Sedekad kebelakangan ini, kita sama-sama menyaksikan peningkatan kes pembuangan bayi di negara kita ini. Tiap-tiap tahun ada banyak kes. Kebanyakan kes bayi-bayi yang dibuang ini mati.Sesungguhnya kita semua amat kesal peningkatan fenomena yang menyayat hati ini. Fenomena ini tidak serasi dengan negara kita sebagai negara timur yang mementingkan semangat kekeluargaan.Kita harus mengecam gejala pembuangan bayi ini. Pendidikan agama harus diteruskan dan diperkuatkan; pendidikan keselamatan seks juga harus diteruskan dan diperkuatkan di sekolah.Semua usaha-usaha murni ini harus diperhebatkan. Selain itu, kita juga perlu adakan sedikit "payung terjun" untuk ibu-ibu remaja malang ini yang betul-betul memerlukannya.Mereka barangkali terjebak kerana kejahilan. Mereka barangkali ditipu, atau ada sebab-sebab yang lain.Adakah kita harus membiarkan kes pembuangan bayi ini berulang dan terus ulang lagi? Ataupun kita boleh mengambil langkah yang proaktif?Di Amerika Syarikat, ada hospital kerajaan yang menyediakan inkubator bayi di koridor - satu contoh "payung terjun" yang boleh disediakan.Barangkali sesetengah pihak akan mengecam saya sebagai menggalakkan pertambahan anak haram. Tidak apa, hujah itu hak mereka untuk mengecam.Saya tetap berpendapat kita memerlukan saluran yang lebih berperikemanusiaan untuk ibu-ibu remaja yang tidak berhati-hati ini.Sesungguhnya ibu-ibu remaja ini pasti akan menyesal seumur hidup selepas membuangan anak. Penyeksaan sanubari mereka akan bertambah hebat lagi apabila mereka menyedari anak yang dibuang mereka mati.Tidakkah harus kita menyediakan "payung terjun" untuk ibu-ibu remaja ini bersama dengan bayi-bayi yang sesungguhnya berhak untuk terus hidup?Bayi-bayi ini sesungguhnya anak-anak Malaysia seperti anda dan saya juga!
Labels: Warna Kehidupan
nanti kalo aku jumpa orang layan baby camtu..
aku sekeh sampai takdek kpala dia...