Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk

menyediakan makan

malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang

bertulis sesuatu



Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut

kertas yang

dihulurkan oleh sianak lalu membacanya.




Kos upah membantu ibu:


1) Tolong pergi kedai RM4.



2) Tolong jaga adik RM4.



3) Tolong buang sampah RM1.



4) Tolong kemas bilik RM2.



5) Tolong siram bunga RM3.



6) Tolong sapu sampah RM3.




Jumlah : RM17


Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak

sambil sesuatu

berlegar-legar si mindanya.





Si ibu mencapai sebatang

pen dan menulis

sesuatu di belakang kertas yang sama.




1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) Kos menyediakan makan minum, pakaian &

keperluanmu - PERCUMA Jumlah

Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang

dituliskan oleh si

ibu.




Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan

Ibu".




Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah

Dibayar" pada

mukasurat yang ditulisnya.




Ingat lagu di RTM? - Who's next? My mother! Who's

next? My Mother!

0 Comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...