Kadang-kadang...bila cuaca tidak mengizinkan untuk kita melakukan sesuatu aktiviti..sering dapat dilihat..sesetengah dari kita akan memaki keadaan tersebut seolah-olah penghalang kepada aktiviti kita..


tahukah kita....Hujan merupakan anugerah dari ilahi…kita sebagai manusia haruslah bersyukur akan
pemberian rahmat dariNya.

Tahukah kita bagaimana dikatakan hujan ini membawa rezeki dan rahmat??

Disini ingin aku kongsikan beberapa contoh-contoh tersebut..

Mat despatch
Biasanya kalau kat opis kita memang selalu susah nak tengok kelibat diorang,tapi cuba tangok musim ujan…dorang siap boleh duk melepak dengan senang ati lagi, yelah..waktu hujan macam mane nak hantar surat..basah ler surat nanti..

Tauke Makanan Segera
Bagi golongan yang duduk kat Bandar dan pulak tu yang jenis malas nak masak, maksudnya yang ari-ari suke makan kat kedai. Kalau musim ujan dah tentu malas nak kuar umah,jadi telepon je la nombor yang biasa keluar kat dalam iklan tv tu…kan..kan..

Pemandu teksi
Bagi pemandu-pemandu teksi masa ni ler dorang leh pesta.Ye la..ramai penumpang bas yang tak sanggup basah dek ujan sebab nak tunggu bas, dorang akan gunakan perkhidmatan teksi.

Budak sekolah
Bukan setakat buleh main air hujan je, malah buleh mandi.esoknye demam dan alasan tersebut adalah relevan untuk dorang tak pergi sekolah.

Pekerja-pekarja buruh binaan
Biasanya mana-mana buruh binaan pun tak akan bekerja pada waktu ujan, tapi gaji tetap jalan juga.
Lagi seronok time tu kene pulak angkat batu-bata yang berat-berat, huhuhu..epi go lucky ar dorang ari tu.

Tauke Bot
Tauke bot lagi lebat ujan tu,lagi ar dorang suke,kalau bleh biar banjir sebab pendapatan dorang bertambah bila orang sibuk nak sewa dan beli bot untuk harung banjir..

Korang??
Huhuhu…time hujan ler sedap tidoOo…kan??


Di dalam al-quran sendiri pun terdapat banyak contoh-contoh yang ALLAH berikan..umpamanya:

“Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); hingga apabila angin itu telah membawa awan mendung, Kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu, maka Kami keluarkan dengan sebab hujan itu pelbagai macam buah-buahan. Seperti itulah Kami membangkitkan orang-orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran” (Al -A'raaf : 57)

“Allah telah menurunkan air (hujan) dari langit, maka mengalirlah air di lembah-lembah menurut ukurannya, maka arus itu membawa buih yang mengambang. Dan dari apa (logam) yang mereka lebur dalam api untuk membuat perhiasan atau alat-alat, ada (pula) buihnya seperti buih arus itu. Demikianlah Allah membuat perumpamaan (bagi) yang benar dan yang bathil. Adapun buih itu, akan hilang sebagai sesuatu yang tak ada harganya; adapun yang memberi manfaat kepada manusia, maka ia tetap di bumi. Demikianlah Allah membuat perumpamaan-perumpamaan” (Ar- Ra'd: 17)

Ingatlah wahai sahabat-sahabatku..setiap kejadian tuhan itu ada hikmahnya..jangan lah kita memaki-hamun kejadianNYa..pasti terdapat hikmah yang baik untuk kita disebaliknya..yakinlah bahawa TUHANMU ITU MAHA ADIL dalam membuat keputusan… n_n

“ Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak (menciptakan) langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu”( Al Baqarah:29)

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...