Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi serta Timbalannya, Dato' Seri Najib Tun Razak pernah meminta rakyat Malaysia berjimat cermat berikutan kenaikan harga minyak yang mendadak.Pelbagai program debat mahupun forum umum digunakan Abdullah dan Najib untuk menjelaskan keadaan kononnya kenaikan harga minyak ini tidak dapat dielak.Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Petronas, Tan Sri Hassan Marican sendiri terpaksa turun padang untuk menjelaskan keadaan kononnya Petronas dan kerajaan tidak lagi boleh menanggung subsidi yang tinggi berdasarkan kenaikan harga minyak global.Media arus perdana digunakan bagi menjalankan dakyah pemerintah ini bagi memastikan rakyat boleh menerima tindakan terburu-buru kerajaan ini.Dalam media memainkan dakyah mereka, kenyataan Perdana Menteri dan TPM seperti meminta rakyat mengurangkan kos-kos harian bagi mengelak tekanan kenaikan harga minyak terus menjadi bahan utama meredakan kemarahan rakyat.Perdana Menteri dan timbalannya juga pernah menyarankan beberapa langkah kepada rakyat supaya berjimat cermat, memberikan rebet tunai cukai jalan dan mengumumkan gaji dua kali sebulan bagi kakitangan awam.Rakyat Kuala LUmpur terutamanya yang tertekan dengan kenaikan harga minyak kini mungkin terpaksa memikirkan untuk berpindah ke rumah sewa yang lebih murah yang lebih jauh daripada Kuala Lumpur hanya kerana mahu mengurangkan kos sewa.Kos sewa bagi rumah pangsa di Kuala Lumpur sekitar RM500 sementara rumah teres satu tingkat mencecah RM1000.Namun, Perdana Menteri dan Timbalannya mungkin terlupa satu fakta yang cukup jelas dalam satu jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohammed Nazri Aziz dalam sidang Dewan Rakyat penggal ke-11 yang lalu mengenai kos ubah suai rumah mereka.Beliau juga menyebut kos pengubahsuaian kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya yang dilaksanakan tahun tersebut berjumlah RM15.81 juta.Beliau berkata kerja pengubahsuaian itu meliputi kerja membaik pulih dan menaik taraf sistem penyaman udara, pendawaian elektrik, lanskap serta pengubahsuaian dalaman termasuk ruang dapur dan bayaran juruperunding."Kerja pengubahsuaian telah pun siap sepenuhnya dan Perdana Menteri telah pun berpindah ke kediaman rasmi beliau," katanya dalam jawapan bertulis kepada Teresa Kok (DAP-Seputeh).Mohamed Nazri berkata kos penyelenggaraan bulanan yang melibatkan keseluruhan kompleks kediaman Perdana Menteri termasuk blok rumah persendirian beliau hanya berjumlah RM2.9 juta setahun iaitu dengan purata RM242,991.50 sebulan.Beliau berkata kos asal pembinaan kediaman rasmi Perdana Menteri dengan merujuk khusus kepada blok rumah persendirian di mana Perdana Menteri dan keluarga tinggal berjumlah RM24.17 juta.Mohamed Nazri berkata kos asal kontrak pembinaan kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri dengan merujuk kepada blok rumah persendirian di mana Timbalan Perdana Menteri dan keluarga tinggal berjumlah RM13.51 juta.Beliau berkata kos penyelenggaraan tahunan kompleks kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri berjumlah RM1.46 juta setahun iaitu dengan purata RM122,267 sebulan.Hakikatnya, rakyat di bawah sana terus menderita, dan ada juga yang kini sudah mula berkira-kira untuk mengurangkan belanja dapur, belanja susu dan pampers anak selain menutup ruang untuk berjalan-jalan atau melancong dalam negara sekalipun.Mungkin inilah yang terpaksa rakyat hadapi, dalam keadaan pemimpin di atas sana masih meneruskan amalan bermewah ke sana ke mari dengan tanpa membayar kos minyak kerana kos minyak mereka ditanggung rakyat.Seperti kata seorang pendakwah, Dr Azhar Yaakob yang berceramah di Harakah semalam, bahawa kaedah ekonomi yang digunakan kerajaan hari ini adalah ekonomi kapitalis.Ekonomi kapitalis mengamalkan dasar mengkayakan kerajaan sementara rakyat terus papa dihimpit dengan dasar kerajaan yang rakus, kata Dr Azhar.Paling menarik, Dr Azhar menerangkan bahawa jika kerajaan menggunakan kaedah ekonomi Islam dengan sifat kerajaan mengkayakan rakyat bagi menggiatkan putaran ekonomi, pastinya pulangan kepada kerajaan jauh lebih besar.Penulis tertarik dengan kenyataan beliau bahawa jika kerajaan memberi subsidi kepada rakyat sekalipun, sebenarnya kerajaan juga yang akhirnya mendapat untung kerana rakyat akan merancakkan ekonomi apabila wang mereka boleh dibelanjakan semula. Namun, kenyataan ini mungkin tidak menjadi 'kesan' Perdana Menteri kerana apa yang hanya bermain difikirannya mungkin formula bagaimana untuk mengkayakan anak menantunya sahaja.