Bayangkan ketika kita berjauhan dari ibubapa kita dan tidak berhubung selama 10tahun??sudah tentu kita akan terbayangkan wajah mereka dan sentiasa merindui untuk bertemu mereka..itulah tanda kasih,dan cintanya kita kepada ibubapa kita..
begitu mendalamnya cinta kita kepada mereka sehinggakan kita mengikut nasihat-nasihat mereka, menjadikan mereka sebagai 'ROLE MODEL', mendoakan mereka sentiasa..
memang begitulah sepatutnya..kerana mereka yang membesarkan kita dan melahirkan kita..
mereka jugalah yang mendidik dan menjaga keperluaan kita,memastikan kita sihat,bahagia dan berjaya..
bagaimana pula dengan buah hati?? ya..sudah tentu kita juga mencintai mereka sehabisnya..sehinggakan..keluarlah pepatah 'U JUMP I JUMP..', ' SEHATI SEJIWA' dan lain-lain lagi..jika tidak berjumpa sehari rasa seolah-olah setahun..sampaikan terbayang-bayang wajahnya di minda..dan hati sentiasa menyebut namanya..
begitu sekali mendalamnya cinta kita kepada 'buah hati' kita..sehinggakan terdapat pelbagai perlakuan yang tak masuk akal untuk dibuat jika putus cinta..
jika ditanya mengapa sampai begitu??
sudah tentulah jawapanya kerana 'hati'.. mereka juga mencintai kita..mereka memahami..terima seadanya dan 1001 jawapan lagi yang boleh diberikan..
Begitu tinggi sekali kepentingan,martabat ibubapa dan kekasih kita ini di hati..
sehinggakan memberi 'efek' di dalam kehidupan..
TETAPI....BAGAIMANA DENGAN RASULULLAH??
SIAPAKAH BAGINDA DIHATI KITA??
BAGINDALAH..nabi,penghulu,bapa,kekasih,idola dan teman kita..
kasih dan sayang baginda tidak ternilai kepada 'umatnya'
bagindalah yang mendidik,melindungi dan membesarkan umatnya agar selamat dunia dan akhirat..dijaganya kita bukan saja di dunia malah juga sehingga akhirat..
begitu mendalamnya cintanya pada kita sehinggakan ketika dihujung nyawa masih disebut-sebutnya lagi 'umatnya'..
ketika di israk mikrajnya juga..baginda menitiskan air mata melihat azab yang ditimpakan kepada umatnya yang melakukan dosa..
begitu juga baginda meminta pada ALLAH agar diberikannya 'syafaat' untuk kita di akhirat kelak..
AMATLAH MENDALAM KASIH DAN SAYANG BAGINDA PADA UMATNYA..beruntunglah kita menjadi umatnya
TETAPI..adakah kita juga mencintainya sebagai mana baginda mencintai kita?? layakkah kita untuk mendapat kecintaanya??
jika sepuluh tahun tidak berjumpa ibubapa,kita akan terbayang2 dan menyebut mereka di hati..begitu juga dengan 'buah hati' kita..hanya sehari dah angau..
bagaimana pula RASULULLAH?? 1400tahun lebih meninggalkan kita..adakah kita merinduinya??sentiasa menyebut dihati??sentiasa mendoakan?? merindui untuk bertemu??
menjadikan baginda sebagai role model?? mendengar dan mengikut nasihat2 dan sunnahnya??
adakah kita melakukan semua itu???
amat sedih..sebahagian dari kita tidak tahu menghargai kasih sayang baginda..malahan ada yang lebih teruk sehinggakan menghina sunnahnya seperti kuno, tak sesuai, tak masuk akal dan lain-lain lagi..sehinggakan mengharamkan apa yang dibawanya??
amat sedih sahabat2ku..
layakkah kita dikatakan UMAT RASULULLAH??
layakkah kita dikatakan MENCINTAI RASULULLAH??
hanya ungkapan bibir tidak menggambarkan apa-apa..
kita sendiri tahu apa dimaksudkan 'cinta'
jadi tak perlulah dipanjang lebarkan keterangan..
samaada kita ini tahu tapi buat2 tak tahu..,amik mudah or memang benci..semuanya jawapan ada didalam diri sendiri..
FIKIRKANLAH SAHABAT-SAHABATKU...
ya ALLAH tanamkanlah didalam diriku ini kecintaan pada 'RasulMU', ringankanlah hati,akal dan jasadku untuk mengingati,merindui dan mengikuti sunnahnya..