut percaya bahawa si mati jatuh/dicampak dari tingkat 14 milik SPRM. Tentulah pelik jika orang luar boleh keluar masuk bangunan SPRM. Logiknya, hanya pegawai SPRM atau orang kerajaan (sila baca sebagai UMNO) yang boleh keluar masuk bangunan SPRM. Kematian ini dilihat oleh ramai penganalisis sebagai suatu mesej yang hendak dihantar kepada Pakatan Rakyat.

Waktu soal-siasat terlampau pelik

SPRM mendakwa si mati di soal siasat sehingga 3:35 pagi sekalipun si mati hanyalah saksi! Lawak apakah ini? Warganegara Malaysia lazaimnya tidur pukul 1 pagi. Penahanan ini dilihat lebih sebagai satu penderaan dan berkemungkinan suatu set-up agar kematian si mati berlaku pada waktu yang tidak ramai orang.

Kenyataan pelik dari SPRM: Si mati nak tinggal di SPRM

SPRM membuat kenyataan pelik apabila mengatakan bahawa si mati TIDAK MAHU BALIK selepas di soal-siasat dan ingin tidur di SPRM (sofa SPRM). Ini cukup tak masuk akal. Mana-mana insan normal yang berpeluang balik akan segera memanggil teksi dan balik saja. SPRM buknlah suatu hotel mewah, malah bukan suatu hotel pun. Malah cukup pelik SPRM boleh membenarkan orang tidur saja di sofanya. Kalau di balai polis pun akan di halau balik.

Handphone si mati di ambil oleh SPRM

Kalau si mati sekadar seorang saksi seperti yang didakwa oleh SPRM, mengapa SPRM mengambil handphone si mati. Selepas didesak oleh DAP, SPRM mengatakan SPRM akhirnya sudah menyerahkan handphone tersebut kepada polis. Adakah ada apa-apa maklumat yang di delete?

Soalan-soalan pelik pihak polis!

Soalan polis kelihatan lebih kepada hendak melepaskan SPRM. Contohnya, 'adakah si mati hisap rokok? - untuk menunjukkan kemungkinan si mati hisap rokok lalu jatuh dari atas bangunan". Soalan lain, 'adakah si mati kelihatan suicidal?- untuk menunjukkan si mati bunuh diri'.

Sepatutnya , polis kena tanya soalan seperti ini: Si mati seorang DAP yang merupakan musuh politik UMNO. Adakah si mati mempunyai mana-mana musuh politik/ahli UMNO yang marah atau bermusuh dengannya? . Sepatutnya, polis bertanya, 'Adakah si mati pernah diugut oleh sesiapa, termasuk pihak polis atau SPRM?' .

Media UMNO segera tukar isu.

Media UMNO bersungguh-sungguh cuba hendak menjadikan isu ini suatu isu perkauman! Ini cukup misteri. Cubaan media UMNO hendak menjadikan isu ini isu perkauman seolah-olah menunjukkan ada sesuatu yang hendak dirahsiakan.

Suruhanjaya bebas yang tidak berguna.

NAjib c4 mengumumkan bahawa Suruhanjaya bebas yang akan ditubuhkan berhubung kematian Teoh tidak akan menyiasat cara-cara kematian/pembunuhan Teoh. Alangkah bodohnya.. Najib juga menghalang suruhanjaya bebas dari memulakan tugas sehingga inkues selesai yang entah bila agaknya..

Rakyat dikasari

Mereka yang berdemonstrasi membantah dalam isu Teoh ini mengakui dikasari oleh pihak polis. Mungkinkah ini satu lagi siri-siri usaha Najib untuk membuatkan rakyat diam dan akur saja kepada permainan politik keji UMNO?

Zambry cuba tukar isu.

ZAmbry segera cuba menukar isu dengan membuat kecoh berhubung kehadiran Nizar dalam majlis memprotes kematian Teoh kerana ada lilin dinyalakan dalam majlis tersebut. Malah tok guru dicabar memberi fatwa.

Dengan segera UMNO menudu

Soalan bodoh macam tu aku pun boleh jawab. Sewaktu zaman Rasullullah SAW, terdapat sekumpulan manusia berjalan di hadapan Rasullulah sambil membawa suatu mayat. Rasullullah SAW segera berdiri sebagai menghormati mayat tersebut. Para sahabat turut berdiri apabila melihat Rasullullah berdiri. Seorang sahabat kemudiannya bertanya: "tetapi mayat tersebut mayat Yahudi!". Rasullullah SAW menyatakan bahawa tidak mengapa menghormati mayat sekalipun mayat bukan Islam.

Anak-anak UMNO nyala lilin waktu birthday tak matah pulak. Najib nyala lilin di kuil hindu dan bertafakur depan Tugu pun tak marah pulak?

Tiba-tiba si Zambry zombie ni nak buat kecoh pulak. Si Zambry ini juga murka dengan Najib kerana mencadangkan agar rakyat dibenarkan berdemonstrasi di stadium untuk menunjukkan ketidakpuasan hati mereka.

Malaysia boleh!! Boleh apa?





Matahari dari dekat (5,000 KM)
Imej matahari yang paling jelas diperolehi oleh Royal Swedish Academy Of Science pada 14 nov 2002 melalui Swedish Solar Telescope

Sebagai Renungan:
menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

Jibril: wahai zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.

Zabaniah: sebanyak mana sedikit itu ?

Jibril: sebesar kurma...

Zabaniah: kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.

Jibril: kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...

Zabaniah: kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia. Maka jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sebanyak 70 buah sungai. = 70 x 70

Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di atas sebuah bukit yg tinggi, tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.

Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk berbagai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dan lain lain lagi.

PENGAJARAN: Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yang terpaksa disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri, SEBESAR ZARAH SAHAJA.


Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.

Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam.

Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya,tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung. Ustaz," kata wanita itu. "Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.

Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya,namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya. "Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya. "Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih." "Makcik lihatlah betul-betul. " kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.

Tiba di luar saya bertanya kepadanya. "Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya. Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. " kata saya untuk menggertaknya. Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata, "Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik. Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut. Jawapannya itu memeranjatkan saya.

Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam.Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya .

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya. Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, "Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."

Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut, "Orang tua mana pula?" katanya. Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya,tuturannya serta pakaiannya. "Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!" Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu? Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.

Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?


Terdapat nama2 yg dilarang oleh syarak (HARAM) untuk digunakannya. Antaranya ialah:

1. Diharamkan semua nama yg hanya dikhaskan untuk ALLAH TAALA seperti Al-Khaliq (pencipta), Al-Quddus (Yang Maha Suci), ataupun apa2 nama yg hanya layak untuk Allah seperti Malikul Muluk, kesemua ini sepakat diantara semua ulamak.

Ibn Qayyim menyebut nama2 yg dikhaskan kepada Allah seperti: Allah, Ar-Rahman, Al-Hukm, Al-Ahad, As-Somad, Al-Awwal, Al-Akhir, Al-batiin, Al-Alam Al-Gyuyub” dipetik dari Tuhfatu al-maudud m/s 98.

2. Diharamkan member nama2 yg dikahskan oleh Nabi SAW seperti Sayyidul Waladul (Anak) Adam, Sayyidul an-Nas (penghulu segala manusia), Sayyidul al-kul (penghulu segalanya). Al-Hanabilah mengatakan kesemua nama ini hanya sesuai untuk Nabi SAW.

3. Begitu juga haram menamakan anak dengan nama yg disandarkan selain kepada ALLAH TAALA seperti Abdul ‘Uzza, Abd Ka’bah, Abd Ali, Abd Dar, Abd Hussin, Abd al-Masih dan sebagainya. –Rujuk Hashiyah Abd ‘Abidin: 268/5, Mughni al-Muhtaj 295/4, Tuhfatu al-Muhtaj 373/10, Kashaf al-Qana’ 27/3, Tuhfah al-Maudud, ms 90.

4. Tidak boleh memberi nama yg mengandungi unsur2 berhala.

5. Tidak boleh memberi nama yg mengandungi unsur nama2 syaitan seperti iblis dan khatrab. Ini kerana terdapat dalil daripada sunnah yg menukarkan nama2 tersebut.

Adapun nama2 yg MAKRUH adalah seperti berikut /span

1. Makruh menamakan anak jika mempunyai makna ataupun lafaz yg boleh menyempitkan hati kerana ini bertentangan dengan arahan Nabi SAW supaya memperelokkan nama.

2. Makruh hukumnya menamakan anak jika mempunyai makna yg menunjukkan syahwat seperti Fatin dan Mughnaj.

3. Makruh hukumnya memberi nama yg mengandungi makna yg berunsurkan dosa dan maksiat.

4. Makruh hukumnya member nama seperti nama Fara’inah dan Al-Jababirah.

5. Makruh menamakan anak dengan nama orang asing seperti orang kafir yg dikhususkan kepada mereka.

6. Makruh member nama dengan nama2 yg mengandungi unsur2 haiwan seperi anjing, keldai dan sebagainya.

7. Dilarang menggunakan perkataan “Din” dan “Islam” kerana ingin menjaga kedua-dua lafaz ini. Ini kerana dikhuatiri mereka yg diseur dengan nama tersebut akan merasa besar diri apabila disebut dengan nama tersebut. Ada sesetengah ulamak berpendapat haram menggunakan nama tersebut, tetapi kebanyakannya mengatakn ia makruh.

8. Makruh member nama yg disandarkan kepada “agama” dan “Islam” yg membawa makna tazkiyah (penyucian) seperti : Nuruddin, Diya’uddin, Saiful Islam, Nurul Islam…

Nama2 tersebut dilarang kerana dua sebab. Contohnya Shihabuddin, ini kerana Shihab membawa maksud percikan api dan ia juga disandarkan kepada agama. Ada juga yg menamakan anak2 seperti Zahabuddin, Massuddin, bahkan ada juga yg memberi nama Jahanam, Rak’atain, Saajid. Raaki’, Zaakir dan sebagainya.

Sesungguhnya Imam Nawawi tidak suka digelar dirinya Mahyuddin, begitu juga Syeikh Islam Ibn Taimiyah tidak suka dirinya digelar Taqiyuddin.

9. Ada juga ulamak yg memakruhkan menamakan anak dengan nama Malaikat. Adapun menamakan anak perempuan dengan nama malaikat maka ia jelas haram, ini kerana ia menyerupai orang2 musyrikin yg menjadikan para malaikat anak Allah.

10. Para ulamak juga memakruhkan memberi nama anak2 yg diambil dari surah2 Al-Quran seperti Yasin, Taha, Hamim…

11. Makruh hukumnya menamakan anak2 dengan nama yg mengandungi unsur2 penyucian seperti Barrah, Taqiyyah, ‘Abid…- Lihat Tuhfatuh al-Maudud karangan Ibn al-Qayyim.


Sibuk benar pihak media satu dunia meraih keuntungan di atas kematian Micheal Jackson (MJ). Manakan tidak, majlis peringatan MJ di Los Angeles baru-baru sahaja telah menarik minat dan tontonan oleh lebih 2 billion manusia. Rancangan tersebut turut mendapat pehratian jutaan umat Islam yang masih lagi mencari-cari tanda keislaman MJ di majlis tersebut, namun rasanya mereka hampa, tiada sebarang ciri Islam di majlis tersebut walau satu peratus.

Berita kematian MJ berterusan mendapat liputan media, amat meluas dan masih mempunyai magnet untuk menarik pembaca dan peminatnya di serata dunia. Media seperti biasa, berlumba-lumba mencari keuntungan dari kematian dan kehidupan seseorang. Kini, wujud berita baru hasil pendedahan kakaknya yang menyatakan MJ dibunuh melalui satu konspirasi individu di sekelilingnya.

KISAH MUSLIMAH MARWA SHERBINI DIBUNUH DI GERMANY

Pada masa yang sama, saya lebih amat tersentak lagi marah dengan pembunuhan Dr Marwa el-Sherbini. Si pembunuh manusia celaka bernama Alex W, penganggur dan penyokong parti pro Nazi German, dia yang berasal dari Russia sebelum itu didapati bersalah mengucapkan kata-kata kurang sopan serta maki hamun kepada Dr Marwa di khalayak ramai pada bulan November yang lalu. Si celaka menjerit melolong kepada Marwa, melaungkan kata "terrorist" dan "Islamist whore" sewaktu berada di Dresden park. Ketika itu, Marwa meminta izin untuk meletakkan anaknya di buaian di taman berkenaan, tetapi si celaka tersebut tidak membenarkan, lalu pertengkaran terjadi.

Si celaka itu diheret oleh Marwa ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman Euro 780. Namun si celaka ini membuat rayuan yang menyebabkan ia bertemu wajah sekali lagi dengan Marwa di mahkamah. Dengan pisau di tangannya si celaka ini menyerbu Marwa yang sedang mengandung tiga bulan lalu menikamnya sebanyak 18 kali di dalam mahkamah di hadapan hakim!.Peristiwa ini berlaku pada 1 Julai 2009 yang llau.

Satu susana yang tidak masuk dek aqal, bagaimana boleh si celaka ini membawa pisau di dalam sebuah mahkamah? Dan bagaimana ia boleh menikam sebanyak 18 kali tanpa gangguan segera dari pengawal dan orang sekelilingnya. Suami Marwa tangkas menerpa untuk membantu namun rupanya mereka terlupa sedang berada di medan perang'. Suaminya ditembak oleh pihak polis semasa ingin membantu isterinya, sedangkan si celaka pembunuh dibiar hidup. Polis menggunakan alas an murahan apabila berkata tersilap sangka', mereka sangkakan suaminya adalah pembunuh. Syeikh al-Azhar Syeikh Muhammad Tantawy mendesak pihak Germany untuk mengenakan tindakan berat kepada si pembunuh. Namun sejauh manakah seriusnya mahkamah akan bertindak terhadap si pembunuh, tidak dapat dipastikan?

Adalah wajar jika dapat pelajar Islam di Germany bergabung tenaga dengan umat Islam di tempat masing-masing menghantar memorandum mendesak tindakan keras ke atas si pembunuh.!

Malangnya, berita ini langusng tidak dihebahkan dan disneypakan dari media barat khususnya. BBC senyap sunyi, sedangkan berita mahkamah Dubai yang menjatuhakn hukuman kepada dua warga British yang mengadakan hubungan seks terbuka di pantai Dubai, dihebohkan, mahkamah dubai dikritik seolah melakukan satu tindakan jahat.

Namun, kisah wanita Islam yang mengandung di tikam di dalam sebuah mahkamah di hadapan hakim di sebuah Negara yang membangun kononnya tidak langsung diambil endah. Teringat saya kepada pengalaman bertamu di beberapa daerah di Germany, tidak disangka begitu hodoh wajah sebenar negara tersebut, lebih khusus sebenarnya kepada bangsa Rusia, yang mana warga Rusia sememangnya terkenal sebagai amat bersifat perkauman lagi berjiwa ganas dengan selainnya. Kepada para pelajar Malaysia di Germany dan Russia, jagalah diri anda sebaik-baiknya.

THAILAND & URUMQHI CHINA

Selain berita itu, kita juga mengeluh panjang membaca berita pembunuhan umat Islam beramai-ramai di Selatan Thailand dan juga kezaliman serta penindasan di Bandar Urumqhi, China. Semua maklumat ini amat patut mendapat perhatian kita dan pemimpin negara-negara umat Islam. Berkenaan peristiwa berdarah di China, Kerajaan Turki telah berusaha melaksanakan tanggungjawab mereka Presiden mereka, Recep Tayyib Erdogan, emimpin masyarakat Islam Urumqhi yang berada di dalam buangan di Washington, Rebiya Kadeer

Puak Etnik Han pula berarak di jalan di sini awal minggu ini sambil memegang pisau, kapak, pisau pemotong daging dan senjata buatan lain berazam untuk membalas dendam ke atas etnik Uighur.

Dilaporkan bahawa pemberita menyaksikan samseng Han menyerang dua penduduk Uighur dalam serangan berasingan tetapi warga Uighur mendakwa banyak lagi serangan berlaku walaupun kehadiran anggota keselamatan. Polis rusuhan dan tentera terus memenuhi bandar ini.

DITINDAS PUNCA TIDAK PUAS HATI MUSLIM

Kebanyakan mereka kecewa dengan layanan kerajaan yang lebih mengutamakan penduduk majoriti daripada kaum Han. Kaum Han bukan sahaja menguasai ekonomi, tetapi juga budaya dan tradisional China. Selain itu, masjid-majsid juga telah diarahkan untuk ditutup.

Umat Islam di Xinjiang adalah penduduk asal dan menguasai wilayah Xinjiang namun kini mereka dipandang sebagai penduduk kelas kedua. Mereka ini bukan sahaja ditindas kerana agama tetapi lebih terarah kepada cubaan asimilasi dan dominasi oleh China.

Kebanyakan perniagaan dikuasai oleh penduduk Han dan rumah-rumah penduduk Uighur telah dimusnahkan untuk memberi laluan kepada kemasukan kaum Han. Kebanyakan peluang pekerjaan turut dikuasai oleh puak Han. Lebih menyedihkan budaya kaum Uighur telah diketepikan dan mereka kini umpama golongan minoriti yang terpaksa menumpang di wilayah sendiri walaupun hakikatnya adalah sebaliknya.

Kaum Uighur mengatakan kebanyakan dasar-dasar kerajaan tidak berlaku adil kepada mereka demi memberi tempat kepada penghijrahan kaum Han Cina ke wilayah Xinjiang dan ini telah menimbulkan ketegangan etnik dan menaburkan benih-benih keganasan.

Dari segi kemanusiaan penindasan sebegini tidak seharusnya berlaku. Kaum Uighur hanya mahukan keadilan dan hak mereka dikembalikan. Namun laungan mereka ini tidak mendapat sebarang pembelaan dari kerajaan China. Sesungguhnya pihak berkuasa China tidak harus menyalahkan kaum Islam Uighur sahaja dalam setiap rusuhan yang berlaku. Sebaliknya mereka perlu kembali memberikan keadilan dan kebebasan kepada penduduk asal Xinjiang ini.

Kaum Uighur ini ditindas dari menikmati hasil dari kawasan mereka seperti gas, minyak dan 121 jenis mineral dan 148 jenis yang dikeluarkan oleh China. Regim komunis di sana turut membakar buku-buku berkaitan ilmu Islam, mengganggu masjid dan berusaha menghapuskan Islam dari kawasan kaya terbabit.[2]anti Islam di Barat .

Kalau sifat perkauman ini dikira logik di negara barat, tetapi amat malang sebenarnya ia juga wujud di Negara-negara Arab yang merasakan diri mereka lebih mulia daripada bukan arab. Pelajar Malaysia kerap diperleceh di Jordan, Mesir dan lain-lain Negara. Malah sebahagian ulama berbangsa Arab juga tidak kurang kuat sikap perkaumannya. JIka itulah di Negara umat Islam sendiri, tidak hairanlah ia berlaku di Negara bukan Islam.

Buanglah sikap perkauman yang merugikan ini, Islam tidak menghalang cinta kepada Negara dan kaum, namun mestilah ia berada di belakang cinta Allah, Rasul dan jihad di jalanNya. Firman Allah swt /span>

Ertinya : Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya."" Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik ( At-Taubat : 24 )

Akhirnya, sama-sama kita berdoa agar mereka yang terkorban di Xinjiang, Thailand dan Dr Marwa di beri keampunan dan diberi ganjaran yang sebaiknya oleh Allah swt. Juga buat seluruh umat Islam yang berjuang dan dizalimi sejak zaman baginda Nabi s.a.w sehinggalah kini.

Sekian









Pesan Professor Datuk Dr Harun Din Al-Hafiz. Seperti yang kite ketahui... Negara kite nie banyak tugu.... Antara yang famousnya ialah Tugu Kebangsaan, Tugu Helang Laut kat langkawi dan sebagainya.. Tahukah kawan2 bahawa pada tahun 1993, Mufti wilayah persekutuan telah mengeluarkan fatwa bahawa " segala tugu-tugu itu serta pembinaannya adalah haram.... ciri-cirinya menyerupai berhala...dan melawatnya juga adalah haram.. " Setelah fatwa itu dikeluarkan, maka ia digazetkan bermakna tindakan undang2 boleh dikenekan kepada sesiapa yang melawat tugu kebangsaan! Tetapi sayang2... pihak atasan tidak suka akan keputusan itu maka disuruhnya pihak mufti menarik balik fatwa itu... Setelah berbincang.. . Mufti tersebut tidak mahu menarik balik fatwa itu... Maka pihak atasan telah menarik balik gazet tersebut maka apa yang tinggal ialah fatwa sahaja... tiada tindakan undang2 yang boleh diambil... Menurut kupasan Ust. Harun Din, tugu2 ini boleh mendatang syirik... Beliau berkata... " bawalah dosa anda sebesar langit dan bumi kepada Allah dan Allah mungkin akan mengampunkannya tetapi jika terdapat walau sedikit/sebesar zarahpon dosa syirik maka Allah tidak akan mengampunkan orang itu..." dan kata beliau lagi... " walaupun kita tidak pergi ke tugu2 tetapi jika kita 'redha' atau tidak melakukan apa2, berdiam diri, maka kita juga akan mendapat dosa tersebut iaitu dosa syirik..."

Contoh kedua yang beliau utarakan dalam perbincangan dosa syirik ini ialah nama negeri perlis iaitu perlis indera kayangan... " Menurut kamus dewan... indera bermaksud nama tuhan hindu manakala kayangan bermaksud tempat di mana tuhan2 bersemayam.. . maka makna sebenar ialah perlis tempat tuhan hindu bersemayam... " Menurut beliau... Nama perlis ini juga mendatangkan dosa syirik... Perkara terakhir yang dibincangkan ialah isu perlembagaan Negara... tahukah kawan2 bahawa... Perlembagaan Negara Fasa ke-14 mengatakan bahawamana2 undang2 akan terbatal dan tidak boleh dipakai jika ia bertentangan dengan undang2 yang telah dinyatakan di dalam perlembagaan termasuklah undang2 hudud... iaitu undang2 yang dicipta oleh Allah.

Kata beliau seterusnya.. .. Dosa syirik boleh diakibatkan oleh...

1. Mempertahankan perlembagaan serta undang2 ciptaan manusia dan membuatkannya mengatasi undang2 ciptaan Allah iaitu hudud dll.

2. Menyokong mereka yang mempertahankan perlembagaan.

3. Mereka yang berdiam diri.

4. MEREKA YANG MENGATAKAN BAHAWA HUKUM

HUDUD ITU ZALIM ( BERMAKNA ALLAH JUGA ADALAH ZALIM)

Dengan ini selesailah tanggungjawab aku. Tolong sebarkan email ni pada semua umat Islam. Kalau nak beli AL-QURAN yang dicetak dalam edisi baru. Hati-hatilah kerana ada 4 surah palsu ciptaan KAFIR laknatullah. Surah-surah itu adalah :

1) AL-IMAN

2) AL-WASAYA

3) AL-TAJASU

4) DANAL-MUSLIMOON

Jangan sesekali layari laman web ! www.thequran.com<> (Father Zakaria) kerana segala isinya adalah palsu. Sebarkan email ini kepada umat Islam seramai yang mungkin!!!


Mengikut Pendapat Ulama

Iman Shafie berpendapat, ada tiga malam dalam seminggu hukumnya sunnat membuat seks (jimak) dengan isteri. Malam-malam itu ialah Jumaat, Isnin dan Khamis.

Tidak menjadi kesalahan melakukan seks setiap malam, tetapi dikhuatiri zakar dan buah pinggang akan menanggung risiko yang berat, terpaksa bekerja setiap hari. Berilah ruang untuk rehat kepada tenaga batin - pendapat Dr Nik

Nabi berpesan: ” Sekiranya kamu merasa akan turunnya mani, janganlah cepat-cepat kamu mencabut zakarmu. Biarkan dahulu sehingga isteri kamu juga turut sama turunnya mani. Ini kerana pada saat itulah terletaknya punca kenikmatan yang amat sangat bagi pasangan suami isteri yang berjimak.”

[Jauhilah ZINA kerana zina itu membawa malapetaka kepada semua manusia. Ia dapat memusnahkan lelaki dan perempuan, Senang mendapat jangkitan gonorrhoea, siflis , herpes atau HIV]

Seks Yang Sempurna & Memuaskan

Seks aadalah satu-satunya keperluan lelaki yang tidak boleh di perolehi diluar rumah (berzina). Setiap lelaki inginkan seorang isteri memberi layanan first class terhadap seks.

Kenapa harus suami ‘makan yang haram’ diluar, padahal dirumah ada yang halal ?

Seorang kawan saya menjawab:. ” Dirumah isteri tidak pandai melayan nafsu seks suami !”

Sambil selamba seorang kawan lagi berkata,” Kenapa perempuan Siam lebih pandai melayani nafsu seks lelaki ? dan mereka lebih bagus dan faham kehendak lelaki !”

PESANAN UNTUK ISTERI

Apakah wanita Melayu tidak pandai ? Atau pun, apakah isteri kita tidak pandai ‘ buat seks’ ?

Semuanya itu adalah alasan semata-mata.

Seandainya perempuan Melayu atau isteri kita di rumah pandai melayani kehendak suaminya, saya rasa kehebatan dan kehangatan wanita Melayu akan tersohor dan mengasyikkan.

Disini saya ingin perturunkan beberapa petua yang harus dibaca dan diamalkan oleh setiap orang yang bergelar - wanita Melayu, Isteri dan Perempuan.

Dir umah makan malam lebih awal 1 atau 2 jam sebelum setubuh.

No.1: Siapkan Diri anda sekurang-kurangnya satu jam sebelum hubungan kelamin dengan mandi,berus gigi, cuci mulut dan cuci faraj dan pakai pakaian seksi yang nipis dan menghairahkan serta pakai sedikit bauan halus dan lembut .

No 2: Goda Suami: Godalah suami anda sebaik mungkin dengan duduk disini suami. Jika suami kelihatan malas, usik dia sehingga menaikkan berahi dengan aksi-aski menarik anda, katakan;’ kononnya seperti perempuan siam’. Apa salahnya kan ini suami anda yang sah dan perkara yang anda lakukan ini adalah halal dan sunnat !

No.3: Jangan sekali-kali menanti pelukan suami anda. Anda adalah seorang isteri, seorang wanita yang harus mengoda suami anda. Anda harus memberi semua yang terbaik yang ada pada diri anda untuk suami anda, anda mahu suami sentiasa ingat dan sayangkan anda.

Nah ! lakukan apa saja yang anda fikir dapat mengoda suami anda, lakukan sekarang, jangan biarkan perempuan lain mengodakan suami anda !

Jangan malu, Jangan takut dan jangan Malas. Itu semua adalah nasihat syaitan.

Kalau dia masih duduk di kerusi, anda himpitkan diri anda dekat-dekat dia, usik si ‘ anu’ dia, kalau dia angkat tangan anda ketepi, anda himpitkan dia kuat-kuat, jika dia masih tidak respon, bisikkan pelahan-lahan ditelinganya untuk ke kamar, lihat TV di kamar dan jika dia masih gagal untuk bangun, pelahan-lahan tarikkan tangannya dan letakkan tangannya ke’anu’ anda.

Tidak dinafikan ada lelaki liat ‘buat seks’ dengan isteri namun anda harus bersabar, kerana kadang-kadang ’suami’ anda ini sememangnya ‘tidak ganas’ dan ‘dianggap ’suami berjurus’ [civic] - bersabarlah.

PESANAN UNTUK SUAMI

Cara Yang sesuai Untuk Jimak Isteri

Setiap kali melakukan hubungan badan dengan suami-isteri beberapa adab harus diikuti: (Jangan mengharamkan yang halal dan jangan menghalalkan yang haram)

Pesanan Untuk Kedua-dua Suami Isteri
Sebelum , Sewaktu dan Selepas Jimak

Fakta No.1
- Bersopan santun
- Isteri pakailah pakaian nipis, supaya nampak ghairah.
- Pakailah bau-bauan yang lembut.
- Jika ada, musik yang lembut dan halus memang digalakkan.

Fakta No. 2
Ada hadith menyatakan bahawa Rasullullah SAW sendiri mandi bersama dengan Siti Aisyah ra. Kenapa tidak anda! Bercumbu-cumbuan sebelum jimak adalah digalakkan.

Fakta No.3
Bila sudah kemuncak, masukkan zakar pelahan-lahan kedalam faraj dan layarilah nikmat yang Tuhan anugerahkan kepada kita dengan baik dan sopan.

Jangan sekali-kali gopoh-gapah dalam melakukan hubungan badan, kerana ini akan menyebabkan cepat terpancutnya air mani atau dikenali sebagai pancutan pramasa.

Kalau anda pelahankan sedikit seni tusukan zakar, maka anda dapati, anda dapat bertahan lebih lama dalam melayari hubungan batin dengan isteri anda dengan baik dan sempurna.

Sekiranya anda terlampau cepat keluar air mani atau pancutan pramasa, maka kita ada ubat untuk mengatasinya. Jangan risau, ikhtiarlah segera, jangan menunggu.

Fakta No4

Sekiranya air mani sudah terpancut, JANGAN sekali-kali biarkan isteri anda terkapai-kapai dan kecewa kerana kebiasaannya orang perempuan memang payah untuk sampai kemuncak syahwat.

Maka rangsanglah isteri anda sehingga beliau mencapai kepuasan.

Jangan sekali-kali terus tidur selepas jimak. Ini satu cara yang salah!

Fakta No.5

Tukarlah posisi berjimak, agar anda merasa kenikmatan yang lebih. Kadang-kadang jika anda melakukan posisi yang sama sahaja, kenikmatan seks anda mungkin akan menurun, dan anda tidak menghayati betul-betul sunnah Rasullullah, dimana beliau menyatakan bahawa ‘isteri kamu itu diibaratkan sebagai taman, maka gaulilah ia sebaik mungkin’

Fakta ke 6

Gaulilah isteri kamu secara sopan, isteri kamu bukanlah pelacur yang harus dibuat bermacam-macam karenah kamu yang kurang sopan. Baikilah tingkah laku kamu secara sopan dan lemah lembut.


Pada suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan. Diruang tamu, datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.''Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain, tapi untuk diri dan keluargaku.'' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah.

Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya. Setahun kemudian, isterinya yang masih cantik itu berkahwin pula dengan lelaki lain. Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu, si suami menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang mereka makan. Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis, si isteri menangkup muka sambil menangis.

Si isteri mengadu, si pengemis itu sebenarnya adalah bekas suaminya yang dulu pernah menengking seorang pengemis . Suami yang baru itu menjawab dengan tenang : ''Demi ALLAH, akulah pengemis yang dihalau dan ditengking itu .

RASULULLAH S.A.W Bersabda: ''Sedekah itu dapat menutup 70 ribu kejahatan''.

Anas Malik pula meriwayatkan bahawa NABI MUHAMMAD S.A.W ada bersabda yang bermaksud ; ''Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dia dengan kekayaanmu. Barang siapa yang mempunyai ilmu, maka sedekahlah dengan ilmunya dan barang siapa yang mempunyai tenaga bersedekahlah dengan tenaganya''.

p/s: CERITA INI MEMBERI PENGAJARAN BAHAWA HIDUP KITA SEPERTI PUTARAN RODA DAN TIDAK SELALUNYA DI ATAS. ADA MASA DAN KETIKANYA KITA AKAN TURUN DAN KE BAWAH DAN NAIK SEMULA ATAU SEBALIKNYA.


“Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami, kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dia dari orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi dia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya: Dia menghulurkan lidahnya termengah-mengah dan jika engkau membiarkannya: Dia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. Amatlah buruknya bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka pula berlaku zalim kepada diri mereka sendiri.” (Surah al-‘Aaraaf 7 : 175-177)

Sejarah Anjing

Sepanjang sejarah kejadian manusia dan perkembangan Islam di serata pelosok rantau, para rasul, para nabi dan para alim ulama sentiasa mendapat penentangan daripada golongan aristokrat yang ‘berdarah biru’ dan pemimpin-pemimpin yang berkuasa. Penentangan ini adalah sunah semula jadi yang telah terjadi dan akan terus berlaku. Malangnya di sebalik perbalahan dua penjuru ini, sejarah juga mencatatkan penglibatan golongan ketiga yang dijadikan kambing hitam oleh golongan sesat ini sebagai senjata rahsia menewaskan tentera Allah. Kisah Bala'm bin Baau'ra` seorang alim yang sentiasa dimakbulkan doanya tetapi menjual agamanya dengan menjadi 'anjing' kaumnya dan mendoakan kebinasaan Nabi Musa a.s.

Sejarah juga berulang pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. apabila Umaiyyah bin Abi as-Solat yang diberikan ilmu pengetahuan tinggi dan mengetahui tentang kenabian Muhammad s.a.w. tetapi mati dalam keadaan kufur. Begitu juga dengan Abu ‘Aamir bin al-Nu’maan bin Soifi yang digelar Baginda sebagai seorang yang fasik kerana mengingkari kerasulan Baginda walau pun dia seorang rahib yang mengetahui tentang kedatangan seorang nabi akhir zaman. Tidak cukup dengan itu, dia juga menjadi ‘gunting dalam lipatan’ apabila bekerja sama dengan musuh-musuh Islam untuk menghancurkan orang Mukmin.

Anjing Kurap

Oleh itu, dalam ayat 175 surah al-A’raaf, Allah s.w.t. memerintah kekasihnya Nabi Muhammad s.a.w. agar memberikan peringatan kepada umatnya tentang golongan ketiga yang akan digunakan musuh untuk menjatuhkan mereka. Ini adalah golongan ‘duri dalam daging’ yang sangat berkuasa untuk menjatuhkan gerakan Islam, kerana mereka bukan orang Islam biasa yang bertaklid. Sebaliknya merekalah golongan ulama yang sangat berpengaruh dan menjadi rujukan masyarakat. Mereka adalah bijaksana Islam yang mempunyai Ma dan PhD dalam pelbagai bidang pengajian Islam. Tetapi malangnya segala ilmu agama yang mereka kuasai digadaikan demi mendapatkan harta kekayaan, pangkat kedudukan dan populariti. Oleh itu, apabila mereka dibeli oleh musuh Islam untuk mementang gerakan alim ulama, mereka menjadi senjata sulit paling berbahaya.

Allah s.w.t. mengecam ustaz-ustaz murahan yang melacurkan ilmu mereka dengan sekeras-keras kecaman. Dalam ayat berikutnya, Allah s.w.t. mengumpamakan mereka yang tamak terhadap dunia dan haloba dengan kemasyhuran sebagai anjing yang sentiasa menjelirkan lidahnya. Jika anda perhatikan, anjing sentiasa menjulur-julurkan lidahnya apabila dihalau orang, tetapi jika dibiarkan ia tetap juga menjelirkan lidahnya. Demikianlah lagak ustaz anjing ini, apabila diberikan habuan, mereka meminta dengan lebih banyak tidak ubah seperti anjing kurap. Sebagaimana tabiat biasa anjing yang suka makan sampah sarap yang kotor dan menjilat punggung anjing lain, demikian juga halnya dengan ustaz-ustaz anjing ini yang lahap terhadap ‘sampah sarap’ yang diberikan penguasa fasik untuk kesenangan dunia. Malah mereka juga tidak segan-segan menjilat kaki pemerintah munafik untuk mengampu bagi mendapatkan kedudukan lebih tinggi.

Anjing Bercawat Ekor

Ini adalah kecaman Allah paling keras dan paling hina ke atas alim ulama. Sememangnya kecaman ini berasas dan tepat kerana fitnah yang ditimbulkan mereka terlalu besar. Bayangkan, ketika ulama lain melaungkan seruan jihad untuk membela agama Allah dan mengimpikan syahid, anjing-anjing ini memutarbelitkan istilah jihad ini dengan skop yang lebih kecil. Dengan itu lahirlah konsep jihad ekonomi, jihad pertanian malah jihad politik dengan mengundi parti yang berasaskan kebangsaan. Tidak cukup dengan itu, mereka juga menggunakan (baca– menyalahgunakan) pelbagai ayat al-Quran dan hadis untuk membuktikan kepada masyarakat bahawa jihad tidak lagi relevan pada zaman teknologi ini, malah menurut anjing-anjing bercawat ekor ini, jihad melawan nafsu lebih besar! Dengan kekuasaan dan kekayaan yang dimiliki oleh ‘tuan anjing’ ini, anjing-anjing ini diberikan jawatan agama yang tinggi, slot-slot khas dalam televisyen, dilantik menjadi editor dan kolumnis akhbar dan majalah, dan dijadikan pemimpin masyarakat. Dengan segala kemudahan yang disediakan, sudah tentu salakan mereka lebih kuat dan bertambah nyaring. Mereka menyalak begitu kuat dan sumbang sehingga menghalalkan pelacuran kerana darurat, mengharuskan judi atas nama ekonomi, melunakkan istilah rasuah yang jijik dengan nama bunga yang indah, membiarkan perzinaan dan pergaulan bebas dengan meletakkannya sebagai kesalahan ibu bapa atau individu semata-mata.

Anjing Menyalak Bukit

Rentetan itu, masyarakat yang masih lemah dengan al-Quran dan ilmu-ilmu agama, terpinga-pinga dalam kekeliruan dan tidak tahu siapa yang harus diikuti. Maka tidak hairanlah ketika beribu-ribu lepasan agama yang dihasilkan setiap tahun daripada IPT tempatan serta ditambah pula ustaz dan ustazah yang pulang daripada Jordan, Syiria, Madinah dan Mesir, masyarakat Islam Malaysia makin jauh daripada agama yang sebenar.

Kita tertanya-tanya, sebegitu ramai pakar fiqah, pakar hadis, pakar tafsir dan pakar bahasa Arab yang keluar setiap tahun daripada universiti-universiti tersohor dunia, ke manakah mereka? Ke mana perginya rakan-rakan Azhariyun yang suatu masa dahulu pernah menggegarkan piramid dengan seruan jihad? Atau apakah setelah diberikan gaji bulanan selesa dan jawatan berkerusi empuk, lalu seruan yang pernah dilaungkan dahulu menjadi seperti anjing menyalak bukit!

Anjing Jilat Tahi

Pada ayat 177 surah al-‘Araaf, Allah s.w.t. menjelaskan sekali lagi bahawa perumpamaan golongan ilmuwan agama yang bersikap tamak seperti anjing menjelirkan lidahnya adalah seburuk-buruk dan sehina-hina contoh.

Justeru itu, artikel ini ditulis bagi menyahut perintah Allah agar memberikan peringatan kepada golongan ini. Sebagaimana kerasnya amaran Allah dalam ayat-ayat di atas, begitu juga penulis menggunakan uslub yang sama. Ibarat kata pepatah, ‘siapa makan cili dia yang merasa pedas’. Penulis berharap tulisan ini menjadi peringatan tegas kepada rakan-rakan daripada kalangan alim ulama, ustaz-ustaz, tok-tok guru dan para profesor, lebih-lebih lagi kepada diri penulis sendiri, agar mencerminkan diri dan bertanya: “Apakah ana ini seekor ANJING?”

Source: http://virtualfriends.net


Seorang penyelidik Itali mendakwa beliau dapat mengetahui perangai seseorang wanita menerusi bentuk dan saiz payu daranya.

Akhbar Jerman, Bild, melaporkan pakar seksologi, Piero Lorenzoni berkata bentuk payu dara seseorang wanita menggambarkan karektor dirinya.

Beliau mengkategorikan bentuk payu dara kepada buah-buahan dan menyatakan lelaki boleh membuat carta horoskop masing-masing bagi mendapatkan bayangan mengenai tingkah laku seseorang wanita.

Carta buah-buahan itu bermula dengan bentuk semula jadi seperti tembikai. Menurut Lorenzoni, wanita yang mempunyai payu dara besar dan bulat seperti tembikai mungkin bersifat keibuan tetapi sebenarnya membayangkan karektor yang lebih jauh.

“Wanita jenis ini suka makan dan mahu dimanja serta sering dipuji. Bagaimanapun wanita ini tidak mahu kerap bersenggama,” katanya.

Bagi lelaki yang mahukan seseorang yang agak ceria dan sederhana maka mereka boleh memilih wanita yang mempunyai payu dara seperti buah lemon yang agak tertonjol dan ketara.

“Wanita seperti ini penuh dengan keceriaan, malah ada kalanya ketawa sendirian. Mereka sentiasa mahukan kehidupan yang seimbang tanpa kejutan,” katanya.

Payu dara yang pejal dan bujur seperti nanas menggambarkan wanita yang cerdik, kebiasaannya menumpukan kepada kerjaya tetapi tetap romantik.

“Mereka juga seorang yang setia dan jarang wanita yang mempunyai payu dara sedemikian cepat jemu dengan tingkah laku kekasihnya,” kata pakar itu.

Bagi mereka yang mempunyai payu dara seperti limau gedang yang pejal tetapi lembut kebiasaannya tidak mempunyai prestasi seks yang baik.

“Mereka mungkin kelihatan menghairahkan tetapi sebenarnya agak menjemukan serta sering mahu terperuk di rumah.

“Jenis ini lebih suka memanjakan kekasih dan mengutamakan kelembutan dan kemesraan daripada seks,” kata Lorenzoni.

Katanya wanita yang memiliki buah dada berbentuk oren jarang naik angin tetapi mempunyai keyakinan diri dan tidak begitu mengutamakan seks manakala wanita yang memiliki payu dara kecil seperti buah ceri biasanya agak lucu, amat teruja, cerdik dan menghiburkan selain pasangan baik untuk kehidupan harian serta agak ghairah.

Lorenzoni berkata, wanita yang mempunyai bentuk seperti buah pear adalah wanita yang dapat menumpahkan kasih sayang dalam semua aspek kehidupan dan taat kepada agama tetapi kebanyakan wanita seperti ini juga didapati kerap menduakan suami.

;;
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...